Benarkah Super Whitening Skin Peptides Lebih Hebat Berbanding Pure White Berries Dan Soya? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut okay!

Umum tahu akan kehebatan produk minuman tambahan kecantikan sulung daripada NOIR, Pure White Berries dan Soya. Ramai pengguna NOIR yang telah mencuba Pure White Berries atau Soya ini memperakui tentang keberkesanan produk minuman tambahan khusus untuk kecantikan ini.

Pure White Berries dan Soya kedua-duanya memiliki khasiat yang sangat berkesan untuk membantu mengatasi masalah kulit secara amnya. Ia diperkaya dengan Vitamin C dan nutrien yang mampu memelihara keremajaan serta memperbaiki dan melindungi kesihatan kulit di samping meningkatkan ketahanan fizikal individu.

Pure White memiliki khasiat yang sangat berkesan
Peptides produk minuman tambahan kecantikan

Kesan Seawal 14 Hari
Malah, maklum balas yang NOIR peroleh daripada para penggunanya mendapati, kesan seawal 14 hari boleh dilihat dengan pengambilan produk ini secara konsisten.

Apakah khasiat atau kelebihan minuman tambahan kecantikan NOIR Pure White Berries dan Soya ini?

NOIR Pure White mengandungi buah camu-camu, iaitu makanan tambahan yang membantu menghasilkan kolagen dalam tubuh.

Kehebatan Buah Camu-Camu
Buah camu-camu berasal dari hutan hujan Amazon di Brazil dan Peru. Buah ini kaya dengan Vitamin C dan membantu menguatkan sistem imun dalam badan sekali gus meningkatkan pertumbuhan semula kolagen dan pembentukan glutathione secara semula jadi di dalam badan individu.

Minuman tambahan untuk kecantikan ini bertindak sebagai antioksidan yang tinggi di dalam badan. Ia sangat penting untuk kesihatan kulit dan sistem imun individu.

Produk ini diformulasikan menerusi teknologi dari Jepun, berasakan tumbuhan dan bebas dari minyak.

Penyediaannya cukup mudah, anda hanya perlu membancuh serbuk minuman ini dengan menggunakan segelas air sejuk. Produk ini diperkaya dengan khasiat daripada bahan-bahan utamanya seperti serbuk kacang soya, Astaxanthin, ekstrak camu-camu, Polypodium Leucotomos dan daun buah zaitun.

Jika NOIR Pure White mampu memberikan kesan yang terbaik kepada kulit dan kecantikan individu, kenapa NOIR mengeluarkan satu lagi produk minuman tambahan kecantikan Super Whitening Skin Peptides?

Ya, kedua-duanya memang mampu memberikan kesan yang terbaik kepada kulit dan kecantikan individu yang mengamalkan produk ini.

Super Whitening Skin Peptides Untuk Wanita
Walau bagaimanapun, kedua-duanya memiliki fungsi yang berbeza. Jika Pure White boleh diamalkan seawal usia kanak-kanak. Super Whitening Skin Peptides pula diformulasikan khusus untuk golongan wanita yang lebih matang.

Super Whitening Skin Peptides sesuai diamalkan oleh wanita yang telah baligh atau telah datang haid. Produk ini mampu memberikan kepuasan berganda kepada para wanita, khususnya yang berusia matang untuk memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keanjalan tubuh si pengamalnya.

Kombinasi 3 Bahan Utama
Super Whitening Skin Peptides dihasilkan dengan gabungan tiga bahan utama yang terdiri daripada Kolagen Peptide, Ekstrak Yis Torula dan Ekstrak Pueraria Lobata.

Kolagen Peptide yang digunakan di dalam Super Whitening Skin Peptides ini adalah berasaskan sumber ikan. Jadi, ia tidak menjadi halangan kepada individu yang mempunyai masalah alahan untuk mengambil produk ini.

Manakala ekstrak Pueraria Lobata dan Astaxanthin membantu merangsang penghasilan kolagen untuk memperlahankan proses penuaan sekali gus mencegah pembentukan garisan halus pada wajah. Ia turut membantu meringankan simptom menopaus dari dalam tubuh secara lebih sihat dan semula jadi.

Kesan Seawal 7 Hari

Selain itu, ekstrak Yis Torula, Asid Ascorbic (Vitamin C) dan camu-camu mampu memberikan kesan pencerahan 10 kali lebih efektif. Ia sangat membantu untuk memudarkan parut, pigmentasi dan mengatasi masalah kulit tidak sekata. Kandungan sumber vitamin C dan antioksidannya juga 60 kali ganda lebih tinggi. Ia berkesan merangsang dan meningkatkan pengeluaran kolagen bagi membantu mengurangkan garis halus dan kedutan.

Jika NOIR Pure White boleh memperlihatkan kesannya seawal 14 hari, Super Whitening Skin Peptides mampu meningkatkan kadar hidrat kulit sehingga 40% serta boleh menunjukkan kesan tona kulit lebih cerah seawal 7 hari selepas pengambilannya secara konsisten mengikut saranan yang diberikan.

Tindak balas pantas ini berlaku  disebabkan oleh kandungan kolagen Peptides dan ekstrak Yis Torula. Kedua-dua kandungan ini meresap secara langsung oleh beberapa bahagian tertentu di dalam tubuh yang turut menyerupai sumber asal yang dihasilkan dalam tubuh manusia.

Jadi, anda boleh menikmati kedua-dua minuman tambahan kecantikan dari NOIR ini mengikut keperluan tubuh anda. Jika anda masih ragu-ragu, sila layari www.noirbeautyworld.com sekarang dan berhubung secara terus dengan Team Khidmat Pelanggan NOIR.

Baca Artikel Sebelum ini:

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...

Rebut Peluang Emas dengan NOIR Pay Day Deals!

Salam sejahtera kepada semua penggemar kecantikan! NOIR Health & Beauty kembali lagi dengan tawaran yang pasti membuatkan anda teruja.Selepas kejayaan promosi NOIR Anggun Raya yang baru sahaja melabuhkan tirainya, NOIR tidak akan pernah berhenti memanjakan para...

Panduan Lengkap Menggunakan Skin Refining Essence

Kenali NOIR Skin Refining Essence, sebuah produk revolusioner yang menjanjikan bukan hanya untuk meningkatkan kecantikan tetapi juga kesihatan kulit anda.Adakah anda sendang mencari esen yang mampu merawat pelbagai masalah kulit sambil menyediakan kelembapan dan...

Demi Kualiti Dan Kepercayaan Noir Jalani Ujian Makmal SIRIM

Sejak dua tahun lalu, NOIR serius dalam memastikan rangkaian produk kecantikan yang dihasilkannya benar-benar terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya.Menurut ahli kosmetologi NOIR, Nur Atiqah Rosli, ujian yang dijalani oleh dua rangkaian produk keluaran NOIR...

Set Kecantikan Premium, Harga yang Terjangkau

Untuk RM75, bukan sahaja anda mendapatkan produk yang berkualiti tinggi. Malah, anda juga berpeluang untuk memperkayakan rutin penjagaan kulit dengan manfaat eksklusif sebagai ahli NOIR.Manfaat Eksklusif bagi Ahli NOIR Diskaun Seumur Hidup: Nikmati diskaun 10% untuk...

Di Sebalik Slogan Where Beauty Blossom

Suatu ketika dahulu slogan atau ‘tagline’ NOIR Health & Beauty, ‘Where Beauty Blossom,’ telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.Struktur tatabahasanya menjadi perdebatan segelintir individu di media sosial. Posting ini dikongsi bertujuan untuk...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
2
+1
4
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0