Pasti ramai yang menantikan peluang mengerjakan umrah semasa Ramadan bagi memperoleh ganjaran besar di Tanah Suci Mekah. Ada kalanya juga rezeki datang tanpa dijangka-jangka.

Begitulah tuah yang menyebelahi dua orang kakitangan senior NOIR Health & Beauty Sdn Bhd apabila perjalanan ibadah umrah masing-masing ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat. Mohd Affiq Abd Malek dari unit oprerasi dan Muhammad Annuar Mastar dari unit Media & Creative adalah antara dua kakitangan yang telah berkhidmat dengan NOIR selama lebih dua tahun.

Tajaan umrah ini adalah salah satu kejutan yang sangat bermakna kepada kedua-dua mereka. Tambahan pula ini merupakan pengalaman pertama masing-masing menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Lebih istimewa lagi, detik bersejarah ini terjadi dalam pada 10 malam terakhir Ramadan. “Alhamdulillah dan terima kasih kepada Madammu dan Boss di atas hadiah yang sangat bermakna ini. Am doakan semoga rezeki Mdammu dan Boss terus melimpah ruah,” ujar Am yang nyata sangat teruja dengan tajaan umrah ini.

Menurut Affiq pula, dirinya sama sekali tidak menyangka berpeluang menunaikan umrah pada bulan Ramadan. “Saya memang ada menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah tetapi sama sekali tidak pernah menyangka rezeki datang begitu cepat. Alhamdulillah dengan tajaan ini semoga NOIR Health & Beauty semakin maju dan lebih ramai kakitangan yang lain berpeluang mendapat tajaan umrah sebegini, amin,” ujarnya.

Menurut Madammu, NOIR Health & Beauty ada perancangan untuk membawa beberapa kakitangan yang lain untuk menunaikan umrah dari semasa ke semasa. Ini adalah salah satu cara Madammu dan Boss Azri menghargai jasa dan pengorbanan para kakitangannya yang telah lama berkhidmat bersama-sama NOIR. “Sebenarnya selain Afiqq dan Annuar ada dua lagi staff yang kami tawarkan untuk menunaikan umrah pada kali ini. Tetapi disebabkan atas beberapa faktor peribadi yang tidak dapat dielakkan mereka terpaksa menolak.

“Insya-Allah mungkin ada rezeki yang lain nanti. Kali ini Boss turut sama menyertai rombongan umrah Ramadan. Madammu tidak dapat turut serta memandangkan sedang sarat. Jika tiada halangan dan diizinkan Allah, Madammu merancang untuk menunaikan umrah pada hujung tahun nanti,” jelas Madammu. Semoga NOIR Health & Beauty Sdn Bhd terus dianugerahkan rezeki berlipat kali ganda dan saling berkongsi rezeki bersama-sama kerana rezeki yang dikongsi itu akan lebih diberkati. Kepada Boss, Affiq dan Annuar (Am) kami mendoakan agar ibadah kalian dipermudah dan beroleh umrah mabrur, amin.

ramadan

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1