NOIR komited untuk mencapai angka 1,000,000 pelanggan, 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan jutawan menjelang 2025.

Dalam memacu dan membawa para usahawan NOIR ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas, Madammu langsung tidak pernah lepas tangan dalam memastikan setiap para usahawannya terus dipimpin dan dibimbing.

Baru-baru ini bertempat di The Royale Ballroom, Royal Chulan Pulau Pinang, telah diadakan sesi NOIR Empowerment Edisi Utara yang telah dihadiri oleh 100 usahawan NOIR sekitar Utara tanah air. Madammu dan Team NOIR tidak pernah jemu untuk berkongsi ilmu dengan para usahawannya di seluruh pelosok tanah air. Komitmen berterusan ini akan menjadi agenda terpenting buat NOIR dalam memastikan impian dan hala tuju perniagaan NOIR ini mampu direalisasikan bersama.

Noir Empowerment Edisi Utara telah membawakan barisan leader tertinggi NOIR dari Selangor dan Kuala Lumpur untuk turut serta bertemu dan berkongsi ilmu dengan para usahawannya di Pulau Pinang.

Madammu tidak pernah berputus asa dan sentiasa bersikap terbuka untuk berkongsi ilmu-ilmu perniagaan terkini serta trending bersama barisan usahawannya dari semasa ke semasa.

Selain mengadakan sesi coaching yang dibimbing secara terus oleh pengasasnya, Madammu dan CEO NOIR, Azri Che Noh, Noir Empowerment Edisi Utara turut membawakan TikTok Advance Program bagi membimbing para usahawan NOIR agar mengikuti trend pemasaran semasa.

Program yang berlangsung seharian itu, nyata memberi impak yang sangat berkesan dalam memastikan barisan usahawan NOIR kekal dipimpin dan dibimbing oleh team tertinggi NOIR secara berterusan tanpa mengira walau di mana jua lokasi anda.

Misi Madammu ini tidak terhenti hanya di Malaysia. Hujung minggu ini juga Madammu dan barisan leader NOIR akan terbang ke Singapura dan berjumpa dengan team NOIR Singapura pula. Ya, NOIR kini agresif melebarkan sayapnya untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Bagi anda yang berhasrat untuk membina impian berjaya bersama NOIR, jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana Madammu dan seluruh jentera usahawan tertinggi NOIR sedia membimbing anda untuk sama-sama membina kejayaan dan berjaya sebagai jutawan NOIR menjelang 2025 nanti. Layari www.usahawannoir.com untuk sertai bisnes luar biasa bersama usahawan NOIR!

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...

DIMENSI KEJAYAAN NOIR DALAM DIARI MADAMMU

Episod pertama program realiti TV Diari Madammu bakal ditayangkan esok, di Astro Ria.Siri realiti ini akan memaparkan perjalanan kehidupan peribadi Madammu sekali gus membongkar detik mula perjalanan empayar perniagaan yang dibina oleh Madammu sejak enam tahun...

Madammu – Dari FB LIVE Ke Program Realiti TV

Kisah perjalanan hidup Madammu sering menjadi tumpuan warga media sosial yang sentiasa mengikuti siaran LIVE Madammu, bermula di Facebook diikuti Instagram dan TikTok.Saban hari para pengikut media sosialnya makin bertambah. Inilah yang menjadi pencetus kepada...

Umrah Ramadan, Kejutan Buat Staff Senior NOIR HQ

Pasti ramai yang menantikan peluang mengerjakan umrah semasa Ramadan bagi memperoleh ganjaran besar di Tanah Suci Mekah. Ada kalanya juga rezeki datang tanpa dijangka-jangka.Begitulah tuah yang menyebelahi dua orang kakitangan senior NOIR Health & Beauty Sdn Bhd...

Majlis Berbuka Puasa NOIR HQ Eratkan Ukhuwah & Silaturahim

Ramadan ke -12 seluruh team HQ NOIR berkesempatan berkumpul bersama-sama bagi menyempurnakan majlis berbuka puasa bersama-sama Madammu dan Boss Azri Che Noh.Seperti kelazimannya, Madammu dan Boss Azri tidak melepaskan peluang untuk berkumpul bersama-sama keluarga...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0