Kisah perjalanan hidup Madammu sering menjadi tumpuan warga media sosial yang sentiasa mengikuti siaran LIVE Madammu, bermula di Facebook diikuti Instagram dan TikTok.

Saban hari para pengikut media sosialnya makin bertambah. Inilah yang menjadi pencetus kepada penerbitan siri program realiti TV, Diari Madammu sebanyak 6 episod di Astro RIA bermula pada 3 Jun 2023 nanti.

Meskipun sedang menghitung hari untuk bersalin. Madammu masih aktif menguruskan aktiviti sehariannya demi memastikan keluarga dan empayar perniagaan yang dibinanya terurus dengan baik dan teratur.

lembapan

Inilah antara babak-babak yang terakam di dalam program realiti Madammu yang memaparkan kisah realiti kehidupannya sebagai pengasas produk, beautypreneur yang turut digelar sebagai Queen of Social Media Live serta seorang isteri dan juga ibu.

Diari Madammu yang bakal bersiaran selama sejam pada setiap hari Sabtu bermula 3 Jun nanti akan menyoroti kisah suka dan duka Madammu sebagai usahawan produk kecantikan. Coretan kisah permulaan Madammu memulakan perniagaan, wajar dijadikan sebagai inspirasi.

lembapan

Tip tentang kecantikan, keluarga, fesyen, masakan dan motivasi perniagaan adalah perkongsian yang sangat sinonim dengan pemilik nama Intan Baiduri ini menerusi platform media sosial miliknya. Sehingga ke hari ini, siaran LIVE yang dikendalikan sendiri oleh Madammu kekal relevan. Malah, ia sentiasa dinanti-nantikan oleh ramai pengikutnya setiap hari.

Penampilannya sentiasa dinanti-nantikan oleh para usahawan NOIR di luar sana. Ia menjadi salah satu cara pembakar semangat untuk mereka terus berjuang dalam bidang keusahawanan ini. Pelbagai babak-babak menarik di sebalik tabir Madammu bersama keluarga, suami, anak-anak, para usahawan NOIR dan kakitangan NOIR HQ bakal menceriakan siri Diari Madammu.

Lebih eksklusif lagi, program realiti TV ini turut memaparkan perkongsian kisah suka dan duka perjalanan IVF Madammu yang telah memberi pelbagai pengalaman baharu yang boleh dijadikan inspirasi dan kekuatan buat para wanita di luar sana yang masih berjuang untuk mendapatkan zuriat. Selain itu, pengalaman IVF Madammu juga dapat mengubah stigma masyarakat terhadap rawatan IVF. Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Diari Madammu yang bakal disiarkan setiap hari Sabtu bermula 3 Jun 2023 pada jam 10:00 malam di saluran 104, Astro RIA.

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0