Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumura
NOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah keguguran rambut dan memperbaiki rambut yang rosak. Produk ini merupakan hasil kolaborasi eksklusif dengan hairstylist dan pemilik salon tersohor, RidzOkumura, membawa sentuhan profesional dan inovatif dalam formulasi produk ini.
Inovasi dan Kesempurnaan untuk Rambut Anda
Rangkaian syampu dan masker rambut ini menggabungkan kelebihan bahan semula jadi seperti Biotin, Ginseng Korea dan Minyak Essential Oren dalam syampu serta campuran Minyak Pelembap, Ekstrak Akar Angelica Korea dan Squalene dalam masker rambut. Kombinasi ini berfungsi untuk menguatkan rambut dari akar hingga hujung, mengurangkan keguguran rambut, serta memberi kelembapan dan kelembutan maksimum untuk rambut yang lebih sihat dan berkilau.
Kelebihan Utama Produk
Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo:
- Mengandungi Biotin dan Ginseng Korea yang membantu menguatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baharu.
- Minyak Essential Oren, Lavender dan bunga telang yang menyegarkan kulit kepala, mengawal pengeluaran sebum, serta memberikan aroma citrus yang menenangkan.
- Mengurangkan kelemumur dan kekeringan kulit kepala, menjadikan rambut lebih terurus dan tidak mengembang.
Botanical Keratin Hair Mask:
- Diperkaya dengan campuran tiga jenis minyak pelembap yang memberi kelembapan
mendalam serta mengurangkan rambut bercabang dan kering. - Ekstrak Akar Angelica Korea yang menyuburkan folikel rambut dan menguatkan struktur
rambut. - Squalene yang melindungi rambut daripada kerosakan persekitaran dan membantu mengekalkan kelembapan semula jadi rambut.
Kolaborasi yang Menginspirasikan
“Kerjasama dengan RidzOkumura ini adalah langkah yang sangat bermakna bagi Madammu. Dengan kepakaran Ridz dalam penjagaan rambut profesional dan komitmen NOIR terhadap inovasi kecantikan, Madammu yakin produk ini dapat memberi penyelesaian holistik untuk masalah rambut gugur dan kerosakan rambut yang sering dialami oleh ramai individu,” ujar pengasas rangkaian produk NOIR yang sinonim dengan panggilan Madammu.
“Saya sangat teruja dengan hasil kolaborasi ini. Gabungan bahan semula jadi dan teknologi moden dalam produk ini adalah sesuatu yang luar biasa. Saya percaya produk ini dapat memberikan hasil yang ketara kepada para pengguna yang mencari penyelesaian untuk rambut yang lebih kuat, sihat dan cantik,” tambah pemilik rangkaian salon terkemuka tanah air, RidzOkumura.
Produk Halal dan Mesra Alam
Produk-produk dalam rangkaian ini dihasilkan di fasiliti yang diperakui Halal oleh JAKIM dan KKM, serta menggunakan lebih 70% bahan semula jadi. Formulasi ini juga bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti sulfat, paraben, formaldehid dan pewarna tiruan, menjadikannya selamat digunakan untuk semua jenis rambut, termasuk rambut yang diwarnakan atau dirawat secara kimia.
Pembelian Produk
Rangkaian Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask kini boleh didapati di NOIR HQ, seluruh cawangan salon RidzOkumura, usahawan usahawan sah NOIR, serta boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi NOIR, platform media sosial rasmi NOIR dan RidzOkumura.
Baca Artikel Sebelum ini: