Dengan semangat mendedahkan kepada orang ramai tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat, Team Zumba Dance NOIR berjaya meneruskan misi #𝐍𝐎𝐈𝐑𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 luar dan dalam untuk sesi yang ke-2 di Taman Tasik Shah Alam.

Rata-rata yang menyertai NOIR Zumba Dance kali ini terdiri daripada para usahawan NOIR serta warga Shah Alam yang meluangkan masa pada hari hujung minggu mereka dengan beriadah di sekitar Taman Tasik Shah Alam. Alunan lagu-lagu rancak yang menggegarkan Taman Tasik Shah Alam (berhampiran pentas terbuka Galeri Shah Alam) telah menarik perhatian orang awam untuk turut serta berzumba selama dua jam tanpa henti.

NOIR Zumba Dance kali kedua ini memberi peluang kepada warga Shah Alam beriadah bersama Madammu dan para usahawan NOIR bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi. Madammu berkata program itu diadakan bagi memberi peluang kepada lebih ramai wanita mengamalkan gaya hidup sihat sambil mengenali rangkaian produk penjagaan kulit wajah dan kesihatan NOIR.

“NOIR mengambil inisiatif ini untuk menggalakkan lebih ramai wanita di luar sana untuk mengamalkan gaya hidup aktif. Setiap bulan NOIR akan mengadakan program Zumba Dance secara percuma di lokasi-lokasi yang terpilih.”

“Program ini akan dipimpin oleh jurulatih Zumba yang terlatih dan ia terbuka kepada orang ramai tanpa dikenakan sebarang bayaran. Sambil berzumba para peserta juga berpeluang untuk mencuba minuman kesihatan dan kecantikan NOIR Pure White. Jadi, kepada yang baru nak mencuba atau berkenalan dengan produk NOIR pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyertai program NOIR Zumba Dance ini. Kerana ia akan diberikan secara percuma,” ujar Madammu.

“Madammu amat galakkan golongan perempuan tanpa mengira peringkat usia, khususnya para ibu sama ada berkerjaya atau suri rumah untuk menyertai aktiviti seperti ini kerana gaya hidup sihat bermula dari rumah. Madammu akan menguar-uarkan tentang lokasi jelajah NOIR Zumba Dance yang seterusnya di semua platform media sosial NOIR Health & Beauty dari semasa ke semasa.”

“Malah, anda juga boleh menyertai platform Telegram Komuniti Zumba NOIR di https://t.me/noirzumbacommunity bagi mendapatkan informasi lengkap tentang pelbagai aktiviti atau program kesihatan yang bakal NOIR adakan dari semasa ke semasa,” ulas Madammu lagi.

Menariknya lagi, program ini turut mendapat sambutan para bapa yang datang menemani isteri masing-masing. Kelihatan mereka tertarik menyertai aktiviti Zumba Dance ini bersama pasangan masing-masing. Program sebegini wajar dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti riadah hujung minggu yang bermanfaat buat seisi keluarga.
Program #𝐍𝐎𝐈𝐑𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 luar dan dalam ini telah menjadi salah satu komitmen terbaharu pihak NOIR Health & Beauty Sdn Bhd sempena tahun 2023 ini. Program kesihatan seperti ini akan diteruskan pada masa depan kerana sambutan yang diterima adalah sangat memberangsangkan.

Madammu Perkenalkan Label Fesyen Natrah by NOIR

Natrah by NOIR merupakan jenama fesyen keluaran NOIR yang dicetuskan sendiri oleh pengasasnya. Sudahkah anda memiliki kedua-dua rangkaian pakaian terbaharu yang diinspirasikan oleh Madammu sendiri?  Baru-baru ini Madammu telah melancarkan jenama pakaian Natrah by...

Warga Johor Serbu Booth NOIR Di Jom Heboh Johor

Selepas Kejayaan di Karnival Jom Heboh (KJH) Kelantan, NOIR ke selatan tanah air menyertai KJH yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober di Padang A & B, Angsana Johor Bahru Mall dengan melancarkan produk terbaharunya. Istimewa buat warga Johor, mereka...

Eza Terpaksa Berhenti Masters, Jadi Jutawan Dengan NOIR

Eza Nuraiena Sota atau lebih mesra dengan panggilan Eza terpaksa menangguhkan pengajian sarjananya disebabkan masalah kewangan. Pengajian sarjananya tertunda akibat program biasiswa yang terhenti separuh jalan. Disebabkan desakan kewangan, Eza terpaksa menangguhkan...

NOIR Taja Percutian Ke London & Paris Untuk Team Usahawan

Tidak mudah untuk merealisasikan perjalanan yang tertangguh selama hampir tiga tahun ini. Alhamdulillah, akhirnya anugerah yang dinantikan-nantikan oleh 20 barisan usahawan terbaik NOIR berjaya direalisasikan pada tanggal 2 Oktober 2023 yang lalu. Madammu berjaya...

Kerjasama NOIR Dan mStar Baek Bantu Insan Memerlukan

Jangan lupa tunduk ke bumi, itulah antara kata-kata yang sentiasa menjadi pegangan buat Madammu seupaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama tidak melupakan insan-insan yang memerlukan.   Bersama Mstar dengan NOIR Health & Beuaty, termeterailah satu...

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0