NOIR Health & Beauty Sdn Bhd telah melabuhkan tirai tahun 2022 dengan sebuah majlis kesyukuran yang cukup istimewa buat seluruh keluarga besar NOIR. 

Masih belum terlambat untuk team NOIR HQ mengucapkan selamat tahun baharu 2023 kepada para pelanggan setia NOIR di luar sana.

Simbolik penutup tahun 2022

Baru-baru ini bertempat di ROM 8 Studio, Metal Bees Studio, Petaling Jaya telah diadakan #NOIRsyukur2022 yang dianggap sebagai simbolik penutup tahun 2022 yang memberi seribu pengertian penuh bermakna buat pengasas NOIR, Madammu.

Sentuhan istimewa Indah Wedding

Majlis serba indah bak dalam sebuah taman yang dihiasi rimbunan bunga-bungaan berwarna ungu telah dihias indah oleh team Indah Wedding. Ia sekali gus meninggalkan satu memori penuh bermakna buat lebih 100 tetamu yang hadir.Malah, ramai yang terpesona dengan hiasan dekorasi istimewa hasil sentuhan Indah Wedding pada malam #NOIRsyukur2022 yang diadakan pada hari Jumaat, 30 Disember 2022 yang lalu.

Seawal jam 5.45 petang, para tetamu mula memenuhi ruang pendaftaran di perkarangan Metal Bees Studio. Tetamu yang terdiri daripada hampir 150 usahawan NOIR hadir berpakaian rona senada, ungu lembut (lilac) dengan rekaan jubah dan abaya serba menawan.

Qasidah
Qasidah
Qasidah

Teaser produk baharu

Sebelum majlis bermula, para tetamu telah dipamerkan dengan rangkaian produk-produk baharu yang NOIR bakal lancarkan pada tahun ini. Peletakan rangkaian produk-produk contoh di laluan masuk dewan memberi peluang kepada para usahawan NOIR mencuba sambil memberi maklum balas masing-masing terhadap rangkaian produk baharu yang bakal dilancarkan nanti.Jadi, rangkaian produk-produk baharu nanti pasti lebih dekat di hati para usahawan NOIR kerana setiap maklum balas yang diberikan itu akan NOIR jadikan sebagai panduan untuk penambahbaikan sebelum ia dilancarkan kelak.

Alunan Qasidah serikan majlis ilmu

Tepat jam 7.15 petang Madammu dan keluarga tiba di perkarangan ROM 8 Studio dengan diiringi oleh barisan leader NOIR. Sejurus Madammu dan keluarga memasuki ruang dewan, azan Maghrib berkumandang diikuti dengan solat Maghrib secara berjemaah. Berbeza dengan majlis-majlis yang diadakan oleh NOIR sebelum ini, #NOIRsyukur2022 diserikan dengan majlis ilmu yang diterajui oleh ustaz Zulkefli Hamat serta persembahan Qasidah daripada Ahbabul Habib.

Pengisian majlis ilmu sebegini memang memberi impak yang sangat luar biasa buat para tetamu yang hadir pada malam tersebut. Inilah Majlis majlis kesyukuran ini turut diadakan bersempena meraikan kehadiran tahun baru 2023.

Qasidah
Qasidah

Syukur 2022 dan selamat datang 2023

Selain mensyukuri perjalanan kehamilan IVF Madammu, #NOIRsyukur2022 diadakan sebagai tanda  syukur di atas segala nikmat rezeki yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT di sepanjang tahun 2022 kepada NOIR Health & Beauty Sdn Bhd. Harapan dan doa seluruh keluarga besar NOIR tidak akan terhenti di sini. Semoga ALLAH SWT terus mengurniakan kebahagiaan, kesejahteraan dan kejayaan yang luar biasa buat seluruh TEAM NOIR di sepanjang tahun 2023 yang mencabar ini. Aameen.

 

Madammu Perkenalkan Label Fesyen Natrah by NOIR

Natrah by NOIR merupakan jenama fesyen keluaran NOIR yang dicetuskan sendiri oleh pengasasnya. Sudahkah anda memiliki kedua-dua rangkaian pakaian terbaharu yang diinspirasikan oleh Madammu sendiri?  Baru-baru ini Madammu telah melancarkan jenama pakaian Natrah by...

Warga Johor Serbu Booth NOIR Di Jom Heboh Johor

Selepas Kejayaan di Karnival Jom Heboh (KJH) Kelantan, NOIR ke selatan tanah air menyertai KJH yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober di Padang A & B, Angsana Johor Bahru Mall dengan melancarkan produk terbaharunya. Istimewa buat warga Johor, mereka...

Eza Terpaksa Berhenti Masters, Jadi Jutawan Dengan NOIR

Eza Nuraiena Sota atau lebih mesra dengan panggilan Eza terpaksa menangguhkan pengajian sarjananya disebabkan masalah kewangan. Pengajian sarjananya tertunda akibat program biasiswa yang terhenti separuh jalan. Disebabkan desakan kewangan, Eza terpaksa menangguhkan...

NOIR Taja Percutian Ke London & Paris Untuk Team Usahawan

Tidak mudah untuk merealisasikan perjalanan yang tertangguh selama hampir tiga tahun ini. Alhamdulillah, akhirnya anugerah yang dinantikan-nantikan oleh 20 barisan usahawan terbaik NOIR berjaya direalisasikan pada tanggal 2 Oktober 2023 yang lalu. Madammu berjaya...

Kerjasama NOIR Dan mStar Baek Bantu Insan Memerlukan

Jangan lupa tunduk ke bumi, itulah antara kata-kata yang sentiasa menjadi pegangan buat Madammu seupaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama tidak melupakan insan-insan yang memerlukan.   Bersama Mstar dengan NOIR Health & Beuaty, termeterailah satu...

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0