NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.

NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang dihoskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Malaysia dan anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada 13 hingga 15 September 2023 yang lalu.

NOIR mengambil peluang ini sebagai salah satu akses mudah bagi menembusi pasaran global khususnya dalam industri Halal. Penglibatan ini merupakan langkah proaktif NOIR sekali gus membuktikan komitmen organisasi ini untuk memajukan dan memartabatkan industri Halal hingga ke peringkat global.

MIHAS 2023 membuka ruang untuk NOIR berinteraksi dengan para pelanggan yang berpotensi, golongan profesional di dalam industri serta media. Ia bertujuan menjalinkan hubungan yang lebih kukuh dalam usaha NOIR memperluaskan jangkauan pasaran globalnya.

MIHAS 2023 memperlihatkan penyertaan lebih 800 peserta yang terdiri daripada pelbagai industri. NOIR berbangga kerana menjadi salah satu peserta yang terdiri daripada 13 kluster industri di dalam pameran berprestij ini.

Penyertaan ini turut membuka peluang kepada NOIR untuk memperkenalkan rangkaian produknya kepada pasaran global yang semakin memahami nilai-nilai halal. NOIR berkomitmen untuk terus menyediakan produk kecantikan yang berkualiti tinggi dan patuh syariah untuk para pelanggannya.

NOIR telah berkampung selama tiga hari di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Dikhabarkan program ini berjaya menarik seramai 38,566 pengunjung dari lebih 100 negara, melepasi 35,000 pengunjung yang dijangkakan.

Komitmen NOIR untuk memberikan produk berkualiti tinggi yang mematuhi standard halal akan terus menjadi fokus utama dalam usaha organisasi ini untuk berkembang dan memenuhi keperluan para pelanggan di seluruh dunia. MIHAS 2023 ini adalah satu langkah penting dalam perjalanan NOIR ini dan semoga NOIR konsisten untuk menyertai lebih banyak program sebegini pada masa-masa akan datang.

Baca Artikel Sebelum ini:

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®Dalam dunia kesihatan dan kecergasan, pemilihan makanan yang betul boleh memberi impak besar terhadap tenaga, metabolisme dan pengurusan berat badan. NU-3 Royal Drink bukan sekadar minuman pengganti...

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator Award

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator AwardAlhamdulillah! Malam yang penuh gilang-gemilang di Inner Circle Meeting, Award & Gala Dinner 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa buat NOIR Health & Beauty! Di bawah kepimpinan Madammu &...

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

NU-3 Royal Drink: Air Tangan Terbaru Madammu

Madammu percaya, kecantikan yang sebenar bermula dari dalam. Setiap inci kecantikan seseorang terpancar melalui kesihatan yang baik dan penjagaan diri yang berkualiti. Maka, lahirlah NU-3 Royal Drink – air tangan terbaru Madammu yang diformulasikan khas untuk...

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0