CATATAN NOIR – ย PRODUK PREMIUM MAMPU MILIK, HALAL, SEMULA JADI & SELAMAT

Kehadiran Noir Health & Beauty sejak dari tahun 2017 nyata membuka landskap baharu buat industri kecantikan tanah air

Langkah optimis pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid memperkenalkan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan di bawah jenama Noir Health & Beauty sejak dari tahun 2017 nyata membuka landskap baharu buat industri kecantikan tanah air.

Rangkaian produk Noir diinspirasikan dari keinginan pengasas produk ini sendiri untuk memiliki kulit sihat dan menawan dengan menggunakan produk berasaskan bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi.

Kongsi Rahsia Cantik

Nyata Eriyca Baiduri atau lebih popular dengan sapaan Madammu ini amat memahami kehendak dan keinginan seorang wanita yang sentiasa mendambakan kejelitaan dan kesihatan kulit wajah.

Malah, beliau sama sekali tidak mementingkan kemahuan dan kehendak dirinya sendiri. Sebaliknya ingin berkongsi rahsia memiliki kulit cantik dan sihat dengan para wanita lain di luar sana.

Setelah beberapa tahun mencuba di samping terlibat secara langsung dalam penyelidikan dan pembangunan produk, pada tahun 2017 Noir tampil dengan produk pertamanya, iaitu UV White Foundation atau krim bertekstur ringan dan nipis yang berkemampuan melindungi kulit wajah si pemakai dari sinar UVA dan UVB.

Kepelbagaian Produk

Nyata penerimaan yang diterima Noir menerusi produk hebat ini tidak menghampakan. Sehingga ke hari ini UV White Foundation terus mendapat permintaan hangat para pelanggan dan terus mencetuskan inspirasi buat Madammu untuk mempelbagaikan penghasilan produk-produk kecantikan dan kesihatan wanita.

Dalam era kemajuan teknologi kecantikan global, Noir masih kekal melestarikan unsur alam dalam penghasilan rangkaian produknya. Sekali gus mencipta sentuhan kemewahan mampu milik.

Noir Pure White, Skin Refining Essence, Whitening Gel Hydrant, Malachite Crystal Cleanser, Mousse Purifying Cleanser, Skin Acne Serum dan variasi rangkaian kosmetik keluaran Noir terus mendapat perhatian para peminat produk kecantikan seiring dengan peningkatan keyakinan pengguna terhadap produk keluaran lokal.

Anugerah dan Kejayaan

Saban tahun, Noir berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij sekali gus membuktikan kejayaan serta komitmen syarikat anak tempatan ini dalam menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan kesihatan yang diyakini serta bermutu tinggi. Antaranya ialah, Best Premium Skincare di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019, Nona Top Beauty Entrepreneur 2020, anugerah Superbrands Malaysia untuk kategori โ€˜Kesihatan & Kecantikanโ€™ dan The Brand Laureate Awards untuk The Worldโ€™s First SMEโ€™s Best Brands e-Branding Award 2020 kategori Skincare & Cosmetics Solutions.

Seiring dengan kualiti produk premium yang dihasilkan, jenama produk Noir kini berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei serta Dubai.

Lebih membanggakan lagi, tidak sampai lima tahun menapak dalam industri kecantikan tanah air Noir Health & Beauty Sdn. Bhd. terus meraih perhatian luar biasa seluruh rakyat Malaysia selepas menjadi penaja utama kemuncak Anugerah Juara Lagu edisi ke 36 (AJL 36).

Membina Komuniti Usahawan

Kejayaan yang ditempa nyata tidak dibolot sendirian oleh pengasasnya. Sebaliknya, Madammu bangga mengetengahkan pasukan #gengcantiknoir yang dianggap sebagai tulang belakang kejayaan Noir sehingga ke tahap ini. Nyata, Noir bukan sekadar membantu meningkatkan keyakinan diri para penggunanya dengan pemakaian produk kecantikan yang dihasilkan semata-mata. Noir turut membuka peluang perniagaan kepada seluruh wanita di luar sana menerusi Konvensyen 10 Ribu Wanita Berniaga. Ia merupakan salah satu kempen inisiatif Noir dalam usaha melahirkan usahawan wanita, sekali gus memperkasakan wanita dalam dunia perniagaan.

Membantu Wanita

Lihat sahaja kejayaan โ€˜Anak Teamโ€™ gelaran yang diberikan kepada barisan para ejen yang berjaya meraih keuntungan jualan produk Noir sehingga jutaan ringgit. Terbukti ia bukan sekakar bualan kosong peneraju produk ini untuk membantu para wanita di luar sana untuk bangkit berniaga.

Lantaran itu, Noir tidak ketinggalan turut terlibat secara langsung dalam program Wanita Bangkit Berniaga dengan Kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Noir terus yakin melangkah ke hadapan serta berinovasi dalam melestarikan bahan-bahan semula jadi bagi menghasilkan lebih banyak rangkaian produk kecantikan dan kesihatan moden yang relevan serta efektif.

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan โ€˜produk pencerahโ€™ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan โ€˜pencerahโ€™ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi:ย 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
5
+1
5
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0