Syukur, NOIR membuka tirai penjelajahan tahun 2024 dengan menyertai Karnival Jom Heboh (KJH) di Sarawak dari 26 Januari Sehingga 28 Januari 2024 yang lalu.

Selepas Kelantan dan Johor, NOIR mengambil peluang untuk meneruskan kerjasama dengan pihak Media Prima Berhad (MPB)  dengan menyertai  penjelajahan KJH 2024 di Kuching, Sarawak.

Madammu menyifatkan program KJH ini adalah peluang terbaik untuk para usahawan Madammu memperluaskan lagi pemasaran perniagaan masing-masing sehingga ke Sabah dan Sarawak.

“Karnival Jom Heboh bukan semata-mata karnival hiburan yang sesuai buat seisi keluarga. Malah, ia juga adalah satu platform terbaik untuk para pemain industri tempatan memperkenalkan jenama dan produk masing-masing kepada pengunjung dan penonton di peringkat nasional.”

“Madammu mengambil peluang ini untuk bersama-sama dengan para usahawan Madammu. Memberi mereka peluang untuk turut serta berniaga di sini. Di KJH ini jugalah para usahawan NOIR berpeluang mencari pengalaman baru dengan menyertai ‘ground event’ sebegini,” ujar Madammu yang tidak melepaskan peluang untuk turut serta mempromosikan rangkaian produk NOIR bersama barisan team usahawan dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak di booth ‘purple’ NOIR.

Meskipun hujan lebat membasahi Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak ini, para pengunjung kelihatan begitu bersemangat untuk memberi sokongan kepada para peniaga yang membuka booth di KJH Sarawak ini.

Sokongan dan kesanggupan segelintir pengunjung meredah hujan untuk menikmati kemeriahan KJH 2024 ini sangat NOIR hargai. Warga Sarawak mengambil peluang yang ada ini untuk merasai kemeriahan KJH selepas 11 tahun ia tidak diadakan di Bumi Kenyalang ini.

Meskipun hujan sedikit merencatkan sedikit kemeriahan KJH, Team Usahawan NOIR tidak berputus asa dengan meneruskan jualan dan promosi menerusi LIVE di akaun media sosial masing-masing. Team usahawan NOIR yang berkampung selama tiga hari di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, berjaya memperoleh hasil jualan mencecah ratusan ribu ringgit sepajang tiga hari di sana. Kepada para usahawan NOIR yang bertungkus-lumus mempromosikan booth NOIR, syabas NOIR ucapkan.  

Baca Artikel Sebelum ini:

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®Dalam dunia kesihatan dan kecergasan, pemilihan makanan yang betul boleh memberi impak besar terhadap tenaga, metabolisme dan pengurusan berat badan. NU-3 Royal Drink bukan sekadar minuman pengganti...

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator Award

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator AwardAlhamdulillah! Malam yang penuh gilang-gemilang di Inner Circle Meeting, Award & Gala Dinner 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa buat NOIR Health & Beauty! Di bawah kepimpinan Madammu &...

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

NU-3 Royal Drink: Air Tangan Terbaru Madammu

Madammu percaya, kecantikan yang sebenar bermula dari dalam. Setiap inci kecantikan seseorang terpancar melalui kesihatan yang baik dan penjagaan diri yang berkualiti. Maka, lahirlah NU-3 Royal Drink – air tangan terbaru Madammu yang diformulasikan khas untuk...

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0