Noir Beauty antara produk penjagaan kulit dan kosmetik yang ada di Malaysia. 

Semestinya kami meletakkan kedua-dua keperluan ini di website kerana kulit yang cantik adalah hasil daripada rutin good skincare.

Dan, jika anda inginkan hasil makeup yang cantik dan long-lasting, anda perlu dapatkan makeup yang berkualiti dan produk skincare yang betul. 

Jom kita tengok barisan skincare dan kosmetik terbaik yang priceworthy di NOIR Beauty!

Produk Skincare NOIR Wajib Ada

1. Skin Refining Essence

skin refining essence

Inginkan kulit wajah sentiasa lembab dan kurang berminyak sepanjang hari?

Jadikan Skin Refining Essence ini sebagai first-step dalam rutin penjagaan wajah anda.

Teksturnya yang watery, ia merupakan satu kunci kepada asas kelembapan berpanjangan.

Dengan adanya dua bahan utama iaitu Ekstrak Daun teh Hijau dan Galactomyces Ferment Filtrate yang sangat popular dalam penjagaan kulit orang Jepun dan Korea, kulit anda diyakini akan merasai kelembapan optimum.

Selain daripada itu, ia juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah pori muka besar (enlarged pores).

Masalah ini akan menyebabkan kulit wajah anda berminyak dan menjadi kusam.

Jadi, untuk merawat masalah ini,  anda perlu pastikan wajah anda mendapat kelembapan yang sepatutnya.

Dengan ini, wajah pun kurang berminyak dan semakin berseri!

2.  Advance Skin Repair (Acne Serum)

noir acne serum

The next skincare step: serum!

Tekstur yang lebih lightweight daripada pelembab muka, NOIR Advance Skin Repair (Acne Serum) mempunyai bahan aktif seperti Galactomyces Ferment Filtrate, Sodium Hyaluronate dan Cucumber Extract.

Kedua-dua bahan ini membantu untuk memperbaiki penampilan kulit agar kelihatan licin dan sihat.

Buat anda yang risau akan tanda-tanda awal penuaan, serum ini ialah pilihan terbaik untuk anda!

Ia membantu untuk berikan hidrasi kepada kulit anda agar lebih lembap dan menghilangkan tanda kedutan kulit.

Selain daripada dua bahan aktif tersebut, serum ini mengandungi yis beras yang membantu untuk mengecutkan jerawat, kurangkan masalah kulit berminyak dan biji kolestrol di muka.

Hadir dalam bentuk roll-on, anda hanya perlu apply serum ini di sekeliling kulit muka bagi mengelakkan masalah iritasi.

3. Whitening Gel Hydrant Advanced Formula

Whitening Gel Hydrant

Diperkaya dengan Ekstrak Matricaria dan snail secretion filtrate, ia menjadikan pelembap yang bagus untuk memperbaiki skin barrier muka.

Skin barrier yang rosak merupakan punca kepada muka breakout.

Selain itu, snail filtrate mengandungi agen pengelupasan secara lembut yang bantu untuk membuang sel kulit mati dan menumbuhkan sel kulit baru yang lebih sihat.

Dipadankan lagi dengan Sodium Hyaluronate yang bagus untuk menambahkan ketegangan kulit bagi menampakkan kulit yang lebih muda.

4. Treatment Cleanser (Malachite Crystal)

Treatment Cleanser

Dengan cuaca yang tidak menentu dan pencemaran udara, kulit senang breakout dan kelihatan tidak bermaya.

Tetapi, dengan Treatment Cleanser ini mempunyai formulasi 90% Malachite Crystal, anda dapat melindungi wajah anda dalam keadaan sebegini.

Dengan adanya konsentrasi Malachite Crystal yang tinggi, pencuci muka ini menggalakkan penumbuhan kolagen, meningkatkan elasticity kulit muka dan mengurangkan garisan halus.

Agen lembapan dalam pencuci muka ini juga bekalkan hydration pada wajah dan memberikan manfaat antioksidan untuk melindungi kulit dari radikal bebas.

Produk Kosmetik NOIR Beauty Untuk Anda

1. NOIR Lipmatte

noir lipmatte

Tak lengkap makeup tanpa lipstik di bibir, kan? Walau muka telah makeup full-face, muka nampak kusam dan tak ‘naik seri’.

Oleh itu, NOIR Lipmatte ini wajib anda miliki sebagai penambah seri muka. Koleksi lipmatte ini tampil dengan 5 warna, iaitu Cikya, Eza, Sismu, Clara dan Kakna.

NOIR Lipmatte ini tidak mengeringkan bibir kerana ia diformulasikan dengan Shea Butter yang sememangnya terkenal sebagai pelembab bibir terbaik.

Selain daripada melembabkan bibir, ia merawat bibir merekah, gelap dan juga kusam. Yang paling penting, mesra wuduk.

2. Perfect Glow Cheek Blush

Noir Cheek Blush

Perfect Glow Cheek Blush ini ialah blusher yang juga tampil dengan highlighter sebagai alat solek duo yang menaikkan seri pipi anda.

Rona warna blusher yang soft ini menampakkan lagi sisi feminin anda. Tambah pula dengan highlighter di tulang pipi, senyuman anda akan lagi kelihatan manis.

3. Timeless Obsessions Eye Palette – Rouge Edition

Rouge Eye Palette

Timeless Obsession Eye Palette – Rouge Edition ini didatangi dengan 12 warna bertemakan mawar yang sesuai dicalit di mata untuk apa jua occasions.

Dari rona warna wearable matte ke lustrous shimmer, anda boleh mix & match mengikut citarasa anda.

Tekstur yang seolah-olah krim ini sangat senang dipakai, tahan lama dan tidak akan bercapuk.

4. Total Translucent Loose Powder

Noir Loose Powder

Lengkapkan mekap anda dengan loose powder ini untuk dapatkan tekstur mekap yang smooth dan kurangkan penampilan pori.

Berbanding loose powder yang lain, keluaran daripada NOIR ini tidak akan buatkan ‘finishing’ mekap anda nampak bercapuk dan tidak sekata.

5. Volumizing Lash Mascara

Noir Mascara

Inginkan bulu mata yang melentik dan dramatik? Volumizing Lash Mascara ini akan merealisasikan impian anda.

Dengan hanya sekali apply, anda dapat rasai perbezaan bulu mata yang lebih lebat dan lentik daripada sebelum ini.

Berusnya diperkemas supaya pigmen hitam pekat maskara ini sampai hingga ke akar bulu mata anda!

Noir, Where Beauty Blossom

NOIR Beauty merupakan salah satu syarikat lokal yang mengeluarkan produk kecantikan halal dan premium.

Kami di NOIR Beauty memformulasikan semua produk kami dengan bahan-bahan yang disahkan halal, vegan dan tidak menjalankan sebarang ujikaji ke atas haiwan.

Pihak kami sangat mementingkan kelestarian alam dan masyarakat.

Bahan-bahan yang kami gunakan dalam kesemua produk adalah daripada bahan botani organik yang diformulasikan kepada makronutrien yang bagus untuk kegunaan semua.

Pengasas kami, Madammu sangat mementingkan pengadaptasian penggunaan bahan semulajadi dan bahan yang botanically engineered.

Semangat Madammu dalam merealisasikan impian ini telah membuahkan hasil.

Syarikat kami telah dianugerahkan sebagai “Best Premium Skincare” di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk penjagaan muka dan kosmetik NOIR, anda boleh layari website NOIR Beauty dengan klik di sini.

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Beauty Escape Bootcamp 2023 Bina Semangat & Motivasi Usahawan

Selaku jenama rangkaian produk kecantikan yang sinonim dengan memperkasakan golongan usahawan wanita, NOIR Health & Beauty Sdn Bhd telah menganjurkan NOIR BEAUTY ESCAPE BOOTCAMP 2023 bertempat di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat.Bootcamp yang bertemakan ‘beauty...

Terbaharu : Inovasi Sunscreen Hibrid Terbaik Dari NOIR   

Sunscreen atau krim tabir suria adalah produk penjagaan wajah paling penting yang WAJIB ada bagi setiap individu tanpa mengira usia mahupun jantina. Setiap hari tanpa mengira keadaan cuaca panas mahupun hujan, sunscreen wajib diaplikasikan pada wajah sebagai salah...

NOIR Zumba Dance Gegarkan Taman Tasik Shah Alam 

Dengan semangat mendedahkan kepada orang ramai tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat, Team Zumba Dance NOIR berjaya meneruskan misi #𝐍𝐎𝐈𝐑𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 luar dan dalam untuk sesi yang ke-2 di Taman Tasik Shah Alam. Rata-rata yang menyertai NOIR Zumba Dance kali...

Jom Sertai komuniti Cantik & Sihat – NOIR Zumba Dance

Gelombang ungu mewarnai Astaka Taman Tasik Titiwangsa, 14 Januari 2022 yang lalu. Hampir 300 peserta yang terdiri daripada orang awam dan team NOIR telah memeriahkan acara sulung NOIR Zumba Dance 2023.Cantik luar dan dalam menjadi matlamat utama seluruh team NOIR...

Supplement Untuk Kulit Glowing Halus Semulajadi

Penjagaan kulit sangat penting untuk memastikan kesihatan diri secara keseluruhannya. Anda boleh menjaga kulit dengan menggunakan produk skincare seperti supplement untuk kulit. Sebab mengapa penjagaan kulit itu penting adalah kerana kulit merupakan organ terbesar...

Tips Bisnes Online Untuk Produk Skincare

Pada masa kini, bisnes online kesihatan dan kecantikan adalah salah satu perniagaan yang paling popular dan berjaya untuk dijalankan, terutamanya bisnes skincare. Ini kerana kulit ialah organ terbesar pada tubuh badan manusia dan penting untuk perlindungan dan...

Impian Jadi Jutawan Direalisasikan Bersama NOIR

Benarlah seperti apa yang kerap diulang-ulang oleh Madammu, tiada yang mustahil dengan NOIR. Kini ramai suri rumah boleh jana pendapatan dari puluhan ribu sehinggalah ke puluhan juta ringgit.Baru-baru ini Madammu telah mengadakan siaran LIVE NOIR Megareview 2022...

Idea Senaman Untuk Para Wanita

Selain menjaga atau mempertahankan kecantikan wajah. Tubuh badan yang sihat juga memainkan peranan yang besar sekali gus mempengaruhi keseluruhan penampilan individu.Jika ingin memiliki kulit yang sihat, anda juga WAJIB menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup...

Nak pakai Serum Skin Revitalising Atau Super Anti-Aging?

Serum adalah sejenis produk topikal yang berkelikatan nipis. Apa yang dimaksudkan dengan topikal? Ia bermaksud produk tersebut dipakai atau disapu secara langsung pada permukaan kulit.Mengapa anda perlu menambah pemakaian serum dalam rutin penjagaan wajah seharian?...

Qasidah & Majlis Ilmu Simbolik Penutup Tahun 2022

NOIR Health & Beauty Sdn Bhd telah melabuhkan tirai tahun 2022 dengan sebuah majlis kesyukuran yang cukup istimewa buat seluruh keluarga besar NOIR.  Masih belum terlambat untuk team NOIR HQ mengucapkan selamat tahun baharu 2023 kepada para pelanggan setia NOIR di...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0