Tahun demi tahun, semakin banyak produk skincare seperti serum, dihasilkan dan mendapat sambutan dalam kalangan pengguna di Malaysia. Serum terbaik untuk memulihkan kembali kulit yang breakout. 

Kepercayaan dan daya saing dari anak Malaysia sendiri untuk menghasilkan produk buatan sendiri yang setanding dengan produk antarabangsa amat membanggakan.

Ini melibatkan aspek packaging, marketing, bahan yang digunakan, keberkesanan suatu produk untuk mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Salah satunya ialah Noir Beauty.

Hal ini kerana, kita telah terbiasa menggunakan produk yang sedia ada. Ia semestinya mengambil masa bagi menggunakan produk baharu lagi-lagi dengan isu “produk timbang kilo”.

Mari kita kenali serum buatan Noir selepas ini. Teruskan pembacaan anda hingga ke akhir.

Apa Itu Serum?

Kebanyakan serum berasaskan air dan langsung tidak mengandungi sebarang minyak.

Serum diperkaya dengan cairan bahan aktif seperti Antioksidan dan Peptida yang mampu menembus ke dalam kulit untuk memelihara dan meremajakannya.

Serum terbaik digunakan pada waktu malam bagi tujuan merawat kulit kering, tanda-tanda penuaan dan mencerahkan kulit.

Serum muka dihasilkan mengikut masalah yang dihadapi pengguna seperti antipenuaan, jeragat, bintik-bintik hitam, kulit kering, kulit berminyak atau kulit berjerawat.

Jom kita tengok serum yang dihasilkan oleh Noir Health & Beauty.

 

3 Pilihan Serum Terbaik Di Noir Health & Beauty

Pada bahagian ini, kami akan sertakan 3 pilihan serum yang terbaik dan bersesuaian dengan kondisi kulit muka anda.

Skin Revitalising Serum

Skin Revitalising Serum

Serum ini mengandungi bahan utama seperti Malachite Crystal Extract, Cucumis Sativus (Cucumber) Extract dan Matricaria Flower Extract (Chamomile).

Dengan ada bahan-bahan ini, produk Skin Revitalising Serum ini amat membantu bagi individu yang mengalami masalah kulit kering dan kulit kusam.

Berikut merupakan beberapa skin concern yang anda boleh selesaikan dengan menggunakan Noir Skin Revitalising Serum:

  • Memelihara kelembapan kulit
  • Anti penuaan dan mengatasi kedutan
  • Memudarkan jeragat dan bintik-bintik hitam
  • Merawat kulit kusam
  • Mengurangkan hiperpigmentasi
  • Meredakan keradangan dan kulit sensitif
  • Meredakan ketidakselesaan kulit dan melembutkan kulit

Super Anti-Aging Serum

Super Anti-Aging Serum

Kakadu Plum Extract, Chicory Root Extract dan Malus Domestica (Apple) Fruit Cell Culture merupakan bahan aktif utama yang digunakan di dalam serum ini.

Ia bersifat anti penuaan, anti kanser, anti radang dan anti bakteria yang mengurangkan pertumbuhan bakteria jahat untuk mengelakkan masalah kulit.

Super Anti-Aging Serum sesuai bagi individu yang mengalami:

  • Masalah tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kedutan dan jeragat
  • Mengatasi masalah iritasi kulit
  • Merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit
  • Mengurangkan masalah kedutan dan garisan pada mata, mulut, dahi dan leher.

Advance Skin Repair (Acne Serum)

Serum ini diperkaya dengan Yis Beras, Galactomyces Ferment Filtrate dan Cucumber Extract terbukti berkesan mengawal masalah kulit wanita Asia.

Sumber semula jadi seperti yis beras dan timun yang kaya dengan Allantoin, Vitamin B1, C dan E  serta kandungan air yang tinggi dapat membersihkan kulit yang bermasalah.

Individu yang mengalami masalah di bawah perlu gunakan Advance Skin Repair (Acne Serum):

  • Masalah kulit berminyak
  • Masalah jerawat
  • Masalah dark circle di bawah mata
  • Masalah whitehead & blackhead

Cara Pemakaian Serum

cara pemakaian serum

Jom check rutin skincare anda!

  1. Serum terbaik mestilah dipakai selepas mencuci wajah. Turutan yang betul ialah pencuci muka, toner, essence, serum, pelembab dan sunscreen.
  2. Gunakan mengikut kuantiti yang disarankan.
  3. Kemudian, tepuk-tepuk muka anda secara perlahan agar serum dapat menyerap dengan cepat.
  4. Pakai pada waktu siang dan waktu malam sebelum tidur untuk kesan yang lebih baik.
  5. Untuk kulit sensitif, disarankan membuat patch test Beri masa beberapa minit untuk kulit menyerap.
  6. Gunakan sunscreen agar kulit anda dilindungi dari sinaran UV.

Kalau tak pakai sunscreen bila keluar rumah, keberkesanan skincare yang anda pakai seperti esen, serum dan pelembab tidak akan menjadi.

Manfaat Serum Terbaik Untuk Kulit

Pemakaian serum ini berikan pelbagai manfaat kepada kulit kita, terutama sekali buat anda yang inginkan wajah kelihatan muda, cantik dan moist!

  1. Menghilangkan tanda-tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus dan kerutan.
  2. Mengurang parut jerawat dan kesan jeragat.
  3. Kulit nampak lebih berseri.
  4. Membentuk kelembapan kulit.
  5. Meremajakan kulit dan kelihatan awet muda.

Serum yang terbaik mengandungi bahan aktif terhadap kulit seperti Sodium Hyaluronate, Cucumber Extract dan Galactomyces Ferment Filtrate.

Hal ini kerana, bahan kandungan serum terdapat bahan aktif yang ada konsentrasi tinggi.

Ia terbukti lebih efektif untuk masuk ke dalam lapisan kulit yang lebih dalam dan anda akan merasai keberkesanannya!

Rawat Skin Concern Dengan Noir!

Sejak penubuhan pada 3 tahun yang lepas, Noir telah membantu lebih 10,000 wanita dalam mengubah dan menambahbaik kehidupan masing-masing.

Begitu ramai dalam kalangan team Noir yang telah berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka suri rumah dan tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan.

Noir Health & Beauty ialah syarikat yang membawa produk kecantikan yang semestinya Halal yang mampu melebarkan sayap ke negeri-negara luar seperti Indonesia, Singapore, Burnei dan Dubai.

Noir Health & Beauty menghasilkan pelbagai range skincare, alat solek, supplement dan barangan edisi terhad seperti beg tangan dan pelitup muka.

Produk-produk ini dihasilkan bertujuan untuk membantu wanita-wanita di luar sana yang menghadapi masalah kulit dan menambah pendapatan sampingan.

Kunci utama untuk kulit yang bersinar adalah dengan rawatan serum. Cuba sekarang dan lihat perbezaannya sendiri. 

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Beauty Escape Bootcamp 2023 Bina Semangat & Motivasi Usahawan

Selaku jenama rangkaian produk kecantikan yang sinonim dengan memperkasakan golongan usahawan wanita, NOIR Health & Beauty Sdn Bhd telah menganjurkan NOIR BEAUTY ESCAPE BOOTCAMP 2023 bertempat di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat.Bootcamp yang bertemakan ‘beauty...

Terbaharu : Inovasi Sunscreen Hibrid Terbaik Dari NOIR   

Sunscreen atau krim tabir suria adalah produk penjagaan wajah paling penting yang WAJIB ada bagi setiap individu tanpa mengira usia mahupun jantina. Setiap hari tanpa mengira keadaan cuaca panas mahupun hujan, sunscreen wajib diaplikasikan pada wajah sebagai salah...

NOIR Zumba Dance Gegarkan Taman Tasik Shah Alam 

Dengan semangat mendedahkan kepada orang ramai tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat, Team Zumba Dance NOIR berjaya meneruskan misi #𝐍𝐎𝐈𝐑𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 luar dan dalam untuk sesi yang ke-2 di Taman Tasik Shah Alam. Rata-rata yang menyertai NOIR Zumba Dance kali...

Jom Sertai komuniti Cantik & Sihat – NOIR Zumba Dance

Gelombang ungu mewarnai Astaka Taman Tasik Titiwangsa, 14 Januari 2022 yang lalu. Hampir 300 peserta yang terdiri daripada orang awam dan team NOIR telah memeriahkan acara sulung NOIR Zumba Dance 2023.Cantik luar dan dalam menjadi matlamat utama seluruh team NOIR...

Supplement Untuk Kulit Glowing Halus Semulajadi

Penjagaan kulit sangat penting untuk memastikan kesihatan diri secara keseluruhannya. Anda boleh menjaga kulit dengan menggunakan produk skincare seperti supplement untuk kulit. Sebab mengapa penjagaan kulit itu penting adalah kerana kulit merupakan organ terbesar...

Tips Bisnes Online Untuk Produk Skincare

Pada masa kini, bisnes online kesihatan dan kecantikan adalah salah satu perniagaan yang paling popular dan berjaya untuk dijalankan, terutamanya bisnes skincare. Ini kerana kulit ialah organ terbesar pada tubuh badan manusia dan penting untuk perlindungan dan...

Impian Jadi Jutawan Direalisasikan Bersama NOIR

Benarlah seperti apa yang kerap diulang-ulang oleh Madammu, tiada yang mustahil dengan NOIR. Kini ramai suri rumah boleh jana pendapatan dari puluhan ribu sehinggalah ke puluhan juta ringgit.Baru-baru ini Madammu telah mengadakan siaran LIVE NOIR Megareview 2022...

Idea Senaman Untuk Para Wanita

Selain menjaga atau mempertahankan kecantikan wajah. Tubuh badan yang sihat juga memainkan peranan yang besar sekali gus mempengaruhi keseluruhan penampilan individu.Jika ingin memiliki kulit yang sihat, anda juga WAJIB menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup...

Nak pakai Serum Skin Revitalising Atau Super Anti-Aging?

Serum adalah sejenis produk topikal yang berkelikatan nipis. Apa yang dimaksudkan dengan topikal? Ia bermaksud produk tersebut dipakai atau disapu secara langsung pada permukaan kulit.Mengapa anda perlu menambah pemakaian serum dalam rutin penjagaan wajah seharian?...

Qasidah & Majlis Ilmu Simbolik Penutup Tahun 2022

NOIR Health & Beauty Sdn Bhd telah melabuhkan tirai tahun 2022 dengan sebuah majlis kesyukuran yang cukup istimewa buat seluruh keluarga besar NOIR.  Masih belum terlambat untuk team NOIR HQ mengucapkan selamat tahun baharu 2023 kepada para pelanggan setia NOIR di...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1