Herlina Rahim atau lebih popular dengan panggilan Cik Kiah dalam kalangan Team NOIR merupakan seorang suri rumah berusia 35 tahun dan memiliki lima orang anak berusia antara tiga hingga 12 tahun.

Cik Kiah mula menyedari akan kewujudan NOIR menerusi LIVE dan FB Contest yang dikendalikan oleh salah seorang leader NOIR iaitu NPP Selangor, Cikya. Kekerapan melihat perkongsian testimoni keberhasilan selepas menggunakan produk-produk NOIR daripada barisan leader hebat NOIR, ia telah membuka pintu hati Cik Kiah untuk mencuba salah satu supplement paling popular di NOIR iaitu PURE WHITE.

Hasrat untuk mencuba itu semakin memuncak apabila dirinya sering tertanya-tanya akan keberkesanan produk tersebut. Adakah ia benar-benar berkesan seperti yang dikongsi oleh individu yang membuat testimoni tersebut? Atau ia sekadar ‘marketing’? Sangkaan Cik Kiah meleset. Malah, dia juga turut menjadikan diri sendiri sebagai salah seorang testimoni selepas konsisten mengamalkan produk tersebut selama enam bulan. Ramai rakan-rakan Cik Kiah mula perasan dan menegur perubahan pada kulitnya.

Dari situlah bermulanya ‘journey’ Cik Kiah menjadi salah seorang pengedar sah Produk NOIR. Malah, Cik Kiah turut membantu ramai rakan-rakannya untuk menikmati kebaikan yang ada pada rangkaian produk NOIR. Pada bulan Mac, 2020, seminggu sebelum negara menjalani PKP akibat wabak Covid-19, Cik Kiah sah menjadi ejen NOIR. www.usahawannoir.com.

Pada waktu itu Madammu mengumumkan hari terakhir sesi pendaftaran untuk pakej bernilai RM633.60. Tanpa berfikir panjang, Cik Kiah menggadaikan barang kemasnya serta meminjam duit dari adik perempuannya untuk menyertai pakej tersebut. Impak pandemik Covid-19 nyata meninggalkan kesan hebat kepada ramai pihak. Malah seluruh dunia terkesan dengan wabak ini. Ramai yang tidak boleh keluar bekerja dan Cik Kiah pada asalnya ialah seorang baker amatur sangat terjejas. “Cik Kiah kehilangan pendapatan harian dan pendapatan suami dengan komitmen lima orang anak sekadar cukup-cukup makan sahaja,” kongsi Cik Kiah.

Setiap perniagaan ada cabaran dan Cik Kiah sendiri turut melaluinya. Permintaan NOIR sangat tinggi, boleh dikatakan setiap hari Cik Kiah akan keluar untuk COD barang.“ Bermula dari jam 6 petang selepas selesai ambil anak-anak dari sekolah, kereta viva Cik Kiah jadi saksi. Malah sampai ada anak-anak Cik Kiah yang muntah mungkin disebabkan rasa pening kerana tidak cukup rehat.”

“Ada yang sampai tertidur dengan uniform sekolah. Belum lagi bercerita, kisah menyusukan anak sambil memandu. Allahuakbar, jika dikenangkan memang tak sangka Cik Kiah mampu mengharunginya. Pesanan Madammu, ‘jangan cipta sepulau alasan jika nak berjaya’ sentiasa menjadi kekuatan kepada Cik Kiah untuk terus kuat dan rajin berusaha.

“Lain orang lain cabarannya, Cik Kiah memang buta IT dan tak pernah melibatkan diri dalam apa-apa perniagaan produk penjagaan kulit jauh sekali nak merias diri. Cik Kiah memang zero. Tapi NOIR bantu semuanya! Tiada apa-apa yang perlu Cik Kiah risaukan pada waktu itu.” Selama bersama dengan NOIR, jualan tertinggi pernah Cik Kiah capai adalah pada bulan April 2022. RM90,000 dan gaji bersih Cik Kiah pada bulan tersebut ialah RM15,000. “Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat, sehingga kini pendapatan Cik Kiah masih kekal lima angka setiap bulan. Syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan ini.”

Siapa kata suri rumah tak boleh jana pendapatan? Anak kecil yang ramai menghalang si ibu untuk membuat duit? Wanita yang buta IT dan kurang bergaya tak boleh berniaga produk kecantikan secara dalam talian? Nasihat Cik Kiah, jangan sabotaj diri sendiri. Sebaliknya kita perlu cuba dahulu, barulah tahu hasilnya. Sebagai seorang suri rumah, Cik Kiah sangat bangga bila suami sendiri menyokong kegigihan Cik Kiah berniaga bersama NOIR, lebih-lebih lagi selepas ia menampakkan hasil yang sangat berbaloi.

“Tiga bulan bersama NOIR, Cik Kiah mampu beli barang kemas bernilai RM4,000. Selepas 6 bulan pula Cik Kiah membeli sebuah MPV PERODUA ALZA dengan bayaran pendahuluan sebanyak 10%. Semua itu adalah hasil titik peluh Cik Kiah bersama NOIR. Terkini, Cik Kiah dipilih menjadi salah seorang pemenang peraduan Purple Bonanza di mana hadiah utama pertandingan ini ialah sebuah kereta proton Iriz.”

Perancangan lima tahun akan datang, Insha-Allah Cik Kiah ingin membantu lebih ramai wanita terutamanya suri rumah yang mempunyai impian besar untuk memiliki pendapatan sendiri. Kini Cik Kiah telah berjaya melahirkan beberapa orang suri rumah yang zero knowledge namun berjaya meraih pendapatan sebanyak tiga hingga empat angka sebulan.

“Setiap apa yang kita lakukan perlu ada big why untuk kekal konsisten dan komited. Keluarga adalah semangat yang telah memotivasikan Cik Kiah untuk terus mengorak langkah lebih jauh bersama NOIR.” Wanita-wanita di dalam circle NOIR bukanlah wanita biasa-biasa. Mereka ada 1001 cerita pengorbanan sebelum meraih kejayaan masing-masing.

“Cik Lynn iaitu leader Cik Kiah sendiri adalah idola buat diri Cik Kiah. Cik Kiah contohi semangat, tanggungjawab dan sifat komited yang dimilikinya dalam menjalankan amanah ini. Dia merupakan seorang jururawat, seorang ibu kepada dua orang anak, seorang isteri, seorang leader dan dia juga seorang ejen yang sangat gigih.”

Siapa sangka dulu nak bagi anak susu terpaksa korek tabung syiling, kini Cik Kiah rasa sangat bertuah apabila dianugerahkan rezeki yang melimpah-ruah apabila berada di dalam circle Madammu ini. Lakukan tindakkan, percaya dan yakin dengan diri sendiri. Kalau orang lain boleh berjaya bermakna kita pun sama. Kerana rezeki itu tak pernah salah alamat

Baca Artikel Sebelum ini:

Madammu Perkenalkan Label Fesyen Natrah by NOIR

Natrah by NOIR merupakan jenama fesyen keluaran NOIR yang dicetuskan sendiri oleh pengasasnya. Sudahkah anda memiliki kedua-dua rangkaian pakaian terbaharu yang diinspirasikan oleh Madammu sendiri?  Baru-baru ini Madammu telah melancarkan jenama pakaian Natrah by...

Warga Johor Serbu Booth NOIR Di Jom Heboh Johor

Selepas Kejayaan di Karnival Jom Heboh (KJH) Kelantan, NOIR ke selatan tanah air menyertai KJH yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober di Padang A & B, Angsana Johor Bahru Mall dengan melancarkan produk terbaharunya. Istimewa buat warga Johor, mereka...

Eza Terpaksa Berhenti Masters, Jadi Jutawan Dengan NOIR

Eza Nuraiena Sota atau lebih mesra dengan panggilan Eza terpaksa menangguhkan pengajian sarjananya disebabkan masalah kewangan. Pengajian sarjananya tertunda akibat program biasiswa yang terhenti separuh jalan. Disebabkan desakan kewangan, Eza terpaksa menangguhkan...

NOIR Taja Percutian Ke London & Paris Untuk Team Usahawan

Tidak mudah untuk merealisasikan perjalanan yang tertangguh selama hampir tiga tahun ini. Alhamdulillah, akhirnya anugerah yang dinantikan-nantikan oleh 20 barisan usahawan terbaik NOIR berjaya direalisasikan pada tanggal 2 Oktober 2023 yang lalu. Madammu berjaya...

Kerjasama NOIR Dan mStar Baek Bantu Insan Memerlukan

Jangan lupa tunduk ke bumi, itulah antara kata-kata yang sentiasa menjadi pegangan buat Madammu seupaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama tidak melupakan insan-insan yang memerlukan.   Bersama Mstar dengan NOIR Health & Beuaty, termeterailah satu...

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0