Pasti ramai yang tertanya-tanya adakah produk serum itu keperluan atau sekadar trend ? Benarkah serum perlu dipakai setiap hari? Jom BACA artikel ini!

Kehadiran pelbagai jenama serum di pasaran memperlihatkan betapa tingginya permintaan pengguna terhadap produk ini. Saban hari pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa berlumba-lumba mempromosikan pelbagai jenis serum dengan segala macam kelebihan di pasaran. Sebenarnya apakah fungsi utama yang terdapat di dalam serum sehingga wujudnya pelbagai jenis serum di rak-rak jualan produk kecantikan? NOIR ingin berkongsi info berikut!

1. Meningkatkan Penghasilan Kolagen

Kolagen diperlukan oleh kulit wajah supaya wajah yang kendur kembali tegang. Selain itu ia berperanan melembap dan membantu menggantikan sel kulit mati. Jadi, di sinilah peranan SERUM! Serum boleh membantu meningkatkan kolagen dan mengurangkan garis-garis halus atau kedutan pada wajah. Dengan penggunaan serum secara konsisten, masalah kulit kusam dan keletihan boleh diperbaiki. Ia akan menjadikan kulit si pemakai kelihatan lebih bercahaya (glowing) dan tampak segar sekiranya dipakai dengan cara yang betul

2. Mencegah Masalah Kulit

Kandungan aktif yang terdapat di dalam serum boleh membantu melindungi kulit si pemakai dari serangan radikal bebas. Pemakaian serum ibarat satu pelaburan jangka masa panjang untuk kulit anda kerana serum boleh mencegah kehadiran masalah kulit. Serum yang mengandungi vitamin C, vitamin E, ekstrak teh hijau dan astaxanthin boleh mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinar UV dan pencemaran udara. Faktor inilah yang menjadi penyumbang kepada masalah penuaan pada kulit.

3. Mengecilkan Pori-pori

Bagi individu yang memiliki masalah kulit berminyak, lazimnya liang-liang pori pada wajah akan kelihatan lebih ketara. Jadi, serum boleh membantu meningkatkan penukaran sel-sel baharu yang boleh membantu mengecilkan liang-liang pori pada wajah. Malah, serum juga akan membuka liang-liang pori yang tersumbat sekali gus membersihkannya dari kotoran. Liang-liang pori yang tersumbat boleh mengakibatkan penghasilan sebum tidak terkawal. Selain itu, kandungan antioksidannya juga boleh membantu mencegah bintik-bintik hitam dan putih pada wajah.

4. Mengurangkan Masalah Iritasi

Wajah individu mudah mengalami iritasi disebabkan faktor pemakaian produk penjagaan wajah yang tidak sesuai atau cuaca. Sebenarnya, kulit individu menjadi sensitif seiring dengan peningkatan usia. Ini menyebabkan kulit wajah jadi kemerahan, gatal atau timbulnya lain-lain iritasi. Sekali lagi, produk serum boleh menjadi penyelamat kepada permasalahan ini. Kebanyakan produk serum yang dihasilkan di pasaran mengandungi bahan anti-inflamasi. Ia sangat membantu untuk menenangkan kulit sekali gus menangani masalah iritasi yang sedang dihidapi.

Ha, itulah antara kelebihan atau fungsi utama serum. Disebabkan peranannya yang sangat besar dalam menangani pelbagai masalah kulit, maka serum sangat disarankan untuk menjadi salah satu rutin harian di dalam penjagaan wajah individu.

Di NOIR, terdapat TIGA jenis serum terlaris iaitu : 

i. Skin Revitalising Serum

  • Memelihara kelembapakn kulit
  • Meredakan keredangan dan kulit sensatif
  • Meredakan ketidakselesaan kulit dan melembutkan kulit

ii. Skin Revitalising Serum

  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus,kedutan dan jeragat
  • Mengatasi masalah iritasi kulit
  • Merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit

iii. Advance Skin Repair (Acne Serum)

  • Mengawal penghasilan minyak
  • Memudarkan parut
  • Meredakan keradangan
  • Mengecilkan liang pori

Ketiga-tiga serum ini memiliki konsentrasi khusus dalam menangani permasalahan kulit individu. Untuk memiliki produk yang benar-benar tepat mengikut keperluan kulit anda, sila layari www.noirbeautyworld.com untuk bercakap dengan perunding kecantikan NOIR yang sentiasa bersedia membantu menjawab segala persoalan anda.

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0