Tahun demi tahun, semakin banyak produk skincare seperti serum, dihasilkan dan mendapat sambutan dalam kalangan pengguna di Malaysia. Serum terbaik untuk memulihkan kembali kulit yang breakout. 

Kepercayaan dan daya saing dari anak Malaysia sendiri untuk menghasilkan produk buatan sendiri yang setanding dengan produk antarabangsa amat membanggakan.

Ini melibatkan aspek packaging, marketing, bahan yang digunakan, keberkesanan suatu produk untuk mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Salah satunya ialah Noir Beauty.

Hal ini kerana, kita telah terbiasa menggunakan produk yang sedia ada. Ia semestinya mengambil masa bagi menggunakan produk baharu lagi-lagi dengan isu “produk timbang kilo”.

Mari kita kenali serum buatan Noir selepas ini. Teruskan pembacaan anda hingga ke akhir.

Apa Itu Serum?

Kebanyakan serum berasaskan air dan langsung tidak mengandungi sebarang minyak.

Serum diperkaya dengan cairan bahan aktif seperti Antioksidan dan Peptida yang mampu menembus ke dalam kulit untuk memelihara dan meremajakannya.

Serum terbaik digunakan pada waktu malam bagi tujuan merawat kulit kering, tanda-tanda penuaan dan mencerahkan kulit.

Serum muka dihasilkan mengikut masalah yang dihadapi pengguna seperti antipenuaan, jeragat, bintik-bintik hitam, kulit kering, kulit berminyak atau kulit berjerawat.

Jom kita tengok serum yang dihasilkan oleh Noir Health & Beauty.

 

3 Pilihan Serum Terbaik Di Noir Health & Beauty

Pada bahagian ini, kami akan sertakan 3 pilihan serum yang terbaik dan bersesuaian dengan kondisi kulit muka anda.

Skin Revitalising Serum

Skin Revitalising Serum

Serum ini mengandungi bahan utama seperti Malachite Crystal Extract, Cucumis Sativus (Cucumber) Extract dan Matricaria Flower Extract (Chamomile).

Dengan ada bahan-bahan ini, produk Skin Revitalising Serum ini amat membantu bagi individu yang mengalami masalah kulit kering dan kulit kusam.

Berikut merupakan beberapa skin concern yang anda boleh selesaikan dengan menggunakan Noir Skin Revitalising Serum:

  • Memelihara kelembapan kulit
  • Anti penuaan dan mengatasi kedutan
  • Memudarkan jeragat dan bintik-bintik hitam
  • Merawat kulit kusam
  • Mengurangkan hiperpigmentasi
  • Meredakan keradangan dan kulit sensitif
  • Meredakan ketidakselesaan kulit dan melembutkan kulit

Super Anti-Aging Serum

Super Anti-Aging Serum

Kakadu Plum Extract, Chicory Root Extract dan Malus Domestica (Apple) Fruit Cell Culture merupakan bahan aktif utama yang digunakan di dalam serum ini.

Ia bersifat anti penuaan, anti kanser, anti radang dan anti bakteria yang mengurangkan pertumbuhan bakteria jahat untuk mengelakkan masalah kulit.

Super Anti-Aging Serum sesuai bagi individu yang mengalami:

  • Masalah tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kedutan dan jeragat
  • Mengatasi masalah iritasi kulit
  • Merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit
  • Mengurangkan masalah kedutan dan garisan pada mata, mulut, dahi dan leher.

Advance Skin Repair (Acne Serum)

Serum ini diperkaya dengan Yis Beras, Galactomyces Ferment Filtrate dan Cucumber Extract terbukti berkesan mengawal masalah kulit wanita Asia.

Sumber semula jadi seperti yis beras dan timun yang kaya dengan Allantoin, Vitamin B1, C dan E  serta kandungan air yang tinggi dapat membersihkan kulit yang bermasalah.

Individu yang mengalami masalah di bawah perlu gunakan Advance Skin Repair (Acne Serum):

  • Masalah kulit berminyak
  • Masalah jerawat
  • Masalah dark circle di bawah mata
  • Masalah whitehead & blackhead

Cara Pemakaian Serum

cara pemakaian serum

Jom check rutin skincare anda!

  1. Serum terbaik mestilah dipakai selepas mencuci wajah. Turutan yang betul ialah pencuci muka, toner, essence, serum, pelembab dan sunscreen.
  2. Gunakan mengikut kuantiti yang disarankan.
  3. Kemudian, tepuk-tepuk muka anda secara perlahan agar serum dapat menyerap dengan cepat.
  4. Pakai pada waktu siang dan waktu malam sebelum tidur untuk kesan yang lebih baik.
  5. Untuk kulit sensitif, disarankan membuat patch test Beri masa beberapa minit untuk kulit menyerap.
  6. Gunakan sunscreen agar kulit anda dilindungi dari sinaran UV.

Kalau tak pakai sunscreen bila keluar rumah, keberkesanan skincare yang anda pakai seperti esen, serum dan pelembab tidak akan menjadi.

Manfaat Serum Terbaik Untuk Kulit

Pemakaian serum ini berikan pelbagai manfaat kepada kulit kita, terutama sekali buat anda yang inginkan wajah kelihatan muda, cantik dan moist!

  1. Menghilangkan tanda-tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus dan kerutan.
  2. Mengurang parut jerawat dan kesan jeragat.
  3. Kulit nampak lebih berseri.
  4. Membentuk kelembapan kulit.
  5. Meremajakan kulit dan kelihatan awet muda.

Serum yang terbaik mengandungi bahan aktif terhadap kulit seperti Sodium Hyaluronate, Cucumber Extract dan Galactomyces Ferment Filtrate.

Hal ini kerana, bahan kandungan serum terdapat bahan aktif yang ada konsentrasi tinggi.

Ia terbukti lebih efektif untuk masuk ke dalam lapisan kulit yang lebih dalam dan anda akan merasai keberkesanannya!

Rawat Skin Concern Dengan Noir!

Sejak penubuhan pada 3 tahun yang lepas, Noir telah membantu lebih 10,000 wanita dalam mengubah dan menambahbaik kehidupan masing-masing.

Begitu ramai dalam kalangan team Noir yang telah berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka suri rumah dan tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan.

Noir Health & Beauty ialah syarikat yang membawa produk kecantikan yang semestinya Halal yang mampu melebarkan sayap ke negeri-negara luar seperti Indonesia, Singapore, Burnei dan Dubai.

Noir Health & Beauty menghasilkan pelbagai range skincare, alat solek, supplement dan barangan edisi terhad seperti beg tangan dan pelitup muka.

Produk-produk ini dihasilkan bertujuan untuk membantu wanita-wanita di luar sana yang menghadapi masalah kulit dan menambah pendapatan sampingan.

Kunci utama untuk kulit yang bersinar adalah dengan rawatan serum. Cuba sekarang dan lihat perbezaannya sendiri. 

Baca Artikel Sebelum ini:

Fairspin Online Casino em Portugal: diretório de entretenimento, experiência do usuário

Fairspin Online Casino em Portugal: diretório de entretenimento, experiência do usuário A indústria dos casinos online está a mudar rapidamente e os utilizadores procuram não só o jogo, mas também transparência, segurança e condições favoráveis. Entre esses projetos,...

Amidst the thrill of chance and skill, the excitement of the daman game awaits those ready to embrac

Amidst the thrill of chance and skill, the excitement of the daman game awaits those ready to embrace the challenge.An Overview of the Daman GameThe Historical Significance of Daman GameUnderstanding the Mechanics of the Daman GameThe Social Aspect of Playing Daman...

New

NEWSs

UV White Foundation: Rahsia Kulit Flawless & Terlindung Sepanjang Hari

Ramai wanita ragu nak pakai foundation hari-hari — takut bercapuk, rasa berat dan akhirnya buat kulit makin teruk. Tapi bagaimana kalau ada satu solusi yang bukan sekadar makeup, tapi juga pelindung harian yang merawat kulit dari dalam? Inilah keistimewaan NOIR UV...

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®Dalam dunia kesihatan dan kecergasan, pemilihan makanan yang betul boleh memberi impak besar terhadap tenaga, metabolisme dan pengurusan berat badan. NU-3 Royal Drink bukan sekadar minuman pengganti...

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator Award

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator AwardAlhamdulillah! Malam yang penuh gilang-gemilang di Inner Circle Meeting, Award & Gala Dinner 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa buat NOIR Health & Beauty! Di bawah kepimpinan Madammu &...

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

NU-3 Royal Drink: Air Tangan Terbaru Madammu

Madammu percaya, kecantikan yang sebenar bermula dari dalam. Setiap inci kecantikan seseorang terpancar melalui kesihatan yang baik dan penjagaan diri yang berkualiti. Maka, lahirlah NU-3 Royal Drink – air tangan terbaru Madammu yang diformulasikan khas untuk...

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1