KEHADIRAN bulan Ramadan kali ini sedikit luar biasa buat Madammu. Bukan sahaja direzekikan untuk menunaikan umrah buat kali pertama. Malah, Ramadan 2024 juga memberi ruang dan peluang untuk Madammu menggandakan amal kebajikan demi meraih cinta Ilahi.

Semalam, 3 April 2024 bertempat di Masjid Imanul Fa’izin, atau dikenali sebagai Masjid Andalusia di Jalan Pasir Puteh, Kelantan, telah diadakan majlis Agihan Zakat sempena program Kongsi Rezeki Sebar Bahagia usaha sama antara Richworks International Sdn Bhd dan NOIR Health & Beauty. 

Menerusi majlis Agihan Zakat Masjid Imanul Fa’izin sempena program Kongsi Rezeki Sebar Bahagia ini, Richworks dan NOIR berpeluang mengagihkan sebanyak 3,000 kampit beras kepada 1,500 keluarga yang memerlukan sekitar Kelantan. 

Selain daripada ibadah utama yang dijalankan seperti puasa, solat berjemaah, solat sunat tarawih, solat sunat, qiamullai dan tadarus al-Quran, sedekah juga adalah salah satu amalan yang sangat dinantikan oleh setiap umat Islam demi berinfak untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan.”

“Malah mentor Madammu sendiri, Datuk Wira Dr Azizan Osman sentiasa menekankan kepada ahli perniagaan di bawah bimbingannya untuk sentiasa menerapkan kepentingan bersedekah dan menjadi manusia yang bermanfaat. Lantaran itu, Madammu mengambil inisiatif untuk menjalinkan usaha sama dengan Richworks International Sdn Bhd bagi menjayakan program istimewa hari ini,” ujar Madammu berkongsi kegembiraannya dalm menjayakan program agihan zakat ini. 

Meskipun jadual harian Madammu sangat padat sepanjang bulan Ramadan ini dengan urusan perniagaan dan di tambah pula dengan kesibukan Madammu menguruskan keempat-empat cahaya matanya, ia tidak menghalang Madammu untuk meluangkan masa dengan para penduduk sekitar Kelantan demi menjayakan program istimewa ini.

Dalam majlis yang sama, pihak Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. turut sama menyokong Program Kongsi Rezeki Sebar Bahagia ini dengan menaja juadah berbuka puasa bagi penerima sumbangan dan jemaah di Masjid Imanul Fa’izin.

Setiap kali seseorang hamba menginfakkan hartanya, Allah SWT memberikan kurnia kepadanya berupa kesihatan jasmani, ketenangan batin dan keluasan rezeki. Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim)

Semoga kita menjadi manusia yang bermanfaat dan sentiasa bersedekah kepada mereka memerlukan. Aameen.

Baca Artikel Sebelum ini:

UV White Foundation: Rahsia Kulit Flawless & Terlindung Sepanjang Hari

Ramai wanita ragu nak pakai foundation hari-hari — takut bercapuk, rasa berat dan akhirnya buat kulit makin teruk. Tapi bagaimana kalau ada satu solusi yang bukan sekadar makeup, tapi juga pelindung harian yang merawat kulit dari dalam? Inilah keistimewaan NOIR UV...

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®Dalam dunia kesihatan dan kecergasan, pemilihan makanan yang betul boleh memberi impak besar terhadap tenaga, metabolisme dan pengurusan berat badan. NU-3 Royal Drink bukan sekadar minuman pengganti...

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator Award

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator AwardAlhamdulillah! Malam yang penuh gilang-gemilang di Inner Circle Meeting, Award & Gala Dinner 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa buat NOIR Health & Beauty! Di bawah kepimpinan Madammu &...

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

NU-3 Royal Drink: Air Tangan Terbaru Madammu

Madammu percaya, kecantikan yang sebenar bermula dari dalam. Setiap inci kecantikan seseorang terpancar melalui kesihatan yang baik dan penjagaan diri yang berkualiti. Maka, lahirlah NU-3 Royal Drink – air tangan terbaru Madammu yang diformulasikan khas untuk...

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0