Setiap kali Madammu bersiaran di Facebook, Instagram atau TikTok, pasti ada yang bertanya bagaimana cara Madammu mengamalkan diet harian.

 

Setiap kali Madammu bersiaran di Facebook, Instagram atau TikTok, pasti ada yang bertanya bagaimana cara Madammu mengamalkan diet harian.

Bagi yang pernah berjumpa dengan Madammu di luar, mereka seakan-akan terkejut melihat sosok tubuh Madammu yang agak kecil. Jangan terkejut jika lihat di skrin komputer atau telefon, individu kelihatan 5kg lebih berat atau lebih besar berbanding di luar skrin. Ini disebabkan  oleh ‘lens distortion.’

Kalau nak tahu, di antara Madammu tiga beradik Madammu adalah yang paling kecil. Ketinggian Madammu sederhana sahaja. Disebabkan faktor ketinggian ini, Madammu sangat berhati-hati soal berat badan.

Berat badan ideal untuk Madammu ialah 48kg. Jadi, angka tersebut sentiasa menjadi sasaran ‘sihat’ buat Madammu. Bagi memastikan berat Madammu kekal ideal, Madammu sangat menitik beratkan soal pengambilan jumlah kalori harian di samping mengamalkan pemakanan sihat.

Madammu selalu share di FB LIVE cara pemakanan Madammu, tambahan pula Madammu memang suka memasak. Kalau you all perasan, Madammu suka sangat makan sayur-sayuran atau ulam-ulaman dalam pemakanan harian.

Sebenarnya Madammu jarang makan nasi dan 70% makanan yang Madammu makan adalah sayur. Madammu memang suka makan sayur khususnya ulam-ulaman.

Sebenarnya Madammu dibesarkan oleh nenek. Mungkin disebabkan faktor itu, Madammu terikut-ikut cara pemakanan orang-orang tua. Madammu suka makan sayur dan ulam-ulaman seperti timun, kubis, petai ataupun jering. Makanan bergoreng pun Madammu jarang ambil.

Mungkin ramai yang dah tahu, Madammu suka sangat makan makanan pedas. Kalau dihidangkan sayur bersama sambal pun,  sudah cukup untuk membuka selera Madammu. Madammu ni simple sahaja.

Madammu juga sentiasa menjaga portion dalam pengambilan makanan harian untuk menjaga jumlah kemasukan kalori dalam tubuh. Sebenarnya, kita memang perlu ambil berat soal pengambilan makanan harian kita. Apa yang kita makan hari ini turut menyumbang kepada kesihatan tubuh kita di masa akan datang.

Selain faktor pemakanan, Madammu juga akan memastikan minum satu hingga dua liter air setiap hari. Jika badan kekurangan air, ia boleh menyebabkan badan Madammu rasa seolah-olah kurang bertenaga dan sakit kepala.

Air kosong memang sangat penting dalam kehidupan kerana badan manusia memerlukan air untuk menyebarkan nutrien melalui saluran darah kepada seluruh organ tubuh, termasuklah otak. Jadi untuk memastikan organ tubuh kita berfungsi dengan baik, jangan abaikan minum air kosong.

Kepadatan jadual harian Madammu menyebabkan Madammu turut mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebagai penambah tenaga selain minum air masak yang banyak setiap hari.

Selain untuk kecantikan, Pure White memang sangat membantu Madammu meningkatkan stamina harian. Malah, Madammu juga tidak abaikan pemeriksaan kesihatan dalam memastikan kesihatan Madammu sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Lazimnya, Madammu akan menjalankan rutin pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali.

Mungkin sedikit tips yang Madammu kongsikan ini boleh you all jadikan panduan dalam mengekalkan berat badan ideal di samping menjaga kesihatan tubuh. Seandainya, ada tips lain yang ingin you all kongsi bersama Madammu, jangan segan-segan share di ruangan komen okay.

Madammu kongsikan rahsia Madammu Kekal Cantik
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0