Jika anda ingin memiliki kulit wajah yang benar-benar sempurna, langkah yang perlu dalam penjagaan wajah adalah membersihkan pori-pori pada wajah.

Tahukah anda, untuk membebaskan wajah bebas dari solekan, double cleansing ia merupakan kunci kesihatan untuk kulit wajah individu! Lebih-lebih lagi jika anda kerap menyapu solekan pada wajah. Pastikan kulit wajah dibersihkan dengan sempurna setiap hari, khususnya sebelum anda tidur. Mungkin ramai di luar sana rasa malas untuk membersihkan solekan pada wajah.

Untuk memiliki kulit yang sihat, wajah perlu dibersihkan mengikut beberapa langkah tertentu secara rutin. Jadi, anda memerlukan waktu dan tenaga untuk melakukannya. Pemakaian produk pembersih solekan atau Makeup Remover perlu anda titik beratkan di dalam rutin penjagaan wajah harian.Langkah pertama untuk double cleansing adalah dengan menggunakan Makeup Remover, kemudian diikuti dengan mencuci wajah menggunakan pembersih wajah yang bersesuaian dengan kulit anda. Makeup Remover sangat membantu membersihkan wajah dari sisa-sisa solekan yang melekap pada wajah sepanjang hari.

Mengapa Makeup Remover penting?

Dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit wajah yang betul, anda boleh mendapatkan kulit yang bersih, sihat dan bersinar.Memilih produk makeup remover yang bersesuaian menjadi salah satu penyumbang ke arah memiliki ‘skin goal’ yang anda dambakan selama ini.  Produk makeup remover yang tepat berkesan untuk:

  • Menanggalkan solekan atau kotoran pada wajah dengan mudah serta boleh mengurangkan masalah iritasi kulit dan kesan penuaan yang tidak diingini
  • Mengurangkan risiko jerawat atau kesan kemerahan pada wajah
  • Meningkatkan pembaharuan sel kulit wajah
  • Menghapuskan atau mengurangkan penompokan sel kulit mati
  • Meningkatkan kemampuan kulit untuk bernafas
  • Tak kiralah sama ada anda hanya mencalit sedikit foundation pada wajah atau memakai solekan yang tebal sepanjang hari, anda boleh menikmati kembali kulit yang lebih segar, anjal dan lembap dengan pemakaian makeup remover yang bersesuaian secara rutin.

Tip Penggunaan

Berikut adalah tip untuk menghasilkan teknik membersihkan wajah secara lebih berkesan serta penerangan bagaimana untuk menambah penggunaan produk makeup remover dalam rutin kecantikan harian anda.

Konsisten dalam mengamalkan penjagaan kulit wajah waktu siang

Rutin penjagaan kulit wajah adalah bergantung pada usia individu, jumlah masa anda di bawah matahari setiap hari serta keadaan semasa kulit wajah anda. Malah, rutin penjagaan anda juga boleh ditambah baik dengan bantuan perawatan kulit secara profesional.

Pembersih wajah

Produk pembersih wajah adalah produk yang paling asas untuk penjagaan kulit wajah waktu siang. Jadi, penting untuk anda memilih produk pencuci yang bersesuaian dengan kulit anda. Penting untuk anda mencuci wajah sebanyak dua kali dalam sehari. Elak menggunakan produk yang boleh menyebabkan anda merasakan kulit seperti tegang atau kering selepas dicuci.

Pelembap

Produk kedua yang anda perlu guna setiap hari ialah krim pelembap. Kulit pada bahagian wajah, leher, dan tangan sangat memerlukan pelembap. Pilihlah produk pelembap yang bertekstur ringan dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat.

Konsisten dalam mengamalkan penjagaan kulit wajah waktu malam

Penggunaan makeup remover yang paling bersesuaian untuk kulit wajah adalah menjadi faktor terpenting dalam rutin penjagaan kulit wajah pada waktu malam.

Keberkesanan produk makeup remover mampu dipertingkatkan sekiranya anda mengikuti langkah-langkah yang betul. Jadi, solekan mampu dibersihkan secara efektif dan dalam masa yang sanga ia turut membantu meningkatkan kesihatan kulit anda. Basuh tangan terlebih dahului sebelum memulakan langkah-langkah pembersihan wajah harian anda.

Gunakan produk makeup remover dalam amaun yang berpatutan. Elak menggosok muka dengan kuat. Bersihkan wajah menggunakan kapas secara perlahan-lahan. Ulang proses ini sehingga kapas muka anda benar-benar bersih dari kotoran atau tanda solekan.

Gunakan air suam untuk membersihkan wajah

Sejurus selesai membersihkan wajah dengan produk makeup remover, gunakan pencuci wajah yang bersesuaian untuk memastikan wajah anda benar-benar bersih dari sebarang kotoran dan solekan. Kemudian keringkan wajah dengan lembut sebelum meneruskan pemakaian produk seterusnya.

Kelebihan NOIR Hydro-Soothing Makeup Remover

  • Sangat lembut untuk kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit
  • Sangat efektif untuk menanggalkan solekan mata, bibir dan wajah kalis air
  • Menyegarkan wajah
  • Melembap
  • Tidak menyebabkan iritasi

Kandungan Aktif NOIR Hydro-Soothing Makeup Remover

  • Aloe Vera
    -Menenangkan kulit
    -Melindungi kulit dari kerosakan UV
    -Meningkatkan penghasilan kolagen
    -Menanggalkan sel kulit mati & toksin
    -Membersihkan pori-pori wajah
    -Melembap
  • Ekstrak Daun Teh Hijau
    -Melindungi kulit dari kesan radiasi UV
    -Meningkatkan kualiti kulit wajah secara menyeluruh
    -Memperbaiki tekstur kulit
    -Melindungi kulit wajah dari kerosakan DNA
    -Diperkaya dengan antioksidan
  • Vitamin E
    -Diperkaya dengan antioksidan
    -Mengurangkan kerosakan pada kulit akibat sinar UV
    -Pelembap yang sangat berkesan untuk menangani masalah kulit kering sehingga bercapuk

www.noirbeautyworld.com

 

Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0