Jejaka Jurutera berusia 24 tahun ini berjaya berada di tahap NOIR Silver Entrepreneur hanya dalam masa 3 bulan

Dengan NOIR tiada yang mustahil! Mungkin agak pelik bila seorang jurutera berkecimpung dalam dunia keusahawanan kecantikan yang nyata jauh berbeza dari pekerjaan hakikinya. Lebih unik lagi, individu ini adalah seorang jejaka.

Cabar Diri

Anak muda kelahiran Kuching, Sarawak ini memang suka mencabar diri dan mencuba sesuatu yang baharu di dalam kehidupannya. Jejaka yang mesra dengan sapaan Abull NOIR ini, kini bertugas sebagai jurutera perisian dan menetap di Petaling Jaya.Abull adalah salah seorang anak didik NOIR Platinum Partner, Eza Nuraiena. Mula berkenalan dengan NOIR disebabkan masalah kulit wajah yang dialaminya sendiri.

“Ya, Abull mula menjadi ahli NOIR sejak 25 Ogos yang lalu dan Abull mencuba sendiri rangkaian produk NOIR bagi merawat masalah kulit ‘breakout’ yang Abull Alami. Semuanya berpunca daripada siaran LIVE Madammu di Facebook. Abull tertarik untuk mencuba dan secara tak langsung terus menjadi salah seorang peminat Madammu. Dari LIVE Madammu itu jugalah Abull belajar tentang skincare,” ujarnya jejaka ini.

Kejayaan Dalam Tempoh 3 Bulan

Abull juga tidak lokek berkongsi resipi kejayaannya apabila berada di tahap Noir Silver Entrepreneur hanya dalam masa tiga bulan menyertai team NOIR. “Semakin kita aktif, maka semakin rancaklah kita ‘meroket.’ Semuanya Abull buat dengan Zero Cost Marketing. Tambahan pula Abull memang suka mencuba dan meneroka benda-benda baru. Jadi Abull buat tanpa henti,” ulas Abull.

Lelaki Jual Kosmetik, Tiada Yang Pelik

Apabila ditanya tentang tanggapan masyarakat apabila seorang lelaki berkecimpung dalam dunia kecantikan ini, Abull tidak mudah melatah. Tegas Abull, dirinya menganggap bahawa bidang yang diceburinya ini adalah normal. “Dunia semakin canggih. Penampilan diri kini jadi aset utama setiap individu tanpa mengira jantina. Tak kira sama ada di dalam atau luar negara, kaum lelaki juga memainkan peranan yang besar sehingga turut menjadi role model kepada kempen-kempen kecantikan dengan menjadi penghias muka depan majalah, model billboard dan sebagainya bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan. Malah kaum lelaki juga turut diangkat menjadi duta kepada pelbagai produk kecantikan dan penjagaan diri dari jenama-jenama terkenal antarabangsa. Jadi, tiada yang pelik pun,” tambahnya lagi.

Bonus Untuk Abull

Menurut Abull, bonus buat dirinya kerana selain dapat berkongsi tentang kebaikan produk ini dengan kaum wanita, dirinya juga berpeluang memberi kesedaran kepada kaum lelaki di luar sana tentang kelebihan dan keperluan menjaga kulit wajah dengan penggunaan produk bersesuaian. “Mungkin di Malaysia, kesedaran tentang kepentingan penjagaan kulit wajah dalam kalangan lelaki masih lagi kurang. Jadi, Abull ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan mereka tentang bahan-bahan dan kategori produk yang sesuai digunakan oleh golongan lelaki. Bila seorang lelaki mendekati lelaki, mungkin mereka tak segan sangat kan?” ulas Abull.

Kerana Minat

Minat yang ada dalam dirinya menjadikan Abull tidak kekok meneroka dunia keusahawanan NOIR. Malah, bersandarkan minatlah, dirinya kekal aktif berniaga meskipun memiliki pekerjaan hakiki sebagai seorang jurutera. Selain itu, keyakinan Abull terhadap rangkaian produk NOIR yang selamat, halal dan bebas daripada bahan terlarang seperti merkuri menjadikan dirinya konsisten mempromosikan jenama NOIR kepada para pengikutnya di media sosial. Tambah meyakinkan lagi apabila Abull menjadikan dirinya sendiri sebagai testimoni produk.

Tak Kekok

Keramahan dan pengetahuan Abull tentang produk NOIR menjadikan ramai pelanggan meyakininya. Menurut Abull, 98% sasaran audiensnya terdiri daripada golongan wanita. Nyata mereka tidak kekok untuk mendapatkan rundingan kecantikan daripada Abull. “Abull akan pastikan pelanggan yang membeli dari Abull, mendapat Skin Consultation terlebih dahulu sebelum membeli produk NOIR, sekali gus mereka akan mendapat tawaran yang menarik ketika membuat pembelian. Jadi, dari situlah Abull banyak menyimpan customer atau database yang berkualiti,” kongsi Abull lagi

Sokokngan Rakan-rakan

Abull bertuah kerana dirinya dikelilingi dengan rakan-rakan yang memahami dan sentiasa menyokong minatnya itu. Lebih membahagiakan Abull lagi, kebanyakan rakan-rakannya kini turut menjadi pengguna NOIR. “Alhamdulillah, dengan NOIR Abull boleh menyimpan sedikit demi sedikit. Income kita ditentukan oleh usaha kita sendiri. Kalau kita bagi 100% Insya-Allah pendapatan yang kita bakal peroleh nanti juga lumayan. Tapi kalau usaha kita ala kadar, income kita tu pun ala kadar jugalah,” akhiri Abull yang berazam untuk menjadi lelaki pertama yang duduk di level NPP suatu hari nanti.

Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
3
+1
1
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0