Sunscreen atau krim tabir suria adalah produk penjagaan wajah paling penting yang WAJIB ada bagi setiap individu tanpa mengira usia mahupun jantina.

Setiap hari tanpa mengira keadaan cuaca panas mahupun hujan, sunscreen wajib diaplikasikan pada wajah sebagai salah satu syarat untuk anda mendapatkan kulit wajah sihat dan awet muda berpanjangan. Individu yang terdedah dengan sinar UV tanpa sebarang perlindungan boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kulit di kemudian hari. Bayangkanlah, sinar UV mampu menembusi awan, jendela di rumah, cermin kereta, pejabat mahupun kapal terbang dengan mudah.

Fungsi Sunscreen

Jika kulit tidak diberi perlindungan sebaiknya dari panahan sinar UV ini, kajian telah membuktikan bahawa ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Lebih membimbangkan lagi, kira-kira 80% tanda-tanda penuaan kulit yang ketara boleh dilihat pada kulit yang terdedah dengan sinar UV. Menyedari hakikat ini, NOIR Health & Beauty tampil dengan satu lagi produk sunscreen super berkualiti, NOIR Oil- Free Hybrid Sunscreen tanpa warna dengan SPF50 PA+++ bebas minyak dan bebas white cast.

Kelebihan NOIR Oil- Free Hybrid Sunscreen

Formulasi hibrid adalah salah satu keistimewaan dan kelebihan yang ada dalam penghasilan sunscreen ini. Sunscreen hibrid ini sangat berfaedah untuk menghalang Blue light (High Energy Visible Light – HEV) atau cahaya gelombang panjang menembusi kulit. Malah ia turut menghimpunkan kelebihan yang ada dalam chemical sunscreen dan physical sunscreen di dalam satu sunscreen. Jika ada menggemari produk sunscreen berasakan mineral tetapi tidak boleh memakainya dengan kerap, sunscreen dengan formulasi hibrid boleh dijadikan sebagai alternatif. Formulasi berasaskan air dengan teksturnya yang ringan menggalakkan penyerapan yang lebih baik pada kulit.

Ditambah pula dengan kandungan ekstrak buah caesalpina spinosa (pokok tara), Pyrus Malus (kandungan yang didapatkan dari buah epal), ekstrak bunga matahari dan biji anggur yang sangat membantu melindungi kulit wajah dari tanda-tanda awal penuaan sekali gus menjadikan kulit bertambah mulus dan kekal terhidrat.

Menangani Kulit Kering & Kulit Kusam

Dengan mengenal pasti formula yang sesuai untuk jenis dan keperluan kulit, anda mampu mendapatkan sunscreen yang terbaik untuk kulit. Sekiranya anda suka memakai sesuatu jenama sunscreen dan komited dengan pemakaiannya setiap hari, ia menandakan bahawa anda telah berjaya menemui sunscreen yang paling tepat untuk kulit anda. Inilah yang menyebabkan NOIR komited dalam menghasilkan sunscreen berformulasi terbaik dari semasa ke semasa. Selain membantu melindungi kulit dari bahaya sinar UV, UVA dan UVB, NOIR Oil- Free Hybrid Sunscreen juga boleh membantu memperbaiki masalah kulit kering dan kulit kusam.

Jangan ketinggalan mendapatkan NOIR Oil- Free Hybrid Sunscreen di www.noirbeautyworld.com atau ejen-ejen NOIR yang berhampiran dengan anda sekarang.

 

Madammu Perkenalkan Label Fesyen Natrah by NOIR

Natrah by NOIR merupakan jenama fesyen keluaran NOIR yang dicetuskan sendiri oleh pengasasnya. Sudahkah anda memiliki kedua-dua rangkaian pakaian terbaharu yang diinspirasikan oleh Madammu sendiri?  Baru-baru ini Madammu telah melancarkan jenama pakaian Natrah by...

Warga Johor Serbu Booth NOIR Di Jom Heboh Johor

Selepas Kejayaan di Karnival Jom Heboh (KJH) Kelantan, NOIR ke selatan tanah air menyertai KJH yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober di Padang A & B, Angsana Johor Bahru Mall dengan melancarkan produk terbaharunya. Istimewa buat warga Johor, mereka...

Eza Terpaksa Berhenti Masters, Jadi Jutawan Dengan NOIR

Eza Nuraiena Sota atau lebih mesra dengan panggilan Eza terpaksa menangguhkan pengajian sarjananya disebabkan masalah kewangan. Pengajian sarjananya tertunda akibat program biasiswa yang terhenti separuh jalan. Disebabkan desakan kewangan, Eza terpaksa menangguhkan...

NOIR Taja Percutian Ke London & Paris Untuk Team Usahawan

Tidak mudah untuk merealisasikan perjalanan yang tertangguh selama hampir tiga tahun ini. Alhamdulillah, akhirnya anugerah yang dinantikan-nantikan oleh 20 barisan usahawan terbaik NOIR berjaya direalisasikan pada tanggal 2 Oktober 2023 yang lalu. Madammu berjaya...

Kerjasama NOIR Dan mStar Baek Bantu Insan Memerlukan

Jangan lupa tunduk ke bumi, itulah antara kata-kata yang sentiasa menjadi pegangan buat Madammu seupaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama tidak melupakan insan-insan yang memerlukan.   Bersama Mstar dengan NOIR Health & Beuaty, termeterailah satu...

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0