Penghijrahan Sarmila @ Mimi Abdillah, 43, dari Sabah ke Semenanjung tidak semudah yang disangka. Namun pertemuannya dengan NOIR banyak merubah perjalanan kehidupannya hari demi hari.

Sarmila atau lebih mesra dengan panggilan kak Mimi dalam kalangan usahawan NOIR, bukanlah seorang wanita yang biasa-biasa. Mengimbau detik penghijrahannya dari Negeri di Bawah Bayu ke Semenanjung sejak 15 tahun yang lalu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakannya begitu sahaja. Meskipun terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan, kak Mimi tetap kuat untuk cuba memperbaiki kehidupannya bersama keluarga tercinta.

kak mimi usahawan noir

Hanya Seorang Suri Rumah “Dari dulu sehinggalah ke hari ini, kak Mimi masih bergelar seorang suri rumah. Tetapi, Alhamdulillah hari ini kak Mimi dah memiliki pendapatan sendiri meskipun tidak bekerja. NOIR banyak membantu kak Mimi dalam merubah nasib diri dan keluarga,” kongsi kak Mimi yang mula berkecimpung dalam dunia perniagaan NOIR sejak empat tahun yang lalu.

Menurut kak Mimi, dia tidak pernah segan untuk berkongsi pengalaman kehidupannya yang serba kekurangan itu. Kongsi kak Mimi lagi, kesusahan yang dilaluinya itulah yang menjadi kekuatan buat dirinya untuk terus berusaha.

“Ketika mula-mula sampai di Semenanjung dahulu, kak Mimi pernah merasa tidur di dalam bas kerana pada waktu itu kak Mimi masih belum ada kediaman untuk disewa. Kesusahan itulah yang menjadikan kak Mimi nekad untuk mula mencuba sesuatu bagi mengubah nasib diri dan keluarga.”

Penonton Setia LIVE Madammu Seperti kebanyakan usahawan NOIR yang lain, kak Mimi juga adalah salah seorang penonton setia LIVE Madammu menerusi platform Facebook. Bermula daripada penonton setia, ia menarik minat kak Mimi untuk mencuba produk NOIR UV White Foundation.

“Kak Mimi ada masalah jeragat dan kulit kusam. Selepas mencuba produk NOIR UV White Foundation, kulit wajah kak Mimi mula menampakkan perubahan. Bertitik tolak dari perubahan yang kak Mimi alami itu, ia dijadikan sebagai testimonial untuk kak Mimi mula menjual produk NOIR kepada kenalan,” cerita kak Mimi tentang detik awal penglibatannya sebagai dropship NOIR.

Cerita kak Mimi lagi, persaingan ketika dirinya mula-mula menjadi dropship NOIR tidaklah begitu ketara. Keuntungan yang diperoleh menerusi jualan produk NOIR UV White Foundation adalah sangat tinggi pada waktu itu.

“Kak Mimi buat dropship di bawah Cikya. Pada waktu itu kak Mimi boleh meraih keuntungan bersih sehingga RM3,000 sebulan. Kesilapan kak Mimi pada waktu adalah ketiadaan ilmu untuk berniaga. Duit keuntungan yang kak Mimi dapat, kak Mimi belanjakan.

“Apabila Cikya dapat tahu, Cikya menasihati kak Mimi dan mencadangkan kak Mimi menjadi ejen NOIR dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM1050. Kak Mimi terpaksa gadai gelang untuk mencukupkan duit pada waktu itu. Syukur, pengorbanan itu tidak sia-sia,” kongsi kak Mimi.

kak mimi usahawan noir

Belajar & Cari Ilmu Belajar, cukupkan ilmu dan cari ilmu itulah antara perkataan-perkataan yang sering keluar dari mulut kak Mimi sepanjang dirinya berkongsi tentang kisah pengalamannya bersama NOIR. Menurut kak Mimi sebagai seorang suri rumah yang tidak berpelajaran tinggi, kak Mimi perlu bekerja keras untuk mendalami ilmu perniagaan supaya usaha dan pengorbanannya itu tidak sia-sia.

“Secara peribadi, kak Mimi akui ada jatuh bangunnya sepanjang kak Mimi bersama-sama dengan NOIR. Kak Mimi pernah dibuang dari group Cikya kerana tidak aktif disebabkan kak Mimi alami alahan mengandung yang agak teruk pada waktu itu. Tetapi kak Mimi tidak berkecil hati disebabkan kak Mimi sedar ia berpunca dari kelemahan dan kesilapan kak Mimi sendiri.

“Apa yang Cikya lakukan itu menjadikan kak Mimi lebih kuat dan nekad untuk memperbaiki diri hari demi hari. Selepas dibuang dari grup Cikya, kak Mimi sertai semula NOIR dengan menjadi ejen di bawah Cikda pula,” ujar kak Mimi.

Pada tahun 2019, kak Mimi jadi semakin aktif bersama NOIR. Tambahan pula pada waktu itu, kak Mimi mula menyertai banyak kelas keusahawanan yang dipimpin oleh NOIR. Dari situlah kak Mimi muIa kenal pasti ‘BIG WHY’ dan memiliki ‘GOAL’ dalam kehidupannya.

Beli Kereta “Hanya dari seorang suri rumah, kak Mimi boleh membeli sebuah kereta dengan menggunakan wang hasil jualan NOIR. Itu adalah antara pencapaian yang sangat membanggakan untuk kak Mimi. Malah, hari ini juga kak Mimi berkemampuan untuk balik ke Sabah menjenguk kaum keluarga di sana juga dengan menggunakan wang pendapatan dari NOIR,” ulas kak Mimi yang turut berpeluang belanja ahli keluarganya membeli tiket kapal terbang pulang ke Sabah pada minggu hadapan demi menziarahi ibunya yang akan menjalani prosedur pembedahan di sana.

Kisah kak Mimi ini adalah antara inspirasi yang dilahirkan oleh NOIR. Walau siapa pun anda, NOIR boleh membantu mengubah nasib anda untuk jadi yang lebih baik. Sabar, yakin, berani dan tidak mudah berputus asa adalah antara resipi kejayaan yang boleh anda jadikan sandaran untuk berjaya bersama NOIR sama seperti kak Mimi.

Untuk berjaya seperti kak Mimi, sila layari www.usahawannoir.com sekarang kerana belum terlambat untuk anda jadi usahawan luar biasa bersama TEAM NOIR.

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
7
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1