NOIR Gala Night 2022  kembali memeriahkan diari tahunan para usahawan NOIR selepas dua tahun menyepi dari sebarang majlis berskala besar akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Selepas lima tahun mewarnai industri kecantikan negara, NOIR Health and Beauty Sdn Bhd tetap utuh menerajui industri kecantikan bersama barisan usahawan wanitanya yang penuh bersemangat.

NOIR Gala Night 2022 yang bertemakan Bollywood Vibes telah diadakan sebagai tanda penghargaan penuh simbolik. Sekali gus meraikan kejayaan seluruh usahawan berkaliber NOIR sepanjang lima tahun yang penuh mencabar ini. 

Gimik Tarian Bollywood Dari Madammu

Madammu memilih lokasi eksklusif, The St. Regis Hotel Kuala Lumpur sebagai lokasi istimewa untuk meraikan kejayaan dan usaha keras para usahawannya yang disifatkan sebagai VVIP. Iaitu antara insan yang paling penting di dalam kehidupannya sebagai pengasas jenama rangkaian produk kecantikan NOIR. 

Gimik pembukaan majlis NOIR Gala Night 2022  kelihatan cukup istimewa. Buat pertama kalinya, Madammu kelihatan cukup sporting menyemarakkan malam penuh bermakna ini dengan lenggok tarian Bollywood bersama-sama barisan leader hebat NOIR. Persembahan Madammu nyata mendapat sorakan hangat daripada para tetamu yang hadir. 

Nyata, 2022 membuktikan bahawa momentum program keusahawanan NOIR terus diyakini banyak pihak. Ini terbukti dengan kejayaan NOIR yang mampu mencatat sejumlah lebih 30,000 ahli usahawan yang kekal aktif sehingga ke hari ini. 

Team NOIR Adalah VVIP Madammu

Kehadiran lebih 300 jemputan ‘VVIP’ Madammu dalam persalinan anggun ala Bollywood telah disambut meriah dengan dekorasi serba mewah yang dihias indah menjadikan NOIR Gala Night 2022 sebagai salah satu detik paling istimewa buat barisan usahawannya. 

“NOIR Gala Night adalah malam untuk meraikan para usahawan NOIR yang Madammu anggap sebagai jemputan VVIP Madammu pada malam yang penuh gilang-gemilang ini. Dengan sokongan serta komitmen yang diberikan oleh para usahawan ini, lebih-lebih lagi dengan prestasi cemerlang para leaders NOIR menjadikan malam ini sebagai sebuah malam yang cukup istimewa buat mereka.”

Anugerah Istimewa

Majlis glamor penuh berprestij ini menyaksikan pencapaian wanita-wanita hebat NOIR yang telah mengungguli anugerah-anugerah istimewa seperti:

  • NOIR SUPERSTAR 2022 (5 Trofi)
  • Outstanding Leadership Award (5 trofi)
  • Outstanding Growth Award (5 trofi)

CIRCLE’S CHOICE AWARD

  • Most Active Entrepreneur (5 trofi)
  • Most Supportive Entrepreneur (5 trofi) 
  • Most Innovative Entrepreneur (5 trofi)Most Productive Entrepreneur (5 trofi)

CREATIVE ENTREPRENEUR AWARD 

  • Best Social Media Content (5 trofi) 
  • Best LIVE Social Media (5 trofi) 
  • Best Personal Branding in Social Media (5 trofi)
  • Most Trendy Entrepreneur (5 trofi)

Anugerah-anugerah inilah yang akan terus menjadi peniup semangat serta membangkitkan semangat juang seluruh para usahawan agar terus bersemangat untuk bangkit berniaga demi mencipta kegemilangan bersama-sama dengan NOIR.

Memperkenalkan Produk Baharu

Selain itu, sebagai salah satu pemain industri kecantikan terulung negara, NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. terus komited menghasilkan rangkaian produk-produk kecantikan berdimensi baharu, bermutu tinggi, premium dan halal sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Pada malam istimewa ini juga, NOIR mengambil kesempatan untuk memperkenalkan beberapa rangkaian produk penjagaan wajah terbaharu keluarannya yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Malah bukan itu sahaja, NOIR turut memperkenalkan rangkaian NOIR Lip Matte yang terdiri daripada lima warna menawan. Uniknya lagi, rangkaian NOIR Lip Matte terbaharu ini terdiri daripada lima kod warna yang diambil bersempena nama-nama leader hebat NOIR yang terdiri daripada Cikya, Eza, Sismu, Clara dan Kakna.

Ini membuktikan bahawaa Madammu sangat menghargai barisan leader NOIR yang banyak berkorban tenaga dan masa demi memastikan kejayaan NOIR bersama anak-anak team masing-masing. Bak kata Madammu, ‘kejayaan NOIR bukanlah kejayaan pengasasnya semata-mata. Sebaliknya, ia membuktikan bahawa ini adalah kejayaan setiap individu yang bersama-sama berada dengan NOIR selama ini.’

Madammu Beri Hadiah Kepada Jemputan

NOIR turut serius dalam usaha memacu dan membawa para usahawannya ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas demi mencapai angka 1,000,000 pelanggan, 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan jutawan menjelang 2025.

Majlis tidak lengkap jika tidak diserikan dengan persembahan memukau barisan artis jemputan terhebat NOIR yang terdiri daripada Ratu Rock terkemuka negara, Ella dan penyanyi wanita bersuara emas, Liza Hanim. Malah, bahang kehangatan NOIR Gala Night 2022 turut disemarakkan lagi dengan gandingan personaliti televisyen terkenal  Fiza Sabjahan dan Fadzly Fuad selaku pengacara majlis.

Tidak ketinggalan, majlis turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Madammu yang ke-33.  Bersempena dengan sambutan hari jadi Madammu, pengasas NOIR ini telah menzahirkan rasa syukurnya itu dengan menyediakan ‘hadiah kejutan’ istimewa buat kesemua para tetamu yang hadir pada majlis NOIR Gala Night 2022.  www.usahawannoir.com

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0