Peptide adalah salah satu bahan yang popular digunakan di dalam produk anti-penuaan. Apakah kelebihan peptide dalam rutin kecantikan anda? Adakah peptide benar-benar mampu menghalang penuaan kulit?

Setiap hari ada sahaja bahan-bahan ‘trending’ yang diperkenalkan dalam dunia kecantikan. Benar, ada sesetengah bahan hanya sekadar popular sahaja dan tindak balasnya agak kurang berkesan.

Namun tidak kurang juga ada yang memperlihatkan hasil yang benar-benar berkesan. Peptides adalah salah satu bahan yang jangan dipandang remeh!

Cuaca panas dan hujan sedikit pun tidak menghalang Madammu untuk bersama-sama para usahawan dan kakitangan HQ NOIR untuk sama-sama mempromosikan rangkaian produk-produk terhebat NOIR Health & Beauty.

Peptides juga dikenali sebagai polipeptida, yang berada dalam kategori asid amino. Peptide bertindak merangsang kolagen agar kulit kekal elastik.

Kolagen diperbuat daripada tiga rantai polipeptida, jadi penambahan peptida boleh merangsang kulit anda untuk menghasilkan kolagen. Lebih banyak kolagen pada kulit, maka lebih teganglah lagi kulit anda sekali gus menjadikan anda kelihatan lebih muda.

Tubuh menghasilkan kolagen secara semula jadi. Namun, semakin kita meningkat usia penghasilan kolagen akan berkurangan. Faktor inilah yang menyebabkan kulit wajah jadi berkedut dan tona tidak sekata.

Khasiat Peptides
Molekul kolagen agak terlalu besar untuk diserap oleh kulit, lantaran itu ramai yang lebih gemar memilih untuk mengambil makanan tambahan yang mengandungi kolagen. Walau bagaimanapun, peptides boleh diserap oleh kulit menerusi sapuan atau diambil dalam bentuk makanan tambahan.

Memperbaiki Lapisan Pelindung Kulit
Lapisan pelindung kulit adalah lapisan kulit yang memelihara badan daripada bakteria, sinar ultra violet, pencemaran dan toksin. Lapisan pelindung kulit boleh rosak akibat pengelupasan berlebihan (over exfoliation), terdedah kepada rokok, pencemaran atau kurang tidur. Jadi, Peptides bertindak membantu menguatkan lagi lapisan pelindung kulit

Mengurangkan Kedutan
Kolagen boleh menjadikan kulit lebih gebu dan bibir jadi lebih penuh (plump). Apabila kulit jadi lebih anjal, kedutan dan garis halus kurang kelihatan.

Kulit Elastik
Selain kolagen, Peptides juga membantu serat elastin yang menjadikan kulit lebih tegang dan membentuk protein di dalam tubuh individu.

Meredakan Keradangan
Peptides juga membantu meredakan keradangan, memperbaiki kulit yang rosak serta menjadikan tona kulit lebih sekata.

Bagaimana Peptides Beritindak?
Kehadiran Peptides mewujudkan tindak balas pada kulit dengan menghasilkan kolagen pada sesuatu kawasan yang diperlukan. Peptides seolah-olah mengeluarkan isyarat kepada sel dalam badan untuk menghasilkan kolagen dan elastin.

NOIR Super Whitening Skin Peptides
Kini tampil dalam bentuk sachet, lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Jika Pure White boleh diamalkan seawal usia kanak-kanak. Super Whitening Skin Peptides pula diformulasikan khusus untuk golongan wanita yang lebih matang. Ia sesuai diamalkan oleh wanita yang telah baligh atau telah datang haid. Produk ini mampu memberikan kepuasan berganda kepada para wanita, khususnya yang berusia matang untuk memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keanjalan tubuh si pengamalnya.

Kombinasi 3 Bahan Utama
Super Whitening Skin Peptides dihasilkan dengan gabungan tiga bahan utama yang terdiri daripada Kolagen Peptide, Ekstrak Yis Torula dan Ekstrak Pueraria Lobata. Kolagen Peptide yang digunakan di dalam Super Whitening Skin Peptides ini adalah berasaskan sumber ikan. Jadi, ia tidak menjadi halangan kepada individu yang mempunyai masalah alahan untuk mengambil produk ini.

Manakala ekstrak Pueraria Lobata dan Astaxanthin membantu merangsang penghasilan kolagen untuk memperlahankan proses penuaan sekali gus mencegah pembentukan garisan halus pada wajah. Ia turut membantu meringankan simptom menopaus dari dalam tubuh secara lebih sihat dan semula jadi.

Kesan Seawal 7 Hari
Selain itu, ekstrak Yis Torula, Asid Ascorbic (Vitamin C) dan camu-camu mampu memberikan kesan pencerahan 10 kali lebih efektif. Ia sangat membantu untuk memudarkan parut, pigmentasi dan mengatasi masalah kulit tidak sekata. Kandungan sumber vitamin C dan antioksidannya juga 60 kali ganda lebih tinggi. Ia berkesan merangsang dan meningkatkan pengeluaran kolagen bagi membantu mengurangkan garis halus dan kedutan.

Jika NOIR Pure White boleh memperlihatkan kesannya seawal 14 hari, Super Whitening Skin Peptides mampu meningkatkan kadar hidrat kulit sehingga 40% serta boleh menunjukkan kesan tona kulit lebih cerah seawal 7 hari selepas pengambilannya secara konsisten mengikut saranan yang diberikan.

Tindak balas pantas ini berlaku disebabkan oleh kandungan kolagen Peptides dan ekstrak Yis Torula. Kedua-dua kandungan ini meresap secara langsung oleh beberapa bahagian tertentu di dalam tubuh yang turut menyerupai sumber asal yang dihasilkan dalam tubuh manusia.

Jadi, anda boleh menikmati kedua-dua minuman tambahan kecantikan dari NOIR ini mengikut keperluan tubuh anda. Jika anda masih ragu-ragu, sila layari www.noirbeautyworld.com sekarang dan berhubung secara terus dengan Team Khidmat Pelanggan NOIR.

Baca Artikel Sebelum ini:

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®Dalam dunia kesihatan dan kecergasan, pemilihan makanan yang betul boleh memberi impak besar terhadap tenaga, metabolisme dan pengurusan berat badan. NU-3 Royal Drink bukan sekadar minuman pengganti...

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator Award

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator AwardAlhamdulillah! Malam yang penuh gilang-gemilang di Inner Circle Meeting, Award & Gala Dinner 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa buat NOIR Health & Beauty! Di bawah kepimpinan Madammu &...

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

NU-3 Royal Drink: Air Tangan Terbaru Madammu

Madammu percaya, kecantikan yang sebenar bermula dari dalam. Setiap inci kecantikan seseorang terpancar melalui kesihatan yang baik dan penjagaan diri yang berkualiti. Maka, lahirlah NU-3 Royal Drink – air tangan terbaru Madammu yang diformulasikan khas untuk...

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0