Bagi memastikan riasan wajah tampil sempurna anda perlu bijak memiilih produk kosmetik yang paling tepat untuk dipakaikan pada wajah.

Solekan yang cantik bakal terhasil jika anda bijak meratakan tona kulit wajah dengan pemakaian produk foundation atau cushion foundation. Sebelum anda memakai pemerah pipi, pembayang mata dan menyelesaikan langkah-langkah solekan yang seterusnya, produk foundation atau cushion foundation memainkan peranan yang sangat penting. Ia bertindak seakan-akan sama seperti bedak asas. Namun, Foundation Atau Cushion Foundation manakah pilihan Anda?

Kulit wajah yang kusam, warna tak sekata dan parut jerawat boleh disamari dengan pemakaian foundation atau cushion foundation yang tepat. Lantaran itu, foundation mahupun cushion foundation memainkan peranan yang sangat penting di dalam solekan individu. Mungkin ramai yang masih keliru, kerana kedua-duanya seolah-olah memberikan hasil yang sama. Hakikatnya, foundation dan cushion foundation adalah dua produk kosmetik yang memiliki peranan yang berbeza di antara satu sama lain. Bagaimana nak tahu perbezaan kedua-dua produk ini? Ia boleh dilihat menerusi pelbagai faktor yang dipengaruhi oleh hasil solekan individu.

Cushion Foundation mudah dibawa

Dari segi penampilan kemasan foundation dan cushion foundation, kedua-dua produk ini nyata memiliki perbezaan yang sangat ketara. Kebanyakan produk foundation lazimnya tampil dalam bentuk botol atau tube. Disebabkan faktor tersebut ramai yang tidak gemar membawa foundation ke mana-mana. Malah, untuk memakainya juga anda perlu membawa sponge atau berus khusus. Jelas ia tidak praktikal. Lain pula dengan cushion foundation. Ia tampil sama seperti bedak padat. Lebih kemas dan mudah untuk dipakai pada bila-bila masa.

Kandungan Cushion Foundation sama seperti produk penjagaan kulit

Kebanyakan produk foundation hanya tertumpu kepada keperluan untuk menyamarkan atau menutup cela pada wajah. Tapi, lain pula fungsi cushion foundation. Ini kerana kandungan bahan-bahannya yang mampu merawat kulit agar tetap sihat dalam masa yang sama.

Kepelbagaian warna Foundation

Ya, kerana faktor kepelbagaian ton warna yang dihasilkan untuk setiap produk foundation, ia menjadikan ramai wanita di luar sana lebih gemar memilih foundation berbanding cushion foundation. Dari kulit cerah sehinggalah ton yang paling gelap dengan pelbagai pilihan undertone boleh anda dapatkan daripada pelbagai produk foundation yang ada di pasaran. Tidak seperti cushion foundation, warna-warna yang ditawarkan di pasaran masih agak terbatas.

Tekstur foundation lebih cair berbanding cushion foundation

Melihat dari segi tekstur kedua-dua produk ini pula, mungkin ada yang beranggapan ia sama. Hakikatnya, foundation memiliki tekstur yang lebih cair berbanding cushion foundation. Cushion foundation lazimnya memiliki tekstur yang lebih berkrim kerana faktor pemakaiannya yang menggunakan puff sponge. Jadi, jika anda memilih untuk memakai foundation, pastikan anda tidak menuangkannya terlalu banyak kerana faktor teksturnya yang agak cair itu. 

Foundation memberi litupan penuh

Walaupun foundation atau cushion foundation memberi kesan yang sama seperti bedak asas, namun jika anda mahukan solekan yang sedikit berat, foundation adalah pilihan yang paling tepat. Foundation mengandungi pigmentasi dan kuasa litupan lebih tinggi berbanding cushion foundation. Jadi, cushion foundation sangat sesuai digunakan untuk solekan harian kerana ia memberikan hasil solekan tampak ringan dan semula jadi.

Selain itu, foundation juga lebih tahan lama dan tidak mudah luntur. Jadi ia sesuai untuk digunakan ketika anda melakukan aktiviti luar.  Sebenarnya kedua-dua produk ini memiliki kelebihannya yang tersendiri. Jika anda tahu keperluan dan teknik solekan yang betul, kedua-dua produk ini memang patut anda cuba.

Ketahui lebih banyak tentang Foundation NOIR dengan layari https://www.noirbeautyworld.com/product/uv-white-foundation-2/

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0