Peptide adalah salah satu bahan yang popular digunakan di dalam produk anti-penuaan. Apakah kelebihan peptide dalam rutin kecantikan anda? Adakah peptide benar-benar mampu menghalang penuaan kulit?

Setiap hari ada sahaja bahan-bahan ‘trending’ yang diperkenalkan dalam dunia kecantikan. Benar, ada sesetengah bahan hanya sekadar popular sahaja dan tindak balasnya agak kurang berkesan.

Namun tidak kurang juga ada yang memperlihatkan hasil yang benar-benar berkesan. Peptide adalah salah satu bahan yang jangan dipandang remeh!

Peptide juga dikenali sebagai polipeptida, yang berada dalam kategori asid amino. Peptide bertindak merangsang kolagen agar kulit kekal elastik.

Kolagen diperbuat daripada tiga rantai polipeptida, jadi penambahan peptida boleh merangsang kulit anda untuk menghasilkan kolagen. Lebih banyak kolagen pada kulit, maka lebih teganglah lagi kulit anda sekali gus menjadikan anda kelihatan lebih muda.

peptide untuk cantik

Tubuh menghasilkan kolagen secara semula jadi. Namun, semakin kita meningkat usia penghasilan kolagen akan berkurangan. Faktor inilah yang menyebabkan kulit wajah jadi berkedut dan tona tidak sekata.

Khasiat Peptide
Molekul kolagen agak terlalu besar untuk diserap oleh kulit, lantaran itu ramai yang lebih gemar memilih untuk mengambil makanan tambahan yang mengandungi kolagen. Walau bagaimanapun, peptide boleh diserap oleh kulit menerusi sapuan atau diambil dalam bentuk makanan tambahan.

Memperbaiki Lapisan Pelindung Kulit
Lapisan pelindung kulit adalah lapisan kulit yang memelihara badan daripada bakteria, sinar ultra violet, pencemaran dan toksin. Lapisan pelindung kulit boleh rosak akibat pengelupasan berlebihan (over exfoliation), terdedah kepada rokok, pencemaran atau kurang tidur. Jadi, Peptides bertindak membantu menguatkan lagi lapisan pelindung kulit

Mengurangkan Kedutan
Kolagen boleh menjadikan kulit lebih gebu dan bibir jadi lebih penuh (plump). Apabila kulit jadi lebih anjal, kedutan dan garis halus kurang kelihatan.

Kulit Elastik
Selain kolagen, peptide juga membantu serat elastin yang menjadikan kulit lebih tegang dan membentuk protein di dalam tubuh individu.

Meredakan Keradangan
Peptide juga membantu meredakan keradangan, memperbaiki kulit yang rosak serta menjadikan tona kulit lebih sekata.

Bagaimana Peptides Beritindak?
Kehadiran peptide mewujudkan tindak balas pada kulit dengan menghasilkan kolagen pada sesuatu kawasan yang diperlukan. Peptide seolah-olah mengeluarkan isyarat kepada sel dalam badan untuk menghasilkan kolagen dan elastin.

https://www.madammu.com/

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0