NOIR terus bangkit membuktikan komitmennya untuk menembusi pasaran global meskipun di dalam ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik.
Meskipun berdepan dengan cabaran dan halangan disebabkan pandemik. NOIR terus komited untuk berusaha di samping memperkukuhkan pasaran sehingga ke peringkat global. Baru-baru ini, bertempat di The Quartz, Village Hotel Bugis, Singapura. Barisan leaders tertinggi NOIR berkesempatan mengadakan sesi Meet & Greet with Madammu bersempena program NOIR Empowerment Edisi Singapura.
Seperti sesi penjelajahan NOIR Empowerment di beberapa buah negeri di Malaysia. Pengasas NOIR, Madammu bersama-sama CEO NOIR, Azri Che Noh. Tidak ketinggalan meluangkan masa untuk bertemu dengan lebih dekat dengan barisan usahawan NOIR Singapura. Madammu turut menzahirkan rasa terujanya apabila berpeluang bertemu dengan team NOIR Singapura meskipun pertemuan tersebut berlangsung dalam waktu yang singkat.
NOIR akan terus merangka perjalanan yang lebih proaktif untuk memperbanyakkan lagi pertemuan. Serta aktiviti-aktiviti yang mampu membangkitkan semangat keusahawanan mereka di republik tersebut. Menurut Madammu lagi, NOIR Empowerment Edisi Singapura. Diadakan bertujuan untuk menarik lebih ramai para wanita di Singapura untuk merebut peluang bagi menjana pendapatan sampingan sebagai usahawan NOIR.

Program ini juga turut menampilkan Fazira Ishak (Cikya) dan Eza Nuraiena Sota berkongsi pengalaman dan kejayaan masing-masing sepanjang bersama dengan NOIR. Kesempatan dan peluang sebegini juga, turut memberi peluang kepada barisan usahawan tertinggi NOIR. Untuk meningkatkan skil komunikasi masing-masing dalam berkongsi kejayaan, impian serta matlamat mereka bersama NOIR dengan lebih ramai wanita di luar sana.
Maklum balas yang diterima oleh NOIR menerusi program NOIR Empowerment Edisi Singapura nyata sangat luar biasa. Sekembalinya Madammu di Malaysia. Pelbagai persiapan dan persediaan pemasaran telah dirangka oleh Team NOIR HQ untuk memulakan gerak gempur pemasaran. Kini sesiapa sahaja boleh membina kejayaan bersama NOIR. Dalam memacu dan membawa para usahawan NOIR ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas. Madammu bersama barisan leader hebat NOIR tidak akan lepas tangan dalam memastikan setiap para usahawannya terus dipimpin dan dibimbing walau di mana jua anda berada.
NOIR komited untuk mencapai angka 1,000,000 pelanggan, 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan Layari usahawannoir.com untuk sertai bisnes luar biasa bersama usahawan NOIR.
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1