Kekurangan yang ada pada pemilik nama Asnorita Hassan, 48, ini sedikit pun tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk maju berniaga bersama NOIR.

Asnorita bukan seperti wanita biasa. Dirinya memiliki semangat dan kesungguhan luar biasa untuk menguasai perniagaan NOIR secara dalam talian, di platform Instagram @ritabeautycosmetic.

Jangan risau, Madammu layan semua orang sama rata. Terharu akak ni kata sebab dah lama tak jumpa Madam.
Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut https://www.tiktok.com/@noirhealthbeauty
 #fyp #madammu #madammunoir #skincaretips #beautyhacks

Terubat Rindu
Pertemuannya dengan pengasas NOIR, Madammu, baru-baru ini dilihat menyentuh hati banyak pihak. Kelihatan Madammu menyapa ramah Asnorita dan sapaan itu dibalas dengan pelukan air mata dari Asnorita. Menurut Asnorita, hampir dua tahun dirinya tidak berkesempatan bertemu dengan Madammu.

“Saya bukanlah selalu berpeluang berjumpa dengan Madammu. Lebih-lebih lagi selepas negara dilanda COVID-19. Apabila saya dapat tahu Madammu ada di sini pada hari ini, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dengan Madammu. Pertemuan hari ini, seolah-olah mengubat rindu saya untuk bertemu dengan Madammu,” ujar Asnorita atau lebih mesra dengan panggilan Rita ketika ditemui di booth NOIR sempena sambutan Hari Bandaraya Petaling Jaya baru-baru ini.

Diri Sendiri Sebagai Testimoni
Memahami perasaan teruja bercampur sayu yang diperlihatkan oleh wanita istimewa itu, Madammu menyambut mesra kehadirannya dengan berbalas pelukan serta saling bertanya khabar bagaikan dua orang sahabat yang lama terpisah.

Pengguna setia Pure White Soya ini juga turut berkongsi kisah detik permulaan dirinya mengenali NOIR. Menurut Rita, dirinya mula mengenali NOIR menerusi iklan Facebook dan Instagram yang lalu lalang di akaun media sosial miliknya.

“Pada awalnya saya menjadikan diri sendiri sebagai testimoni. Selepas melihat iklan NOIR yang lalu di akaun Facebook, saya tertarik untuk mencuba produk minuman kesihatan Pure White Soya. Saya kongsi tindak balas positif yang saya lalui setelah mengamalkan produk ini secara konsisten di media sosial. Seterusnya, saya mencuba lain-lain produk NOIR dan bila Madammu membuka peluang untuk mencari ejen-ejen baru, saya tidak melepaskan peluang tersebut,” kongsi Rita.

Dorongan Suami & Keluarga
Didorong dengan rasa yakin selepas menggunakan rangkaian produk NOIR, Rita memberanikan diri menjadi salah seorang usahawan NOIR. Sokongan dan dorongan dari suami serta ahli keluarganya juga turut menjadi pembakar semangat buat Rita untuk bangkit berniaga bersama NOIR.

“Kelemahan atau kekurangan yang ada dalam diri saya, tidak boleh jadi penghalang untuk saya berjaya bersama NOIR. Buktinya, saya pernah menjual produk Pure White Soya dan Mixed Berries berserta pembersih wajah NOIR sebanyak RM5,000 hingga RM6,000 dalam masa tiga hari sahaja,” kongsi Rita tentang kejayaannya bersama NOIR.

Media Sosial Medan Promosi
Apabila ditanya bagaimana Rita menjual produk-produk tersebut. Menurutnya, medium media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp dan Live Madammu menjadi salah satu medan buat dirinya mempromosikan rangkaian produk jualannya.

“Saya mempercayai produk NOIR. Seterusnya, saya adalah pengguna dan penjual produk-produk ini. Saya akui, diri saya memiliki banyak kelemahan dan kekurangan. Namun, menerusi Zoom Madammu banyak input, informasi dan nasihat yang saya peroleh. Madammu sentiasa ‘guide’ di samping berkongsi pelbagai tip bersama barisan ejennya dari semasa ke semasa. Jadi, tak perlu bimbang kepada mana-mana wanita di luar sana untuk menjadi usahawan NOIR sama seperti saya,” akhiri Rita yang memasang impian untuk menjadi jutawan NOIR sama seperti Cikya suatu hari nanti.

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
5
+1
3
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0