Adakah minuman kecantikan dan kesihatan benar-benar boleh memberi manfaat kepada tubuh anda atau adakah ia sekadar angan-angan? Berikut adalah pendapat pakar.

Kehadiran pelbagai produk minuman kesihatan berasaskan kesihatan semakin mendapat perhatian ramai. Dalam satu kajian yang dikendalikan oleh firma penyelidikan pasaran global, Mintel, pada tahun 2008 sahaja terdapat hampir 300 produk makanan dan minuman yang berfungsi memberi khasiat kecantikan kepada tubuh telah dilancarkan. Jumlah tersebut hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Tahun 2022, nyata ia memperlihatkan peningkatan yang semakin ketara. Saban hari terdapat pelbagai produk minuman kecantikan dan kesihatan yang boleh anda dapatkan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Maksud Minuman Kecantikan Di mata pengguna, minuman kecantikan adalah minuman yang boleh membantu dalam aspek kecantikan buat si pengguna.  Minuman yang memiliki khasiat kecantikan ini lazimnya mengandungi pelbagai vitamin, asid amino atau bahan-bahan botani yang mengandungi aktiviti antioksida. Lazimnya, individu perlu mendapatkan khasiat vitamin dan mineral yang mencukupi menerusi diet harian mereka atau menerusi pengambilan minuman mengikut jumlah keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Sejauh Mana Keberkesanannya? Setiap individu perlu memastikan pengambilan diet harian yang merangkumi pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, lemak baik serta bijirin penuh. Makanan tambahan juga boleh membantu untuk mencukupkan keperluan ini. Ada kalanya, individu yang mengamalkan pengambilan makanan sihat juga berhadapan dengan masalah kulit, rambut dan kuku. Ini mungkin berpunca daripada masalah penyerapan khasiat makanan tersebut di dalam tubuh individu. Makanan tambahan berbentuk minuman boleh membantu untuk mengurangkan masalah kulit yang dihadapi individu kerana keperolehan biologi dan ia mudah diserap tubuh.

Diet Bertindak Balas Pada Kulit?
Secara asasnya, nutrien yang baik boleh memberikan kesan yang baik juga kepada kulit. Namun, ada perlu tahu nutrien yang tubuh anda perlukan dari semasa ke semasa. Ibaratnya, lemak di kawasan lilit pinggang anda tidak boleh terbakar dengan hanya melakukan senaman crunch sebanyak 100 kali. Malah, dengan sengaja meningkatkan jumlah pengambilan vitamin di dalam minuman ia langsung tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada tubuh anda.

Anda boleh mengambil makanan tambahan mengikut keperluan tubuh. Jadi, anda perlu tahu apa yang tubuh anda perlukan. Minuman kecantikan yang anda ambil  itu adalah sumber tambahan yang menjadi keperluan kepada tubuh anda. Sebaliknya, jangan jadikannya sebagai pengganti kepada jumlah pengambilan air yang tubuh anda perlukan setiap hari.

Menghilangkan Dahaga Kulit Anda
Pastikan tubuh kekal hidrat kerana ia adalah kunci kesihatan, termasuklah kulit anda. Hidrat kulit dengan pengambilan air secukupnya dan makan makanan berkhasiat dengan menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia adalah sumber yang terbaik.

Jika anda mencari minuman kecantikan yang ringkas, anda boleh menikmati minuman yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Pastikan anda kenal dan ambil tahu tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam minuman kecantikan dan kesihatan yang anda ambil.

Selain menjaga pengambilan makanan untuk memelihara kulit dari dalam, anda juga perlu ambil berat tentang penjagaan kulit dari luar. Produk yang anda gunakan di atas kulit secara langsung, turut mampu memberi impak kepada perubahan kulit anda. Contohnya, apabila anda mengaplikasikan bahan-bahan seperti vitamin C, vitamin A dan peptides pada kulit ia boleh memberi tindak balas yang diperlukan oleh kulit anda.

NOIR memahami keperluan anda…

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
5
+1
6
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0