Selaku jenama rangkaian produk kecantikan yang sinonim dengan memperkasakan golongan usahawan wanita, NOIR Health & Beauty Sdn Bhd telah menganjurkan NOIR BEAUTY ESCAPE BOOTCAMP 2023 bertempat di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat.

Bootcamp yang bertemakan ‘beauty escape’ yang dikelilingi dengan persekitaran serba hijau menyajikan persekitaran yang menangkan buat 86 peserta yang menyertai program anjuran NOIR buat kali ketiga ini. Agrotek Garden Resort yang berkonsepkan ‘garden’ menyaksikan komitmen dan semangat barisan usahawan NOIR menimba ilmu sambil membantu mereka memperkasakan perniagaan masing-masing.

NOIR Beauty Escape Bootcamp 2023 yang berlangsung selama dua hari satu malam ini disajikan dengan pelbagai aktiviti riadah yang diselang-selikan dengan perkongsian ilmu perniagaan serta hiburan yang mengeratkan lagi silaturahim sesama peserta. Sejumlah 86 peserta Bootcamp NOIR Beauty Escape didedahkan dengan modul program yang terdiri daripada aktiviti berkumpulan sukan air, darat, treasure hunt, aktiviti Berkumpulan (management game) serta malam kebudayaan yang bertemakan Klasik Kampung serta sesi bersama Madammu dan TP.

Aktiviti berkumpulan sukan air yang dikendalikan oleh pihak NOIR HQ dengan kerjasama pihak Agrotek Garden Resort adalah antara sesi yang paling menyeronokkan buat kesemua para peserta yang mengambil bahagian. Masing-masing telah memberikan sepenuh kerjasama di sepanjang sesi bootcamp ini dijalankan.

Program yang berlangsung selama dua hari ini bermula dari jam 8 pagi hingga 11 malam. Kesemua barisan usahawan NOIR yang terpilih menyertai program Bootcamp kali ni telah berkumpul dengan hasrat untuk terus mengorak langkah mereka dalam dunia perniagaan bersama NOIR. Sementara itu, pihak NOIR HQ turut menyediakan beberapa segmen kejutan dengan menyediakan pelbagai hadiah lumayan yang cukup istimewa untuk sesi cabutan bertuah buat para peserta NOIR Beauty Escape Bootcamp 2023. Antaranya seperti loket emas 916, beg tangan dan produk wangian berjenama serta pelbagai hamper menarik.

NOIR Beauty Escape Bootcamp 2023 ini diharapkan dapat membantu para usahawan NOIR memajukan dan melonjakkan penjualan masing-masing menerusi perkongsian keusahawanan secara lebih dekat bersama-sama Madammu dan TP. NOIR sedia membantu para usahawannya melalui sesi penilaian keusahawanan yang sentiasa dijalankan secara konsisten. Sesi ini diadakan secara online dan offline. Lebih menguntungkan lagi, kebanyakan program ‘booster’ yang dikendalikan oleh pihak NOIR HQ disediakan secara percuma kepada seluruh para usahawan NOIR yang berdaftar.

Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada usahawan NOIR, anda dialukan-alukan untuk mendaftar sebagai salah usahawan kami di www.usahawannoir.com anda berpeluang menjana pendapatan lumayan berniaga secara fleksibel bersama NOIR.

Madammu Perkenalkan Label Fesyen Natrah by NOIR

Natrah by NOIR merupakan jenama fesyen keluaran NOIR yang dicetuskan sendiri oleh pengasasnya. Sudahkah anda memiliki kedua-dua rangkaian pakaian terbaharu yang diinspirasikan oleh Madammu sendiri?  Baru-baru ini Madammu telah melancarkan jenama pakaian Natrah by...

Warga Johor Serbu Booth NOIR Di Jom Heboh Johor

Selepas Kejayaan di Karnival Jom Heboh (KJH) Kelantan, NOIR ke selatan tanah air menyertai KJH yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober di Padang A & B, Angsana Johor Bahru Mall dengan melancarkan produk terbaharunya. Istimewa buat warga Johor, mereka...

Eza Terpaksa Berhenti Masters, Jadi Jutawan Dengan NOIR

Eza Nuraiena Sota atau lebih mesra dengan panggilan Eza terpaksa menangguhkan pengajian sarjananya disebabkan masalah kewangan. Pengajian sarjananya tertunda akibat program biasiswa yang terhenti separuh jalan. Disebabkan desakan kewangan, Eza terpaksa menangguhkan...

NOIR Taja Percutian Ke London & Paris Untuk Team Usahawan

Tidak mudah untuk merealisasikan perjalanan yang tertangguh selama hampir tiga tahun ini. Alhamdulillah, akhirnya anugerah yang dinantikan-nantikan oleh 20 barisan usahawan terbaik NOIR berjaya direalisasikan pada tanggal 2 Oktober 2023 yang lalu. Madammu berjaya...

Kerjasama NOIR Dan mStar Baek Bantu Insan Memerlukan

Jangan lupa tunduk ke bumi, itulah antara kata-kata yang sentiasa menjadi pegangan buat Madammu seupaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama tidak melupakan insan-insan yang memerlukan.   Bersama Mstar dengan NOIR Health & Beuaty, termeterailah satu...

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1