Kulit merupakan antara organ yang sangat penting dan adalah organ yang terbesar di badan anda. Oleh itu, penjagaan kulit setiap hari menggunakan skincare terbaik adalah sangat penting.

Menjaga kulit anda dengan betul setiap hari akan membantu mengekalkan kesihatan kulit anda seiring membantu melindungi organ-organ yang ada di dalam badan anda juga. 

Mengekalkan satu rutin penjagaan kulit akan dapat membantu untuk menjana semula sel-sel kulit yang baru supaya kulit anda sentiasa bersih dan sihat.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang cara-cara untuk memilih skincare yang sesuai serta skincare terbaik untuk anda, skincare NOIR!

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

6 Cara Memilih Skincare Terbaik yang Sesuai

Semestinya setiap orang inginkan skincare terbaik untuk kulit mereka. Jadi, anda perlu tahu cara untuk memilih skincare yang sesuai dengan kulit anda untuk anda supaya ia berkesan.

Berikut adalah 6 cara untuk memilih skincare yang sesuai untuk anda:

  • Ketahui jenis kulit

jenis kulit

Terdapat lima jenis kulit muka utama, iaitu kulit normal, kering, berminyak, kombinasi kering dan berminyak serta kulit sensitif.

Anda perlu tahu jenis kulit anda kerana skincare terbaik untuk anda adalah skincare yang telah diformulasikan khas untuk jenis kulit muka anda. Barulah ia boleh berfungsi dengan betul.

Selain itu, mengetahui jenis kulit anda juga akan membantu mudahkan proses memilih produk yang sesuai dengan kulit anda daripada lambakan skincare di luar sana.

  • Ketahui masalah kulit yang dihadapi

Bagi mendapatkan skincare terbaik untuk kulit anda, anda juga perlu mengetahui masalah kulit yang anda hadapi (sekiranya ada). 

Ini kerana setiap orang mempunyai masalah yang berbeza yang mereka ingin atasi dan terdapat juga pelbagai jenis skincare yang diformulasikan untuk menyelesaikan masalah berbeza-beza.

Mengenal pasti masalah kulit anda akan memudahkan anda untuk memilih skincare yang sesuai dengan rutin harian anda berdasarkan bahan aktif dan formulasi produk tersebut.

  • Pilih moisturizer

moisturizer

Moisturizer, atau dikenali sebagai pelembap muka, sangat penting bagi memastikan kulit anda sihat, mengekalkan barrier kulit anda serta mengelakkan kedutan.

Pelembap muka bukan sahaja penting untuk yang mempunyai kulit jenis kering, ia juga penting bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak.

  • Pilih toner

Toner juga penting bagi memastikan kesihatan kulit muka anda. Ia berfungsi untuk menghidratkan dan memulihkan kulit yang rosak serta menyediakan kulit anda untuk menyerap produk seterusnya.

Toner yang dicampurkan dengan vitamin C, ekstrak papaya atau retinol dapat membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap, bintik-bintik matahari, parut jerawat, serta garis-garis halus.

  • Lindungi kulit anda

sinaran uv

Anda perlu melindungi kulit anda daripada sinaran UV. perlindungan kulit dari sinaran UV harus menjadi langkah paling penting dalam rutin skincare anda.

Penggunaan sunscreen (SPF15) setiap hari boleh mengurangkan risiko anda mendapat karsinoma sel skuamosa (SCC) sebanyak 40%, dan mengurangkan risiko melanoma anda sebanyak 50%. 

Ia juga boleh membantu mencegah penuaan kulit pramatang yang disebabkan oleh matahari, termasuk kedutan, kendur dan bintik-bintik penuaan.

  • Pilih face wash yang sesuai

Face wash, atau pencuci muka, adalah produk skincare yang paling penting anda perlukan. 

Fungsi pencuci muka adalah untuk membersihkan kulit anda daripada sebarang kekotoran, sisa makeup dan debu. 

Sepanjang hari kulit muka anda sentiasa diselaputi bakteria, bahan pencemar, virus, kotoran, serta sel kulit lama yang dah mati. 

Oleh itu, mencuci muka setiap hari menggunakan pencuci muka dapat menghilangkan kekotoran ini dan membuatkan kulit kelihatan segar serta elak daripada berlakunya ‘breakouts’.

Kini, pencuci muka juga mempunyai pelbagai jenis formula yang diformulasikan khas untuk jenis kulit berbeza. Jadi, anda perlu memilih mengikut jenis kulit anda.

Nak Cantik, Kenalah Guna NOIR!

Bagi mereka yang mencari skincare yang berkesan dan berkualiti tinggi, produk skincare NOIR adalah pilihan skincare terbaik untuk anda!

Antara produk skincare terbaik NOIR:

serum skincare terbaik malaysia

Serum ini mempunyai kesan anti-penuaan dan menghidupkan semula kulit anda. 

Sapukan beberapa titis pada muka dan leher akan menyebabkan kulit serta-merta berasa lebih lembut dan licin. 

Bahan aktif formula membekalkan sel kulit dengan oksigen, meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan penampilan kedutan.

Harga: RM69.00

essence terbaik malaysia

Essence ini kaya dengan mineral, protein serta vitamin yang berasaskan bahan semula jadi. Diperbuat dari yis beras yang terbukti berkesan melambatkan penuaan kulit.

Antara kebaikan esen ini adalah memberi tekstur glowing pada kulit, memulihkan tekstur kulit, memulihkan tona kulit yang tak sekata, mengecilkan liang pori dan banyak lagi!

Harga: RM89.00

acne serum skincare terbaik

Acne serum ini dapat merawat jerawat, merawat kulit berminyak, menegangkan kulit, mengecilkan biji kolesterol, atasi masalah whitehead/blackhead dan banyak lagi!

Harga: RM89.00

pencuci muka terbaik

Antara kebaikan Malachite Crystal Cleanser ini adalah menghapuskan jerawat, mengawal penghasilan melanin, mengecilkan liang pori, anti penuaan dan sebagainya.

Harga: RM69.00

pencuci muka terbaik

Mouse Purifying Cleanser ini sesuai untuk kulit berminyak, anti penuaan, menghapuskan jerawat, melembapkan kulit, mengekalkan keremajaan kulit dan bersihkan kulit dari kotoran.

Harga: RM69.00

whitening gel

Whitening Gel Hydrant ini diperkaya dengan Snail Filtrate, Matricaria dan Ekstrak Buah Timun (Cucumis Sativus).

Ia boleh membantu mengawal pengeluaran minyak, melicinkan kulit, sekatan tona kulit, membantu masalah kerengsaan kulit sensitif dan mengecilkan liang pori-pori.

Harga: RM129.00

Ketahui NOIR: Where Beauty Blossoms

noir beauty

Bagi mereka yang tidak tahu, NOIR Health & Beauty Sdn Bhd adalah syarikat yang telah membawa masuk produk kecantikan halal dan premium yang meluas ke seluruh negara. 

Kami juga telah mengatasi jenama tempatan yang lebih mantap dalam menembusi industri kecantikan di negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan juga Dubai. 

Syarikat kami akan terus meningkatkan lagi jenamanya dalam mempromosikan barisan kecantikan halal dan premium di seluruh dunia.

Formulasi produk kami menekankan kepentingan vegan, bebas kekejaman dan sedar dalam kemapanan sambil kami terus berkembang dan mengutamakan pengguna setia kami.

Disenaraikan dalam CCIC (Coalition for Consumer Information on Cosmetics), NOIR menyasarkan untuk mengekalkan komitmen kami yang berterusan terhadap toleransi sifar terhadap semua ujian haiwan dalam barisan produk kami.

Madammu mementingkan penggunaan bahan-bahan semulajadi yang bebas kekejaman dan kejuruteraan botani untuk rangkaian kecantikan premium halalnya. 

Hasilnya, syarikat ini memenangi “Penjagaan Kulit Premium Terbaik” dalam Anugerah Jenama Halal Asia (AHBA) 2019.

Tersenarai sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020, Madammu telah menunjukkan bahawa kerja keras dan kerja berpasukan yang berterusan memang membuahkan hasil. 

Beliau juga diiktiraf antara 16 usahawan kecantikan tempatan dan dipaparkan dalam majalah Nona terbitan Januari 2020. 

Mewujudkan keyakinan diri dan jaminan produk melalui program keusahawanan oleh syarikat membolehkan perwakilan jenama NOIR menjana aliran pendapatan yang stabil sendiri.

Kesimpulannya, terdapat beberapa cara untuk memilih skincare terbaik dan sesuai untuk kulit anda bagi memastikan ia berkesan dan menjamin kesihatan kulit muka anda.

Jika anda sedang mencari skincare line yang efektif dan berkualiti, pilihlah skincare di NOIR!

Amalan NOIR dalam menawan lutsinar dan keserian dalam kecantikan terhasil daripada unsur semula jadi melalui proses metabolik botani bagi meningkatkan kesejahteraan anda dan kulit anda, dari dalam ke luar.

Antara bahan semulajadi yang digunakan dalam skincare NOIR:

  • Malachite – The Beauty Crystal
  • Camu-camu – Superfood for Collagen
  • Astaxanthin – King of Carotenoids
  • Galactomyces Ferment Filtrate
  • Snail Secretion Filtrate
  • Matricaria
  • Green Tea Leaf Extract
  • Witch Hazel
  • Tea Tree Oil
  • Shea Butter
  • Cucumber Fruit Extract

NOIR percaya dalam mencerahkan dan membersihkan kulit untuk mencipta keserian abadi.

Rasainya keserasiannya dengan mencuba produk bestseller dari Noir iaitu Skin Refining Essense.

Dapatkan free gift dengan setiap pembelian produk Noir. 

Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0