Setelah sebulan berjaya menahan diri dari lapar dan dahaga, hari raya menjadi lambang kemenangan buat seluruh umat Islam. Kemenangan ini lazimnya diraikan dengan pelbagai juadah istimewa yang jarang-jarang diperoleh pada hari-hari biasa.

Hidangan yang pelbagai ini pasti membuatkan selera jadi semakin membuak-buak. Malah, ada yang memberi alasan, ‘setahun sekali’ sebagai alasan untuk menikmati hidangan hari raya sepuas-puasnya! Maka, terjadilah isu kenaikan berat badan mendadak setiap kali selepas hari raya. Mengapa ia berlaku? Juadah hari raya sering dikaitkan dengan makanan yang mengandungi gula serta lemak yang tinggi. Inilah yang menjadi penyumbang kepada masalah peningkatan kalori individu setiap kali di hari raya. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Berikut adalah tip yang boleh anda amalkan agar berat badan tidak meningkat secara ketara setiap kali menjelang raya:

1. Kawal pengambilan makanan

Tiada istilah ‘balas dendam’ setiap kali selesai menjalani ibadah puasa. Walaupun berada dalam suasana hari raya anda masih perlu mengawal kuantiti pengambilan makanan. Elak makan secara berlebihan sewaktu meraikan hari raya bersama keluarga tersayang.
Tip yang boleh anda lakukan ialah:

i. Ambil piring kecil dan sukat pengambilan makanan anda dengan menggunakan piring tersebut.
ii. Kalau nak cepat kenyang, makan secara perlahan-lahan. Ini juga salah satu cara supaya anda tidak makan secara bertambah-tambah.
iii. Duduk jauh dari meja makan supaya anda tidak tergoda dengan hidangan yang tersedia di atas meja.

2. Disiplin dengan jadual makan

Setelah sebulan berpuasa, tiba masanya untuk anda terapkan semula jadual pengambilan makanan yang lazim anda lakukan secara rutin.

i. Makan tiga kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang secara konsisten.
ii. Tak salah untuk menikmati snek di antara waktu makan utama tersebut. Tapi hadkan di antara jam 10.00 pagi dan jam 3.00 petang dengan pengambilan snek yang minimum.
iii. Elak makan malam pada pukul 8 malam dan ke atas. Pastikan anda mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.

3. Amalkan sunnah – berhenti sebelum kenyang

Jangan makan sehingga perut terasa penuh atau senak! Makan berlebihan akan menyebabkan anda rasa malas untuk beraktiviti akibat kekenyangan. Elakkan juga makan secara terburu-buru kerana ia boleh mengakibatkan anda makan secara berlebihan dan tubuh tidak dapat mengesan sama ada anda telah benar-benar kenyang ataupun tidak.

4. Makan banyak buah-buahan

Tak salah menikmati kuih-muih hari raya tapi anda perlu bijak mengawal pengambilannya. Cuba baca artikel ini untuk dapatkan panduan kalori makanan popular di hari raya. Untuk menangani nafsu atau keinginan ‘mengunyah’ kuih muih yang tinggi kandungan gula di hari raya, apa kata anda gantikan keinginan tersebut dengan menikmati buah-buahan segar. Nyata ia lebih mengenyangkan di samping menyihatkan tubuh.

5. Banyak minum air kosong

Air kosong adalah minuman terbaik yang boleh menghilangkan dahaga tanpa perlu memikirkan isu kalori sewaktu pengambilannya. Dengan menikmati air kosong lebih banyak, anda bebas dari ancaman kenaikan berat badan!

6. Cukup rehat

Lazimnya kita akan berjaga sehingga lewat malam sewaktu meraikan sesuatu hari istimewa seperti hari raya ini. Awas, jangan terbabas berjaga sehingga lewat malam kerana kurang tidur juga boleh menyebabkan masalah berat badan bertambah. Tapi bagaimana ya? Kerana badan akan meningkatkan penghasilan hormon yang menyebabkan individu terasa lapar. Jadi, ia menyebabkan anda makan dengan kuantiti yang lebih banyak.

7. Rutin senaman

Paling penting, jangan abaikan senaman. Tubuh perlu melakukan banyak pergerakan khususnya sewaktu cuti hari raya! Di musim pandemik ini pula, kebanyakan kita lebih gemar duduk santai di rumah untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Jadi, jangan malas untuk bersenam secara rutin. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit setiap hari supaya tubuh anda akan jadi lebih segar. Anda juga boleh melakukan senaman ringan seperti naik dan turun tangga atau yoga di dalam rumah. Semoga cadangan ini boleh memberi manfaat buat anda dalam usaha mengekalkan berat badan sihat meskipun sedang menyambut hari raya!

raya

CANTIK DAN SIHAT KEKAL SEIRING DENGAN PURE WHITE & SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES

Sambil-sambil menjamu hidangan hari raya, pastikan juga anda mengamalkan pengambilan makanan sihat. NOIR PURE WHITE dan SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES adalah alternatif yang paling tepat dalam memastikan tubuh anda kekal sihat dan menawan sepanjang hari.

NOIR PURE WHITE

Ia adalah minuman kesihatan yang boleh didapati dalam dua perisa istimewa iaitu Soya dan Mixed Berries. Turut diperkaya dengan buah camu-camu yang sangat berkesan untuk menggalakkan penghasilan kolagen dalam tubuh. Malah, buah camu-camu juga merupakan buah yang mengandungi kandungan vitamin C kedua tertinggi di dunia. Selain bertindak sebagai bahan yang aktif untuk memutihkan kulit, melembapkan kulit dan membantu menjadikan tona kulit jadi lebih sekata NOIR Pure White turut membantu melawaskan sistem pencernaan, menghapuskan toksin dalam badan di samping memberi daya ketahanan tubuh yang tinggi. Dengan pengambilan yang konsisten anda boleh melihat kesannya seawal 14 hari.

raya

SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES

Kini tampil dalam bentuk sachet, lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Jika Pure White boleh diamalkan seawal usia kanak-kanak. Super Whitening Skin Peptides pula diformulasikan khusus untuk golongan wanita yang lebih matang. Ia sesuai diamalkan oleh wanita yang telah baligh atau telah datang haid. Produk ini mampu memberikan kepuasan berganda kepada para wanita, khususnya yang berusia matang untuk memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keanjalan tubuh si pengamalnya.

Kombinasi 3 Bahan Utama

Super Whitening Skin Peptides dihasilkan dengan gabungan tiga bahan utama yang terdiri daripada Kolagen Peptide, Ekstrak Yis Torula dan Ekstrak Pueraria Lobata. Kolagen Peptide yang digunakan di dalam Super Whitening Skin Peptides ini adalah berasaskan sumber ikan. Jadi, ia tidak menjadi halangan kepada individu yang mempunyai masalah alahan untuk mengambil produk ini.

Manakala ekstrak Pueraria Lobata dan Astaxanthin membantu merangsang penghasilan kolagen untuk memperlahankan proses penuaan sekali gus mencegah pembentukan garisan halus pada wajah. Ia turut membantu meringankan simptom menopaus dari dalam tubuh secara lebih sihat dan semula jadi.

Kesan Seawal 7 Hari

Selain itu, ekstrak Yis Torula, Asid Ascorbic (Vitamin C) dan camu-camu mampu memberikan kesan pencerahan 10 kali lebih efektif. Ia sangat membantu untuk memudarkan parut, pigmentasi dan mengatasi masalah kulit tidak sekata. Kandungan sumber vitamin C dan antioksidannya juga 60 kali ganda lebih tinggi. Ia berkesan merangsang dan meningkatkan pengeluaran kolagen bagi membantu mengurangkan garis halus dan kedutan.

Jika NOIR Pure White boleh memperlihatkan kesannya seawal 14 hari, Super Whitening Skin Peptides mampu meningkatkan kadar hidrat kulit sehingga 40% serta boleh menunjukkan kesan tona kulit lebih cerah seawal 7 hari selepas pengambilannya secara konsisten mengikut saranan yang diberikan.

Tindak balas pantas ini berlaku disebabkan oleh kandungan kolagen Peptides dan ekstrak Yis Torula. Kedua-dua kandungan ini meresap secara langsung oleh beberapa bahagian tertentu di dalam tubuh yang turut menyerupai sumber asal yang dihasilkan dalam tubuh manusia.

Jadi, anda boleh menikmati kedua-dua minuman tambahan kecantikan dari NOIR ini mengikut keperluan tubuh anda. Jika anda masih ragu-ragu, sila layari www.noirbeautyworld.com sekarang dan berhubung secara terus dengan Team Khidmat Pelanggan NOIR.

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
6
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0