Penampilan dan cara perkongsian Madammu menerusi FB LIVE nyata memiliki auranya tersendiri. Seperti ramai wanita di luar sana, Norsilawati binti Mohd Hassan, 38, atau lebih mesra dengan panggilan Madamsila turut menjadi salah seorang peminat setia sesi FB LIVE Madammu

Madamsila mengakui bahawa dirinya mula tertarik untuk mendekati Madammu sejak penghujung tahun 2019 yang lalu menerusi perkongsian Madammu tentang rangkaian produk NOIR di Facebook.

“Saya tertarik dengan style Madammu, khususnya sewaktu sesi product sharing. Cara penyampaian Madammu sangat jelas, malah ia bukan sekadar menyentuh tentang produk semata-mata. Ia turut menyentuh tentang lifestyle dan hal-hal berkaitan kewanitaan secara menyeluruh,” ulas Madamsila sebagai pembuka bicaranya bersama wakil team NOIR HQ.

Sebagai salah seorang tenaga pengajar di institut pengajian tinggi dalam bidang perniagaan dan pembangunan personaliti, Madamsila sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan bersikap selektif untuk pemilihan sesuatu produk.

Menurut Madamsila lagi, dirinya terlebih dahulu meneliti isi kandungan yang terdapat di dalam penghasilan setiap rangkaian produk NOIR. Faktor halal, selamat serta penggunaan bahan-bahan semula jadi menjadi faktor penarik buat Madamsila untuk meyakini produk kecantikan lokal ini.

Beli Produk dan Jadi Ejen Dalam Masa Yang Sama

“Apabila saya yakin dengan isi kandungannya, saya terus membeli dan mencuba NOIR Pure White. Saya masih ingat tarikh pertama kali saya membeli produk ini iaitu 7 Ogos 2020. Pada tarikh tersebut juga saya nekad untuk menjadi NOIR Enterpreneur dengan pakej sekitar RM700 lebih.

“Hanya dalam masa lima hari, saya mula nampak kesan yang ketara di mana kulit kaki saya kelihatan semakin lembap. Perubahan tekstur pada kulit pula nampak ketara bersih selepas saya mengamalkannya secara konsisten sebanyak enam kota,” kongsi Madamsila tentang penggunaan produk NOIR Pure White

Ambil Masa Untuk Belajar

Sebulan pertama menyertai NOIR, Madamsila mengakui dirinya masih belum mampu memperoleh hasil jualan. Walau bagaimanapun, di atas keyakinannya terhadap ‘proses’ usahawan yang dibangunkan oleh NOIR, Madamsila terus komited.

“Dalam tempoh sebulan pertama itulah saya buka akaun TikTok dan Facebook Page. Memandangkan sebelum itu saya tidak aktif di media sosial, jadi saya perlu mengambil masa untuk memahirkan diri menggunakan platform ini untuk mempromosikan perniagaan.”

“Perlahan-lahan saya mula aktif di semua platform media sosial. Seperti Madammu, saya juga mula membuat sesi LIVE sendiri untuk mempromosikan perniagaan saya. Mujurlah saya merupakan seorang pensyarah jadi saya tiada masalah untuk mengendalikan sesi LIVE di media sosial.”

madamsila

Curi Aura Madammu

Selepas dua bulan menyertai NOIR, Madamsila berpeluang bertemu dengan Madammu. Nyata ia bukan sebuah pertemuan kosong. Madamsila berjaya ‘mencuri’ aura Madammu. Sejurus pertemuan tersebut, Madamsila mendapat semangat luar biasa dan berjaya mencatat jualan RM 3 ribu pertamanya.

Setiap detik bersama NOIR menjadi detik pengalaman paling berharga buat Madamsila. Dua tahun 16 hari sebagai ejen dan setahun empat bulan lima hari bergelar stokis adalah bukti menunjukkan bagaimana Madamsila begitu peka dengan tempoh waktu perjalanannya bersama NOIR.

“Apa yang menjadi big why, turning point dan terus meyakinkan saya untuk kekal bersama dengan NOIR adalah pada Disember 2020. Pada waktu itu saya menjadi ejen dan dropship saya pada waktu itu dikenali sebagai Ciklong. Alhamdulillah, saya berjaya membimbing Ciklong seorang suri rumah untuk buat sale. Saya gembira kerana dapat membahagiakan orang lain. Pada masa itu Ciklong berkongsi dengan saya tentang hasil jualan yang diperolehnya mampu menggembirakan suami dan orang-orang di sekelilingnya. Itulah matlamat saya bersama NOIR. Saya ingin memberi manfaat kepada orang lain,” tegas Madamsila.

“Apabila bersama NOIR, ibaratnya saya boleh beri dua kali ‘gaji’ kepada ibu bapa. Selain keperluan diri, saya juga berpeluang berkongsi rezeki yang diperoleh itu bersama anak-anak. Itu juga antara kepuasan yang membuatkan saya terus bersemangat untuk kekal bersama NOIR.”

Nak Bantu Ramai Wanita

Impian Madamsila bersama NOIR bukan sekadar angan-angan kosong. Matlamatnya untuk membantu lebih ramai wanita di luar sana untuk menjana pendapatan dengan produk NOIR menjadi kekuatan untuk dirinya terus komited meskipun perlu menggalas dua pekerjaan dalam satu masa.

“Saya ingin berjaya secara kolektif, tidak hanya memberi tumpuan kepada diri sendiri semata-mata. Sebagai individu yang memiliki kerjaya tetap, nyata ia tidak menghalang saya untuk terus konsisten bersama NOIR. Perkongsian Madammu banyak mengajar Madamsila untuk menjadi wanita yang lebih cekal dan sentiasa berfikiran positif,” akhiri Madamsila. www.usahawannoir.com

Baca Artikel Sebelum ini:

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...

Rebut Peluang Emas dengan NOIR Pay Day Deals!

Salam sejahtera kepada semua penggemar kecantikan! NOIR Health & Beauty kembali lagi dengan tawaran yang pasti membuatkan anda teruja.Selepas kejayaan promosi NOIR Anggun Raya yang baru sahaja melabuhkan tirainya, NOIR tidak akan pernah berhenti memanjakan para...

Panduan Lengkap Menggunakan Skin Refining Essence

Kenali NOIR Skin Refining Essence, sebuah produk revolusioner yang menjanjikan bukan hanya untuk meningkatkan kecantikan tetapi juga kesihatan kulit anda.Adakah anda sendang mencari esen yang mampu merawat pelbagai masalah kulit sambil menyediakan kelembapan dan...

Demi Kualiti Dan Kepercayaan Noir Jalani Ujian Makmal SIRIM

Sejak dua tahun lalu, NOIR serius dalam memastikan rangkaian produk kecantikan yang dihasilkannya benar-benar terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya.Menurut ahli kosmetologi NOIR, Nur Atiqah Rosli, ujian yang dijalani oleh dua rangkaian produk keluaran NOIR...

Set Kecantikan Premium, Harga yang Terjangkau

Untuk RM75, bukan sahaja anda mendapatkan produk yang berkualiti tinggi. Malah, anda juga berpeluang untuk memperkayakan rutin penjagaan kulit dengan manfaat eksklusif sebagai ahli NOIR.Manfaat Eksklusif bagi Ahli NOIR Diskaun Seumur Hidup: Nikmati diskaun 10% untuk...

Di Sebalik Slogan Where Beauty Blossom

Suatu ketika dahulu slogan atau ‘tagline’ NOIR Health & Beauty, ‘Where Beauty Blossom,’ telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.Struktur tatabahasanya menjadi perdebatan segelintir individu di media sosial. Posting ini dikongsi bertujuan untuk...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0