Dari Tak Pandai & Tak Minat Berniaga Shamsinar Berjaya Buat Duit Poket Tepi Dengan Sistem Usahawan Noir

Pada awalnya sekadar ingin mencuba, akhirnya Shamsinar Amir Razlan mampu raih wang saku tambahan setiap bulan walaupun menjual hanya sekadar untuk ‘suka-suka.’ 

Perkenalan wanita ini dengan Noir berlangsung secara tidak sengaja. Hantaran iklan yang kerap ‘lalu-lalang’ di akaun Facebook miliknya telah mendorong puan Shamsinar untuk mencuba produk Noir dan akhirnya berada dalam kumpulan usahawan Apprentice dan bakal bergelar jutawan Noir. Terjebak Secara Tak Sengaja “Saya tak pernah ikut mana-mana akaun Noir, malah saya sendiri tidak ada kawan dalam kalangan ejen Noir. Semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila saya tertarik untuk mencuba produk ini menerusi iklan yang saya lihat di FB Feed milik saya,” ujar Shamsinar sebagai pembuka bicara. Wanita 46 tahun ini turut berkongsi tentang keperibadian dirinya yang tidak pernah memiliki minat untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Sebaliknya, sentiasa menyokong rakan-rakan sekerjanya yang berniaga.

Suka Support Rakan Berniaga

“Saya bekerja dan ada dalam kalangan rakan-rakan sekerja yang berniaga. Saya suka support rakan-rakan yang berniaga dengan membeli barangan yang mereka jual. Namun, untuk saya terjebak berniaga sama seperti rakan-rakan sekerja saya itu adalah sangat mustahil. Saya memang tak minat dan tak pandai berniaga,” imbau Shamsinar tentang keperibadian dirinya.

Shamsinar yang kini menetap di Semenyih mula kenal dan menyertai Noir sekitar bulan Oktober tahun 2021. Mengimbau detik permulaannya mengenali Noir, Shamsinar mengakui rangkaian produk penjagaan wajah sangat sesuai dengan jenis kulitnya. “Bertitik-tolak daripada keberhasilan selepas menggunakan produk penjagaan kulit Noir, saya tertarik untuk berkongsi dengan individu yang rapat dengan saya tentang kelebihan dan keberkesanannya.”

Dapat Pelanggan Dari Live Madammu

Selain berkongsi dengan individu terhampir dengannya tentang produk Noir, Shamsinar turut mencuba nasib mempromosikan produk Noir menerusi siaran LIVE Madammu di platform Facebook. Apa yang membuat dirinya lebih teruja apabila komennya di Facebook Live Madammu mendapat perhatian ramai.

“Saya mendapat pelanggan pertama menerusi promosi yang saya buat di ruangan komen sewaktu Madammu sedang membuat Live di Facebook. Saya tak sangka dari situ saya boleh mendapat pelanggan. Pada waktu itu saya masih belum memasang apa-apa impian pun, saya sekadar ingin mencuba nasib. Tak sangka dari ‘suka-suka’ saya boleh menjana pendapatan sampingan,” tuturnya jujur.

Tak Letak Sasaran Tinggi Mana Pun Dengan tidak meletakkan apa-apa matlamat, Shamsinar berjaya menjana pendapatan sehingga RM7,000 selepas enam bulan menyertai Noir. Menurut perkongsian Shamsinar lagi, dirinya telah dibimbing oleh leader Rozalaini Arifin. Tunjuk ajar yang diberikan menjadikan dirinya lebih berkeyakinan untuk menjual produk Noir. “Pada awalnya saya memang sekadar ingin mencuba nasib. Pada waktu itu, saya cakap pada diri sendiri dapat RM100 hingga RM200 pun tak mengapa. Saya tidak meletakkan sasaran tinggi mana pun, sebab saya berniaga bukan secara serius. Tambahan pula saya memang tak pandai berniaga.” Pendapatan Terus Meningkat “Apa yang mengejutkan saya, bulan pertama saya dapat RM300 kemudian pada bulan seterusnya meningkat ke RM500 dan seterusnya terus memperlihatkan hasil jualan yang terus meningkat. Pada masa itulah saya mula sedar, saya perlu ada target. Leader saya banyak membantu dan saya juga jenis banyak bertanya. Jadi daripada situlah saya belajar untuk meletakkan sasaran. Alhamdulillah dengan rezeki yang saya dapat daripada Noir ini,” kongsi Shamsinar yang juga pertama kali menyertai program Noir Circle Meeting (NCM) yang berlangsung di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur baru-baru ini.   Shamsinar turut mengakui bahawa sistem usahawan yang disediakan Noir memang sangat membantu dirinya untuk memulakan perniagaan. Lebih-lebih lagi untuk individu yang baru ingin berjinak-jinak dalam perniagaan. Keluar Dari Zon Selesa “Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dengan Noir saya cuba keluar dari zon selesa dan mencuba sesuatu yang baharu. Noir berjaya melatih diri saya untuk jadi lebih berani. Sedikit demi sedikit saya mula meletakkan sasaran supaya saya boleh menjana pendapat sehingga RM10, 000,” akhiri Shamsinar yang turut mengajak lebih ramai wanita di luar sana untuk menjadi salah seorang usahawan Noir. www.usahawannoir.com

Baca Artikel Sebelum ini:

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®Dalam dunia kesihatan dan kecergasan, pemilihan makanan yang betul boleh memberi impak besar terhadap tenaga, metabolisme dan pengurusan berat badan. NU-3 Royal Drink bukan sekadar minuman pengganti...

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator Award

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator AwardAlhamdulillah! Malam yang penuh gilang-gemilang di Inner Circle Meeting, Award & Gala Dinner 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa buat NOIR Health & Beauty! Di bawah kepimpinan Madammu &...

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

NU-3 Royal Drink: Air Tangan Terbaru Madammu

Madammu percaya, kecantikan yang sebenar bermula dari dalam. Setiap inci kecantikan seseorang terpancar melalui kesihatan yang baik dan penjagaan diri yang berkualiti. Maka, lahirlah NU-3 Royal Drink – air tangan terbaru Madammu yang diformulasikan khas untuk...

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0