Serum adalah sejenis produk topikal yang berkelikatan nipis. Apa yang dimaksudkan dengan topikal? Ia bermaksud produk tersebut di pakai atau disapu secara langsung pada permukaan kulit.

Mengapa anda perlu menambah pemakaian serum dalam rutin penjagaan wajah seharian? Adakah pemakaian pelembap muka tidak memadai?

Ciri-ciri serum yang perlu anda tahu:

  • Mengandungi jumlah bahan aktif yang sangat tinggi konsentrasinya

  • Tertumpu untuk merawat masalah kulit

  • Tekstur serum yang ringan menjadikan molekulnya mudah menembusi permukaan kulit sekali gus memberi kesan yang optimum pada kulit

  • Keberkesanannya boleh dilihat dalam masa yang lebih singkat berbanding produk lain. Serum sangat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti rona tidak sekata, kusam, garis halus atau jerawat. Malah serum juga bertindak sebagai pelembap yang mampu menghidratkan kulit anda

Di NOIR kami memperkenalkan dua jenis serum iaitu Skin Revitalizing dan Super Anti-Aging. Kedua-dua serum ini boleh membantu merawat masalah kulit secara khusus.

Jom kenali kedua-dua serum keluaran NOIR ini. Rugi jika anda tidak memanfaatkan kedua-dua serum ini dari sekarang.

Skin Revitalising Serum memelihara kelembapan kulit.

Serum ini berperanan mengaktifkan kembali sel-sel kulit dan membantu menjadikan kulit anda kelihatan lebih sihat, tegang dan cerah.Tiga kandungan utama serum ini iaitu ekstrak kristal malachite, timun dan bunga Chamomile sangat membantu untuk:

  • Memelihara kelembapan kulit

  • Memudarkan jeragat dan bintik-bintik hitam

  • Merawat kulit kusam

  • Meredakan keradangan dan kulit sensitif

Super Anti-Aging Serum memelihara serta memulihara kulit matang.

Apakah yang dimaksudkan dengan ciri-ciri kulit matang?

  • Terdapat kedutan dan garisan pada mata, mulut, dahi dan leher

  • Kulit kehilangan keanjalan

  • Terdapat jeragat

Ia berlaku disebabkan proses penuaan semula jadi. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh proses metabolisme sel lambat berlaku. Ia lebih mudah terjadi sekiranya kulit terdedah pada persekitaran seperti cahaya matahari, angin dan udara yang tercemar.

Super Anti-Aging Serum diformulasikan dari dua bahan utama iaitu ekstrak plum kakadu dan akar chicory. Ia berperanan mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kedutan dan jeragat. Malah, berkesan membantu mengatasi masalah iritasi kulit serta sangat efektif dalam mengurangkan kedutan di tepi mata – “crow’s feet.” Selain itu ia turut merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit sekali gus melindungi kulit daripada radikal bebas.

Langkah tepat menggunakan Serum

Bersihkan muka dengan pencuci muka dan keringkan. Kemudian sapukan esen. Sejurus ia diserap ke dalam kulit, gunakan serum dengan urutan membulat pada waktu pagi dan petang.

Kelebihan serum keluaran NOIR

Menjimatkan kerana boleh bertahan dua hingga tiga bulan dengan pemakaian yang betul. Kedua-dua serum ini juga tidak mengandungi alkohol, paraben, silicon, sulphur dan pewangi sintetik. Malah ia tidak minimbulkan alahan kulat acne. Serum ini sesuai di pakai oleh wanita hamil, ibu yang menyusukan anak, tanpa mengira apa jua jenis dan rona kulit wajah. Istimewanya lagi, serum ini sangat efektif dan selamat jika disapukan bahagian sekeliling mata. Tahap penyerapan serum ini juga sangat tinggi, tidak melekit dan bertekstur ringan.

Pilih serum yang tepat

Bagi melihat keberkesanan sesuatu produk yang anda pakai, sebaiknya kenal pasti keadaan atau masalah kulit yang perlu anda rawat. Anda boleh memilih serum yang terbaik berpandukan keadaan semasa kulit anda. Jika perlu, anda juga boleh mendapatkan nasihat serta pandangan dari pakar terlatih sebelum membuat keputusan untuk mencuba sesuatu produk baharu.

Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
4
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0