Pada masa kini, bisnes online kesihatan dan kecantikan adalah salah satu perniagaan yang paling popular dan berjaya untuk dijalankan, terutamanya bisnes skincare.
Ini kerana kulit ialah organ terbesar pada tubuh badan manusia dan penting untuk perlindungan dan kesejahteraan kita. Oleh itu, penjagaan kulit itu sangat penting.
Keupayaan media sosial juga telah membantu untuk memperkasa dan memaklumkan pengguna tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan diri dengan lebih pantas.
Disebabkan ini, ramai pengguna lebih mementingkan kesihatan dan kesejahteraan berbanding sebelum ini, menyebabkan berlakunya perkembangan bisnes skincare secara online.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang kenapa skincare produk bagus berbisnes secara online, serta tips-tips untuk menjalankan bisnes online skincare.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Kenapa Skincare Produk Bagus Berbisnes Online:
Sebelum masuk ke aspek skincare, kita lihat terlebih dahulu kenapa menjalankan bisnes online adalah lebih bagus berbanding bisnes offline.
-
Pasaran yang luas
Selagi anda mempunyai akses kepada internet dan gajet yang diperlukan, anda boleh berniaga di mana-mana sahaja anda berada.
Tidak kira anda berada di negeri mana, anda boleh berniaga serata Malaysia. Anda juga boleh kembangkan lagi bisnes online anda dengan menembusi hingga ke peringkat global.
- Menjimatkan kos
Dengan adanya bisnes online, anda hanya perlu bermodalkan internet dan ilmu perniagaan sahaja.
Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk menyewa premis yang mahal dan membayar sewa bulanan kerana semua proses perniagaan dibuat secara maya.
Paling kurang pun anda hanya memerlukan modal bagi produk serta tempat untuk menyimpan stok produk-produk anda sahaja.
Sebaliknya, anda boleh melabur duit anda untuk mengiklankan produk anda seperti di Google ads dan Facebook ads bagi meningkatkan lagi kesedaran jenama bisnes anda.
- Pengurusan bisnes yang sistematik
Mempunyai sistem pesanan atau order form akan memudahkan lagi kerja anda kerana semuanya telah di automasi dan lebih teratur.
Pesanan pelanggan akan diproses oleh sistem tersebut dan akan dihantar terus ke rumah pelanggan selepas dipakej.
Segala pembelian dan resit pelanggan akan disimpan secara online untuk memudahkan anda untuk akses jika perlu.
Deskripsi produk serta FAQ juga akan tertera pada laman web anda. Oleh itu, anda tidak lagi akan letih untuk melayan pelanggan dan menjawab soalan-soalan yang sama.
- Mempunyai masa yang lebih fleksibel
Lagi satu kelebihan bisnes online ini ialah anda boleh beroperasi mengikut kehendak anda, berbanding kerja lain yang memerlukan anda untuk berada di pejabat dari pagi hingga ke petang.
-
Jimat tenaga dan masa pelanggan
Kini, pelanggan mengutamakan pengalaman membeli-belah yang cekap, pantas dan efisien, terutamanya dalam era teknologi ini.
Dengan menjalankan bisnes online, pelanggan boleh mencari produk skincare yang diingini serta membuat pembelian hanya melalui laman web atau apps sahaja tanpa perlu ke kedai fizikal.
Barang pembelian online mereka juga akan dihantar terus ke rumah tanpa perlu di ambil di kedai melalui kurier. Sistem ini lebih mudah dan cekap serta menjimatkan masa dan tenaga.
Tips Bisnes Online Skincare
-
Jangan malu
Tips menjalankan bisnes online yang paling penting adalah jangan berasa malu untuk memulakan perniagaan anda, tidak kira sekecil mana pun.
Banyak perniagaan yang berjaya juga mula dari perniagaan yang kecil sahaja.
Selain itu, pastikan anda menguruskan bajet anda dengan cermat bagi mengelakkan pembaziran atau hutang. Elakkan melaburkan wang yang terlalu banyak pada peringkat awal.
-
Menghasilkan produk dan jenama sendiri
Salah satu aspek yang penting dalam memastikan bisnes anda berjaya adalah kreativiti dan inovasi. Anda boleh cuba untuk menghasilkan produk baru serta jenama anda sendiri.
Ini boleh membezakan anda daripada bisnes lain dan pelanggan akan tertarik dengan aspek yang “lain daripada lain” yang anda tawarkan.
- Pemasaran produk dan pembayaran
Cara anda memasarkan produk anda sangat penting bagi menjana jualan. Jika anda menggunakan platform sosial media, anda perlu memaksimumkan penggunaannya.
Sebagai contoh, anda boleh mencipta ‘page’ produk pada FB dan ‘invite’ rakan rakan anda ke page tersebut.
Apabila anda mempromosikan produk, pastikan anda kongsikan testimoni serta gambar dan maklumat tentang produk tersebut. Dengan cara ini, pelanggan akan lebih tertarik kepada produk itu.
Jika anda mempunyai kepakaran IT, anda juga boleh mencipta laman web anda tersendiri bagi produk dan jenama anda.
Paling penting, pastikan anda memberikan pelanggan anda pengalaman membeli-belah yang cekap dan efisien supaya mereka senang untuk membeli dengan anda di masa hadapan.
Anda juga perlu menentukan medium pembayaran bagi pelanggan, sama ada secara online, kad kredit, cash on delivery dan sebagainya.
Sebaiknya, anda menawarkan semua jenis medium pembayaran bagi memaksimumkan keuntungan anda dan memudahkan pelanggan untuk membeli dengan anda.
-
Menjadi agen dropship
Jika anda baru hendak menceburi bidang bisnes online skincare, anda boleh cuba menjadi agen dropship terlebih dahulu bagi mendapatkan pengalaman.
Terdapat banyak syarikat skincare ternama di pasaran yang menawarkan perkhidmatan dropship kepada mana-mana usahawan yang berminat dengan bisnes skincare online.
Menjadi agen dropship juga tidak memerlukan wang yang banyak. Biasanya yurannya rendah dan kadangkala percuma.
Anda juga tidak perlu mengendalikan penyimpanan stok dan penghantaran. Agen dropship hanya perlu mempromosikan produk di mana-mana platform sosial media sahaja.
-
Menjadi pengedar yang sah bagi produk skincare sedia ada
Jika anda tidak mempunyai produk anda sendiri, anda juga boleh menjadi pengedar yang sah bagi produk-produk skincare yang sedia ada di pasaran.
Biasanya, syarikat-syarikat skincare yang sedia ada di pasaran memerlukan dan mencari pengedar yang sah atau stokis produk mereka untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka.
Sebagai contoh, anda boleh menjadi dealer yang sah kepada syarikat skincare online yang terkemuka di pasaran Malaysia seperti Noir.
Anda perlu menghubungi syarikat tersebut untuk mengetahui tentang modal yang diperlukan serta informasi berkaitan dengan syarikat dan produk-produk mereka.
Selesai itu, anda boleh mula untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan anda secara online.
Dari segi pelanggan, anda tidak perlu risau kerana anda akan menjual produk skincare yang sudah pun mempunyai nama di pasaran.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kelebihan menjalankan bisnes online serta tips bisnes online untuk produk skincare yang anda perlu tahu.
Kembangkan Sayap Bisnes Online Anda Bersama Noir!
Jika anda ingin menceburi bisnes online skincare, sertai bisnes luar biasa bersama usahawan Noir!
NOIR Health & Beauty Sdn Bhd adalah syarikat yang telah membawa masuk produk kecantikan halal dan premium yang meluas ke seluruh negara.
Kami juga telah mengatasi jenama tempatan yang lebih mantap dalam menembusi industri kecantikan di negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan juga Dubai.
Syarikat kami akan terus meningkatkan lagi jenamanya dalam mempromosikan barisan kecantikan halal dan premium di seluruh dunia.
Sertai Dunia Baharu Perjalanan Bisnes Luar Biasa Bersama Usahawan Noir:
Ramai yang telah bertindak pantas menjadi Noir Member. Jangan tunggu lagi, peluang mungkin HANYA SEKALI! Jadi anda kena bertindak SEKARANG.
Madammu dan seluruh team Noir akan bantu anda menggapai impian untuk menjadi usahawan luar biasa. Anda hanya perlu mengambil 3 langkah ini sahaja:
Langkah 1: Daftar Sebagai Usahawan Noir.
Langkah 2: Sertai Program Latihan.
Langkah 3: Mulakan Bisnes Anda.
Apa yang anda akan dapat?
- Penguasaan bisnes
- Belajar melalui pengalaman
- Bimbingan professional
- Sistem & e-store
- Kit pemasaran eksklusif
- Ganjaran & kimisyen sehingga 40%
Tunggu apa lagi? Sertai program usahawan Noir sekarang!
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, layari laman web kami di sini.