Bagaimana untuk mendapatkan rejimen penjagaan kulit wajah sempurna di rumah? Berikut saranan yang dicadangkan oleh pakar dan wajar anda patuhi!

Anda ingin memulakan rutin penjagaan wajah yang sempurna tetapi ada beberapa persoalan yang berlegar-legar di minda anda. Berapa banyak produk yang perlu saya gunakan? Produk apakah yang sesuai untuk kulit saya? Produk yang mana satu perlu saya mulakan dahulu? Dan apakah fungsi produk ini pada kulit saya? Bagi mengupas persoalan tersebut, berikut adalah saranan daripada pakar dermatologi yang boleh kamu amalkan dalam rutin penjagaan wajah di rumah.

3 Langkah Asas Rutin Penjagaan Wajah

Bagi mendapatkan khasiat sempurna dalam penjagaan kulit wajah harian, lakukan 3 langkah asas berikut tanpa mengira apa jua jenis kulit anda:

  • Membersih
  • Merawat
  • Melembap

Lazimnya anda akan membersihkan wajah dengan pencuci dan menjaga kelembapan wajah dengan penggunaan pelembap. Bagaimana pula dengan langkah untuk merawat?

Rangkaian produk terbaik digunakan dalam penjagaan wajah harian bertujuan merawat kawasan kulit yang bermasalah sekali gus memastikan tona kulit wajah anda berada dalam keadaan terbaik. Di sini, langkah untuk merawat kulit wajah melibatkan penggunaan serum atau krim yang mengandungi bahan-bahan seperti vitamin C, retinol, alpha hydroxy acids dan sebagainya mengikut keperluan kulit anda.

Menambah langkah-langkah penjagaan di antara rutin membersihkan dan melembapkan kulit wajah  adalah sangat penting.

Disiplin
Hasil terbaik akan diperoleh oleh individu yang benar-benar berdisiplin. Walau apa jua produk penjagaan wajah yang anda gunakan, konsisten dan kesabaran adalah kunci utama untuk ia menampakkan hasilnya.

Jika anda sentiasa berdisiplin dan menjadikannya sebagai rutin harian, anda boleh memperoleh hasil sekitar enam hingga 12 minggu atau ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan bagi menilai keberhasilan atau keberkesanan rutin penjagaan wajah tersebut.

Contoh Langkah Penjagaan yang Boleh Anda Amalkan:

Wajah – PAGI
Cleanser → Toner → Essence → Eye Cream → Moisturizer → Sunscreen

Langkah Penjagaan Wajah – MALAM
Cleanser → Toner → Serum/Treatment → Eye Cream → Acne Treatment → Night Cream

www.noirbeautyworld.com

Baca Artikel Sebelum ini:

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®Dalam dunia kesihatan dan kecergasan, pemilihan makanan yang betul boleh memberi impak besar terhadap tenaga, metabolisme dan pengurusan berat badan. NU-3 Royal Drink bukan sekadar minuman pengganti...

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator Award

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator AwardAlhamdulillah! Malam yang penuh gilang-gemilang di Inner Circle Meeting, Award & Gala Dinner 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa buat NOIR Health & Beauty! Di bawah kepimpinan Madammu &...

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

NU-3 Royal Drink: Air Tangan Terbaru Madammu

Madammu percaya, kecantikan yang sebenar bermula dari dalam. Setiap inci kecantikan seseorang terpancar melalui kesihatan yang baik dan penjagaan diri yang berkualiti. Maka, lahirlah NU-3 Royal Drink – air tangan terbaru Madammu yang diformulasikan khas untuk...

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
1
+1
6
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0