Meskipun terpaksa diberhentikan kerja, Atika atau lebih mesra dengan panggilan Eka adalah salah seorang usahawan NOIR yang berjaya keluar daripada kemelut pandemik ini.

Kala pandemik melanda dunia, ramai yang terkesan sehingga menjejaskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup individu. Siti Nur Atika Idayu binti Syed Al-Haqqi, 27, antara yang turut terkesan akibat penutupan premis separa penuh yang dialaminya rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020. Setelah menyertai Noir, rupanya gaji Noir lebih banyak daripada gaji pekerjaannya sebelum ini.

Hilang Pekerjaan
Tekad dan keberanian Eka untuk menjadi salah seorang usahawan NOIR sejak dari tahun 2017 yang lalu telah menjadi penyelamat buat dirinya dan suami. Meskipun hilang pekerjaan disebabkan pandemik, Eka masih mampu berkongsi rezeki bersama suami serta ibu dan ayahnya.

“Keadaan kulit wajah bermasalah menjadi faktor penyebab mengapa Eka mencuba produk NOIR. Pada waktu itu, Eka terlihat salah satu hantaran Madammu di Facebook. Dari situ Eka tertarik untuk mencuba produk serum NOIR. Genap dua minggu mencuba produk tersebut, Eka dapati masalah jerawat yang Eka alami semakin berkurangan.

“Rakan-rakan mula menegur perubahan kulit wajah yang Eka alami. Malah, ada di antara rakan sekerja yang turut ingin mencuba produk tersebut. Bermula dari detik itulah Eka berjinak-jinak sebagai wakil drosphip NOIR,” imbau Eka tentang permulaan dirinya menyertai NOIR.

Jadi Dropship
Tidak sampai dua minggu Eka menjadi wakil dropship NOIR, pendapatan yang diraihnya mencecah sehingga lebih RM2,000. Yakin dengan kemampuan dirinya, Eka memberanikan dirinya menjadi ejen NOIR dengan bayaran sebanyak RM663.60.

“Selepas menjadi ejen, Eka berjaya meraih jualan sehingga RM5,000. Pada waktu tersebut, Eka ada pekerjaan tetap. Jadi, pendapatan NOIR adalah sumber pendapatan sampingan buat Eka. Dari situlah, Eka belajar untuk menyimpan.”

Bergadai Untuk Jadi Ejen
Memperlihatkan keperibadian dirinya yang suka mencabar diri, Eka memberanikan diri untuk menjadi stokis pula. Walau bagaimanapun ada pengorbanan yang perlu Eka lalui bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Untuk menjadi stokis NOIR, Eka perlu menyediakan sejumlah wang sebanyak RM8,000. Eka nekad untuk menggadai gelang kahwin dan beberapa barang kemasnya untuk tujuan tersebut.

“Mujur suami menyokong dan percaya dengan kemampuan Eka. Pada awalnya memang Eka ada perasaan takut dan risau. Tetapi Eka berjaya menangkis perasaan tersebut dengan melakukan rutin perniagaan secara konsisten dengan mengadakan sesi LIVE di platform media sosial,” kongsi Eka.

Menurut Eka, sepanjang bersama NOIR Eka pernah melalui tiga sistem yang berbeza. Setiap sistem usahawan yang dibangunkan oleh NOIR nyata memiliki penambahbaikannya yang tersendiri.

kehidupan eka berubah setelah sedar gaji Noir lebih banyak dari gajinya sebelum ini

Leader Tarik Diri
“Eka bertambah yakin dan semakin serius untuk menjana pendapatan bersama NOIR. Pengorbanan Eka menjadi ejen NOIR sangat berbaloi dan boleh dikatakan ‘balik modal’. Walaupun pada awalnya ada sedikit masalah disebabkan leader Eka keluar daripada NOIR. Namun ia tidak menjadi halangan buat Eka untuk terus konsisten,” kongsi Eka yang dikatakan menjadi semakin agresif apabila berada di bawah pimpinan Cikya.

Bergantung Dengan Pendapatan NOIR
“Selepas tiga tahun menjana pendapatan sampingan bersama NOIR, Eka tekad untuk fokus kepada pendapatan NOIR secara sepenuhnya. Lebih-lebih lagi sewaktu negara dilanda COVID-19. Walaupun kehilangan sumber pendapatan tetap, Eka masih mampu menjana pendapatan yang lebih lumayan berbanding gaji tetap yang Eka terima sebelum ini, Alhamdulillah.”

“Daripada pendapatan NOIR, Eka dapat menyimpan, melangsaikan hutang motosikal, membeli sebuah van secara tunai dan berkongsi modal perniagaan dengan suami. Fokus Eka di dalam NOIR adalah recruitment. Di bawah Eka, ada 20 orang ahli yang masih aktif dan 10 daripadanya adalah Fighter,”jelas Eka yang kini selesa menjadi pembimbing kepada ‘anak team’ dengan berkongsi formula-formula yang diperoleh menerusi pengalamannya sendiri.  

Ingin Lahirkan Usahawan
Lima tahun bersama NOIR, Eka boleh tersenyum bangga dengan kejayaan yang dinikmatinya hari ini. Bukan untuk membanggakan diri, sebaliknya Eka jadikan kejayaannya itu sebagai peniup semangat untuk Eka terus berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang di luar sana untuk sama-sama berjaya dengan NOIR.

“Syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ini. Eka berjaya menjana pendapatan lebih RM7,000 setiap bulan dan kini Eka sedang berusaha keras untuk menjadi NOIR Partner. InsyaAllah dengan adanya keyakinan dan kesungguhan, Eka yakin impian tersebut mampu Eka realisasikan tidak lama lagi,” akhiri Eka yang kini telah bergelar Noir Gold Distributor penuh yakin.

Untuk sebarang maklumat menyertai team Noir boleh layari www.usahawannoir.com

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
3
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0