NOIR VOLUMIZING LASH MASCARA – Fokus solekan pada mata disebabkan pemakaian facemask

 

Setelah pemakaian pelitup muka diwajibkan oleh pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, Maskara dan eyeliner adalah antara produk mekap ‘must have’ bagi kebanyakan wanita di luar sana. Ramai yang mengeluh bila facemask yang dipakai kelihatan cepat kotor apabila dipakaikan pada wajah yang telah di solek. Mengambil jalan selamat, kebanyakan wanita di luar sana lebih selesa menggayakan solekan tipis pada bahagian wajah. Tidak kurang juga, ramai yang lebih gemar memberi tumpuan pada solekan mata sahaja.

 

Solekan mata dengan mengaplikasikan warna-warna pembayang mata mungkin agak keterlaluan atau berlebihan bagi sesetengah wanita. Khususnya bagi wanita yang lebih gemar duduk di rumah atau memilih gaya solekan sederhana. Apalah gunanya bersolek tebal sekiranya wajah masih perlu di tutup dengan pelitup separuh muka? Pemakaian solekan seperti maskara adalah antara jalan penyelesaian terbaik untuk anda tampil jelita. Penggunaannya juga sangat mudah dan lebih pantas berbanding produk solekan yang lain.

 

Wajib untuk anda ambil tahu jenis-jenis maskara yang ada di pasaran, antaranya ialah:

 

  1. Lash Lengthening (Pemanjang bulu mata)
  2. Thickening/Volumizing Mascara (Pelebat)
  3. Curling Mascara (Pelentik)
  4. Waterproof & Smudge-Proof Mascara (kalis air dan anti-luntur)
  5. Non-Clumping Mascara (Tidak bergumpal)
  6. Lash Defining Mascara (Penyerlah)

Sebelum menggunakan maskara, anda disarankan untuk melentikkan bulu mata menggunakan pelentik bulu mata khusus. Gunakan penyepit bulu mata atau ‘curl lashes’ dengan menyepit bulu mata selama 10 saat. Penyepit bulu mata ini berperanan menjadikan bulu mata anda kelihatan lebih lentik. Manakala maskara pula berperanan untuk mengekalkan lentikkan tersebut.

 

Kesalahan Lazim

 

Jangan menyepit bulu mata selepas menyapu maskara pada bulu mata. Jika anda menyepit bulu mata sejurus memakai maskara, ia boleh menjadikan bulu mata anda mudah putus. Ia terjadi disebabkan bulu mata yang telah disapukan maskara akan berada dalam keadaan kering dan keras. Selain itu, sisa maskara boleh melekat pada penyepit bulu mata dan ia susah untuk dibersihkan.

 

NOIR VOLUMIZING LASH MASCARA

 

Dengan kewujudan pelbagai jenama maskara yang ada di pasaran, membolehkan anda memiliki pelbagai ciri-ciri maskara mengikut keperluan dan kesesuaian solekan anda. Rangkaian kosmetik Noir juga ada menyediakan produk maskara yang mampu memanjang, melebat, melentik sambil menyerlahkan bulu mata si pemakai tanpa meninggalkan kesan gumpalan atau mudah luntur hanya dengan satu produk yang dikenali sebagai Volumizing Lash Mascara.

Diformulasikan mengikut keperluan semasa, bebas cela dan pemakaiannya mampu bertahan lama hanya dengan sekali aplikasi. Menghasilkan bulu mata yang lebih panjang dan kelihatan lebih lebat. Ia mampu menghasilkan lentikkan dramatik dengan pantas. Bulu mata kelihatan lebih bervolume dengan pemakaian yang mudah. Noir Volumizing Lash Mascara memiliki dua fungsi berus berbeza khusus untuk melentik dan menebalkan bulu si pemakai agar tampil lebih dramatik.

 

Cara Pemakaian:

Mengeluarkan berus maskara, pastikan bahan maskara tersebut tidak bergumpal pada berus. Ini bagi mengelak ia menempel pada bulu mata.
Sikat bulu mata bermula dari bahagian akarnya. Lakukan dengan gerakan zig-zag sambil memusingkan berus maskara agar helaian bulu mata dapat dilapisi dengan sempurna. Lakukan teknik yang sama pada bahagian bulu mata bawah.

 

Tips Mascara:

 

Teknik paling berkesan untuk memakai maskara adalah dengan menyapukan berusnya pada tisu sebelum memberusnya pada bulu mata. Ia bertujuan mengurangkan gumpalan pada hujung maskara. Dengan kaedah ini penampilan bulu mata yang dipakaikan maskara akan kelihatan lebih lentik dan tidak bergumpal.

 

Baca Artikel Sebelum ini:

UV White Foundation: Rahsia Kulit Flawless & Terlindung Sepanjang Hari

Ramai wanita ragu nak pakai foundation hari-hari — takut bercapuk, rasa berat dan akhirnya buat kulit makin teruk. Tapi bagaimana kalau ada satu solusi yang bukan sekadar makeup, tapi juga pelindung harian yang merawat kulit dari dalam? Inilah keistimewaan NOIR UV...

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®Dalam dunia kesihatan dan kecergasan, pemilihan makanan yang betul boleh memberi impak besar terhadap tenaga, metabolisme dan pengurusan berat badan. NU-3 Royal Drink bukan sekadar minuman pengganti...

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator Award

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator AwardAlhamdulillah! Malam yang penuh gilang-gemilang di Inner Circle Meeting, Award & Gala Dinner 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa buat NOIR Health & Beauty! Di bawah kepimpinan Madammu &...

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

NU-3 Royal Drink: Air Tangan Terbaru Madammu

Madammu percaya, kecantikan yang sebenar bermula dari dalam. Setiap inci kecantikan seseorang terpancar melalui kesihatan yang baik dan penjagaan diri yang berkualiti. Maka, lahirlah NU-3 Royal Drink – air tangan terbaru Madammu yang diformulasikan khas untuk...

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
3
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0