Benarlah seperti apa yang kerap diulang-ulang oleh Madammu, tiada yang mustahil dengan NOIR. Kini ramai suri rumah boleh jana pendapatan dari puluhan ribu sehinggalah ke puluhan juta ringgit.

Baru-baru ini Madammu telah mengadakan siaran LIVE NOIR Megareview 2022 menerusi semua platform media sosial miliknya untuk mengumumkan jumlah jualan yang berjaya diraih oleh para usahawannya sepanjang tahun 2022.

Peningkatan Hasil Jualan

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, nyata pendapatan yang diperoleh oleh barisan usahawan NOIR memperlihatkan peningkatan yang sangat ketara. Walau bagaimanapun, dalam sesi LIVE yang bersiaran selama hampir dua jam itu, Madammu telah mengumumkan sejumlah 111 orang usahawan yang telah berjaya mencatat jualan tertinggi sepanjang tahun 2022.

Empat kategori yang diumumkan oleh Madammu merangkumi:

NOIR Partner: 55 orang usahawan memperoleh jualan RM100 ribu ke atas.
NOIR Platinum Partner: 42 orang usahawan memperoleh jualan RM180 ribu ke atas.
NOIR Gladiator: 13 orang usahawan memperoleh jualan RM1 juta ke atas.
NOIR Cleopatra: Seorang usahawan memperoleh jualan RM10 juta ke atas.

jadi

Sistem Usahawan NOIR Terbukti Berhasil

Siapa kata para wanita takut untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan? Dan siapa kata individu yang tiada pengalaman berniaga tidak mampu meraih jualan sehingga ribuan ringgit setiap hari?Kejayaan para usahawan NOIR ini adalah disebabkan oleh kepercayaan para usahawan dengan sistem yang NOIR bangunkan.

Kebanyakan para usahawan NOIR berjaya meraih jualan dari ratusan ribu sehingga jutaan ringgit dalam kurang dari dua tahun. Apa yang paling menarik, masing-masing langsung tiada pengalaman berniaga. Bayangkan, dari seorang suri rumah mereka mampu menjana pendapatan mencecah empat hingga lima angka setiap bulan.Sistem usahawan NOIR terbukti berhasil dan mudah diaplikasikan oleh sesiapa sahaja meskipun individu itu langsung tidak memiliki sebarang latar belakang teknologi maklumat (IT). Bantuan sokongan yang disediakan oleh pihak HQ sentiasa mencukupi untuk semua para usahawannya tanpa mengira status atau level usahawan tersebut.

Konsisten Membimbing Para Usahawan

Demi memastikan kumpulan usahawan NOIR terus komited dan faham dengan hala tuju perniagaan NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd, pihak HQ telah menyediakan satu platform keusahawanan yang telah terbukti berjaya. Setiap para usahawan ini akan dibimbing secara konsisten oleh Madammu, juru latih keusahawanan bertauliah serta barisan key leaders NOIR sendiri secara dalam talian atau sesi bersemuka dari semasa ke semasa.

Sehingga ke hari ini, NOIR berjaya melahirkan 30,000 wanita yang memilih untuk memulakan perniagaan bersama NOIR sebagai perniagaan pertama mereka. Saban hari, ada ramai lagi perintis yang Madammu sedang gilap untuk menjadi usahawan wanita luar biasa sama seperti sejumlah 111 usahawan NOIR yang memperoleh hasil jualan paling menyerlah sepanjang tahun 2022 yang lalu.

Jadi, siapa kata hanya pengasas sahaja yang boleh kaut keuntungan sehingga jutaan ringgit menerusi sistem usahawan sebegini? Di NOIR, Madammu telah membuka peluang sama rata kepada seluruh usahawannya untuk menjana pendapatan tanpa had. Ini seiring dengan matlamat Madammu untuk memperkasakan wanita jadi lebih berani untuk berniaga.

Membentuk Wanita Berani & Berketerampilan

Platform usahawan yang diwujudkan oleh NOIR ini nyata boleh membantu ramai wanita di luar sana untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Kebanyakan ejen-ejen NOIR yang komited hari ini telah membuktikan bahawa mereka mampu meraih pendapatan yang lumayan dan membina kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Dedikasi dan komitmen Madammu dalam usaha membantu para usahawannya menjadi wanita yang berani dan berketerampilan tidak perlu dipersoalkan. Malah menurut Madammu, apabila melihat kejayaan para usahawan NOIR hari ini sedikit sebanyak ia memberi kepuasan buat dirinya yang kini sedang hamil di trimester kedua.

“Madammu juga asalnya adalah seorang suri rumah. Memulakan NOIR sekitar tahun 2017 dan ia telah merubah 360° kehidupan Madammu. NOIR bermula dari rumah, dengan sebuah handphone tanpa stand phone dan hanya sandarkan handphone tersebut pada sebuah pasu bunga! Gigih Madammu setiap hari, tanpa ilmu, tanpa guru dan buta IT menjual NOIR UV White menerusi FB LIVE.”

“Pengalaman itulah yang menjadikan Madammu bersemangat untuk membantu ramai wanita untuk berani berniaga. Ia bermula dengan kehadiran Cikya yang kini berjaya bergelar NOIR Cleopatra yang berjaya memperoleh hasil jualan berjumlah RM20 juta untuk tahun 2022,” kongsi Madammu mengimbau sejarah awal penubuhan NOIR Health & Beauty Sdn Bhd

JOM Jadi Usahawan NOIR!

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sekiranya kita tak bertindak, tiada apa yang akan merubah masa depan kita. Itulah yang menjadi keazaman Madammu untuk bantu lebih ramai wanita mengubah hidup mereka jadi lebih baik.

 

Kepada para usahawan NOIR yang berjaya mencatat jualan tertinggi sepanjang tahun 2022 yang lalu, pihak HQ ingin mengucapkan jutaan tahniah. Semoga NOIR terus sukses dengan sokongan barisan usahawan NOIR yang memiliki semangat juang yang sangat luar biasa seperti kalian.

Bagi yang ingin menjana pendapatan sampingan bersama-sama NOIR, anda masih belum terlambat lagi. Layari usahawannoir.com sekarang untuk daftar menjadi sebahagian daripada keluarga besar NOIR.

 

Madammu Perkenalkan Label Fesyen Natrah by NOIR

Natrah by NOIR merupakan jenama fesyen keluaran NOIR yang dicetuskan sendiri oleh pengasasnya. Sudahkah anda memiliki kedua-dua rangkaian pakaian terbaharu yang diinspirasikan oleh Madammu sendiri?  Baru-baru ini Madammu telah melancarkan jenama pakaian Natrah by...

Warga Johor Serbu Booth NOIR Di Jom Heboh Johor

Selepas Kejayaan di Karnival Jom Heboh (KJH) Kelantan, NOIR ke selatan tanah air menyertai KJH yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober di Padang A & B, Angsana Johor Bahru Mall dengan melancarkan produk terbaharunya. Istimewa buat warga Johor, mereka...

Eza Terpaksa Berhenti Masters, Jadi Jutawan Dengan NOIR

Eza Nuraiena Sota atau lebih mesra dengan panggilan Eza terpaksa menangguhkan pengajian sarjananya disebabkan masalah kewangan. Pengajian sarjananya tertunda akibat program biasiswa yang terhenti separuh jalan. Disebabkan desakan kewangan, Eza terpaksa menangguhkan...

NOIR Taja Percutian Ke London & Paris Untuk Team Usahawan

Tidak mudah untuk merealisasikan perjalanan yang tertangguh selama hampir tiga tahun ini. Alhamdulillah, akhirnya anugerah yang dinantikan-nantikan oleh 20 barisan usahawan terbaik NOIR berjaya direalisasikan pada tanggal 2 Oktober 2023 yang lalu. Madammu berjaya...

Kerjasama NOIR Dan mStar Baek Bantu Insan Memerlukan

Jangan lupa tunduk ke bumi, itulah antara kata-kata yang sentiasa menjadi pegangan buat Madammu seupaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama tidak melupakan insan-insan yang memerlukan.   Bersama Mstar dengan NOIR Health & Beuaty, termeterailah satu...

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0