NOIR ingin berkongsi #5 ramuan asli semula jadi yang boleh anda cuba untuk merawat masalah rambut gugur yang sering dialami oleh wanita bertudung

Risau bila melihat lantai rumah dipenuhi dengan gumpalan rambut gugur. Apabila rambut disikat, terasa nipisnya rambut di kepala. Risau pula seandainya kepala menjadi botak. Apatah lagi, rambut ibarat mahkota bagi seorang wanita. Jika tidak berambut, hilanglah mahkota kejelitaan seorang wanita. Tentunya anda tidak mahu masalah rambut gugur terus berlarutan bukan? Di sinilah penyelesaian untuk hentikan rambut gugur. Jom cuba!

1. Si Lidah Buaya Tumbuhan Ajaib!

Bukan sembarangan buaya! Lidah buaya atau Aloe Vera ini boleh dianggap sebagai tumbuhan ajaib. Banyak masalah rambut mahupun kulit boleh diatasi dengan menggunakan bahan yang diperbuat daripada tumbuhan ini.Lidah buaya mengandungi bahan yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Jadi, molek jika anda menjadikan tumbuhan ini sebagai masker rambut untuk menghentikan masalah keguguran rambut.

Cara membuatnya:
  • Campurkan 4 sudu makan gel lidah buaya dengan 1-2 sudu minyak castor (boleh didapati di platform e-dagang)

  • Urut perlahan-lahan pada kulit kepala

  • Biarkan selama 30 minit. Kemudian basuh menggunakan syampu

  • Lakukan 3 kali seminggu

Tip: Sebaiknya, gunakan lendir pokok lidah buaya yang semula jadi.

2. Telur Bukan Hanya Untuk Dimakan
Jika anda nak hentikan rambut gugur, silalah ke peti sejuk dan dapatkan sebiji telur!
Telur mengandungi kadar protein yang tinggi. Ia boleh membantu menyihatkan dan menyuburkan rambut anda.

Cara membuatnya:

  • Campurkan sebiji telur, 2 sudu minyak zaitun dan 1 sudu madu dalam sebuah mangkuk
  • Ratakan pada seluruh bahagian rambut dan biarkan selama 30 minit
  • Untuk mengatasi masalah bau hanyir, basuh rambut dua kali menggunakan syampu
  • Lakukan rutin masker ini dua kali dalam seminggu.

Tip: Basuh rambut dengan air suam atau sejuk. Elak menggunakan air panas.

  1. Rahsia Tradisi Dari India

Gooseberry adalah ramuan tradisi paling popular di India. Berkhasiat disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi. Ia boleh membantu menguatkan rambut.

Cara membuatnya:

  • Ambil 4 hingga 5 biji buah gooseberries, perah dan ambil jusnya
  • Ratakan pada seluruh bahagian kulit kepala
  • Biarkan selama sejam. Kemudian basuh
  • Lakukan rutin ini dua kali dalam seminggu
  1. Bunga Raya Sebagai Masker
    Bunga raya kaya dengan khasiat seperti vitamin C dan Fosforus yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut serta menghalang kelemumur.

Cara membuatnya:

  • Ambil 6 kuntum bunga raya dan kisar sehingga menjadi pes
  • Campurkan 2 sudu minyak kelapa
  • Sapukan pada kulit kepala dan tunggu sehingga sejam sebelum dibasuh.
  • Lakukan rutin ini tiga kali seminggu untuk mendapatkan rambut yang halus dan kuat.
  1. Bawang bukan sekadar ‘membawang’

 Bawang selalu buat kita menangis. Tapi kini bawang boleh ubah peranannya! Bawang mengandungi sulfur yang boleh meningkatkan penghasilan kolagen sekali gus menggalakkan pertumbuhan rambut. Kaedah ini bukan hanya boleh menghentikan masalah keguguran rambut, malah boleh membantu menjadikan rambut si pengamalnya lebih lembut dan bervolume.

Cara membuatnya:

  • Cincang sebiji bawang dan ambil jusnya untuk disapu dari akar hingga ke hujung rambut
  • Biarkan di kepala selama 30 minit kemudian basuh dengan syampu
  • Lakukan dua kali dalam seminggu.

Jadi, apa kata anda cuba ramuan daripada bahan-bahan semula jadi ini untuk membantu menangani masalah rambut gugur yang anda alami itu.

Tak salah untuk mencuba kan? Tambahan pula, bahan-bahan ini memang terkenal dengan khasiat semula jadinya.

Selamat Mencuba! 

Baca Artikel Sebelum ini:

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®Dalam dunia kesihatan dan kecergasan, pemilihan makanan yang betul boleh memberi impak besar terhadap tenaga, metabolisme dan pengurusan berat badan. NU-3 Royal Drink bukan sekadar minuman pengganti...

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator Award

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator AwardAlhamdulillah! Malam yang penuh gilang-gemilang di Inner Circle Meeting, Award & Gala Dinner 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa buat NOIR Health & Beauty! Di bawah kepimpinan Madammu &...

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

NU-3 Royal Drink: Air Tangan Terbaru Madammu

Madammu percaya, kecantikan yang sebenar bermula dari dalam. Setiap inci kecantikan seseorang terpancar melalui kesihatan yang baik dan penjagaan diri yang berkualiti. Maka, lahirlah NU-3 Royal Drink – air tangan terbaru Madammu yang diformulasikan khas untuk...

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0