Setiap bakal pengantin pasti mahu kelihatan cantik dan kacak pada hari perkahwinan mereka. Oleh itu, mereka perlu betul-betul mengikuti tips penjagaan muka sehingga hari besar itu.

Ini kerana hari perkahwinan merupakan hari yang sangat istimewa dan hanya berlaku sekali dalam seumur hidup. Semestinya pengantin ingin nampak flawless dalam gambar.

Bagi memastikan pengantin nampak cantik dan flawless dalam gambar kahwin, semestinya kulit pengantin perlu bersih dan sihat dengan menggunakan skincare yang bagus.

Antara ciri-ciri kulit yang sihat adalah kulit yang bebas jerawat, licin, anjal, tegang dan kemerah-merahan.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang tips penjagaan muka bagi bakal pengantin serta skincare yang efektif di NOIR untuk anda!

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

9 Tips Penjagaan Muka Untuk Bakal Pengantin

penjagaan muka bakal pengantin

Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan flawless bagi bakal pengantin, anda perlu mengikuti 9 tips penjagaan muka ini:

  • Ketahui jenis kulit anda

skin tone kulit

Antara tips penjagaan muka adalah memilih skincare yang sesuai dengan kulit anda akan menjadi lebih mudah jika anda tahu jenis kulit anda sama ada ia kering, berminyak, bermasalah atau sensitif.

Jika anda menggunakan skincare yang tidak sesuai dengan jenis kulit anda, anda berisiko untuk mengalami masalah kulit seperti breakout.

Jika anda mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat yang banyak, elakkan daripada memicit. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi lebih teruk dan parut kekal.

Sebaliknya, anda patut berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan nasihat dan tips penjagaan muka bagi yang ada kulit bermasalah.

  • Pilih pencuci muka yang sesuai

pencuci muka

Pastikan anda memilih pencuci muka atau ‘facial cleanser’ yang sesuai dengan kulit dan tidak mengandungi bahan kimia yang akan merosakkan lagi kulit muka anda.

Kebiasaannya, anda perlu memilih pencuci muka yang mempunyai pH 4.5 – 7 dan elakkan daripada mengguna pencuci yang mengandungi sulphates.

  • Toner dan pelembap kulit

Anda digalakkan untuk memakai pelembap kulit dua kali sehari , terutamanya mereka yang mempunyai kulit jenis kering, manakala toner sekali sehari sudah mencukupi.

  • Primer kulit

make up pengantin

Sebelum anda memakai sebarang makeup, anda digalakkan untuk memakai primer terlebih dahulu bagi menyediakan kulit anda untuk makeup, terutamanya makeup yang tebal.

  • Sunscreen

sunscreen

Tips penjagaan muka seterusnya adalah pemakaian sunscreen. Anda digalakkan untuk memakainya setiap hari dan setiap kali anda terdedah kepada cahaya matahari.

  • Jaga pemakanan

jaga pemakanan

Salah satu tips penjagaan muka yang sangat penting adalah penjagaan makanan kerana makanan memainkan peranan penting dalam memastikan kulit anda sihat.

Anda perlu kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit seperti breakout.

Sebaliknya, anda digalakkan untuk lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta suplemen multivitamin.

Anda juga perlu minum air secukupnya iaitu sebanyak 8 gelas setiap hari bagi mengekalkan hidrat kulit anda.

  • Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat

bersenam

Badan yang sihat dan kulit yang cantik perlulah seiring. Oleh itu, tips penjagaan muka seterusnya adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga hingga lima kali seminggu.

Anda tidak perlu melakukan senaman yang terlalu kompleks. Joging, berenang, berjalan dan senaman aerobik juga boleh memastikan badan anda sihat dan cergas.

Mengamalkan gaya hidup yang sihat serta menjaga kebersihan diri semestinya dapat memastikan kulit yang sihat.

  • Dapatkan rehat secukupnya

rehat secukupnya

Rehat dan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan masalah kulit. Ia juga akan menyebabkan eyebags dan dark circles yang membuatkan wajah anda kelihatan pucat dan kusam.

Oleh itu, anda patut mendapatkan tidur yang secukupnya setiap hari, sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari bagi dewasa.

  • Lakukan rawatan kulit

rawatan kulit muka

Bagi yang mengalami masalah kulit, anda boleh melakukan rawatan kulit atau ‘facials’ sebulan sekali, bergantung kepada masalah kulit anda.

Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dermatologi terlebih dahulu bagi memastikan rawatan tersebut selamat untuk dilakukan pada kulit anda.

Dapatkan Pilihan Produk Skincare Di NOIR

Bagi bakal pengantin yang mencari skincare yang berkesan dan berkualiti tinggi, produk skincare NOIR adalah pilihan yang terbaik untuk anda!

Antara produk skincare NOIR:

serum muka

Serum ini mempunyai kesan anti-penuaan dan menghidupkan semula kulit anda.

Sapukan beberapa titis pada muka dan leher akan menyebabkan kulit serta-merta berasa lebih lembut dan licin.

Bahan aktif formula membekalkan sel kulit dengan oksigen, meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan penampilan kedutan.

skin refining essence

Essence ini kaya dengan mineral, protein serta vitamin yang berasaskan bahan semula jadi. Diperbuat dari yis beras yang terbukti berkesan melambatkan penuaan kulit.

Antara kebaikan essence ini adalah memberi tekstur glowing pada kulit, memulihkan tekstur kulit, memulihkan tona kulit yang tak sekata, mengecilkan liang pori dan banyak lagi!

Acne serum ini dapat merawat jerawat, merawat kulit berminyak, menegangkan kulit, mengecilkan biji kolesterol, atasi masalah whitehead/blackhead dan banyak lagi.

Antara kebaikan Malachite Crystal Cleanser ini adalah menghapuskan jerawat, mengawal penghasilan melanin, mengecilkan liang pori, anti penuaan dan sebagainya.

cleanser pencuci muka

Mouse Purifying Cleanser ini sesuai untuk kulit berminyak, anti penuaan, menghapuskan jerawat, melembapkan kulit, mengekalkan keremajaan kulit dan bersihkan kulit dari kotoran.

whitening gel moisturizer

Whitening Gel Hydrant ini diperkaya dengan Snail Filtrate, Matricaria dan Ekstrak Buah Timun (Cucumis Sativus).

Ia boleh membantu mengawal pengeluaran minyak, melicinkan kulit, sekatan tona kulit, membantu masalah kerengsaan kulit sensitif dan mengecilkan liang pori-pori.

Kesimpulannya, terdapat banyak tips penjagaan muka yang perlu diikuti untuk bakal pengantin bagi memastikan kulit anda sihat dan berseri-seri pada hari perkahwinan anda.

Jika anda sedang mencari skincare line yang efektif dan berkualiti, pilihlah skincare di NOIR!

noir beauty

NOIR Health & Beauty Sdn Bhd adalah syarikat yang telah membawa masuk produk kecantikan halal dan premium yang meluas ke seluruh negara.

Kami juga telah mengatasi jenama tempatan yang lebih mantap dalam menembusi industri kecantikan di negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan juga Dubai.

Syarikat kami akan terus meningkatkan lagi jenamanya dalam mempromosikan barisan kecantikan halal dan premium di seluruh dunia.

Formulasi produk kami menekankan kepentingan vegan, bebas kekejaman dan sedar dalam kemapanan sambil kami terus berkembang dan mengutamakan pengguna setia kami.

Disenaraikan dalam CCIC (Coalition for Consumer Information on Cosmetics), NOIR menyasarkan untuk mengekalkan komitmen kami yang berterusan terhadap toleransi sifar terhadap semua ujian haiwan dalam barisan produk kami.

Klik di sini untuk perjalanan kepada kulit yang sempurna.

Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0