30 MINIT BERSAMA MADAMMU, IG LIVE mStar BONGKAR RAHSIA PENGASAS NOIR

Duit perlu untuk cantik, berkeinginan menjadi pembaca berita dan digelar ‘madam’ sejak dari kecil. Perkongsian istimewa Madammu dengan wartawan mStar, Farah Nudiana.

Baru-baru ini Madammu mendapat jemputan untuk bersiaran secara langsung di platform Instagram (IG LIVE) bersama wartawan mStar, Farah Nudiana Ahmad Nazri. Dalam temu bual santai itu, Madammu berkesempatan berkongsi pelbagai cerita berkaitan pencapaiannya dalam dunia keusahawanan sekali gus berkongsi petua kecantikan yang diamalkan oleh pengasas jelita ini.

Mungkin ada yang tidak tahu bagaimana pemilik nama Eriyca Baiduri ini mendapat gelaran sebagai Madammu. Ketika sesi siaran langsung IG LIVE bersama mStar, Madammu ada berkongsi cerita bagaimana gelaran tersebut kekal menjadi identiti buat dirinya sehingga ke hari ini.

Asal Gelaran Madammu
“Sebenarnya gelaran tersebut memang dah ada pada diri saya sejak dari kecil lagi. Dulu saya ada pembantu rumah yang berasal dari Filipina. Dialah yang mula-mula memanggil saya dengan gelaran Madam. Saya pula berasal dari Besut dan bila berbual bersama orang-orang terdekat, mereka selalu menggantikan panggilan nama (kata nama) untuk diri saya sebagai madam-mu (madam kamu). Sehinggalah ke hari ini, walau ke mana sahaja saya pergi ramai yang memanggil saya dengan gelaran tersebut,” kongsi Madammu ketika ditanya oleh wartawan mStar.

Umum tahu bagaimana aktifnya Madammu di media sosial. Setiap hari pasti ada sahaja perkongsian yang Madammu akan kongsi bersama puluhan ribu pengikutnya di Page Facebook miliknya. Jadi,  sebagai individu yang aktif di media sosial sudah tentu setiap gerak geri Madammu akan diperhatikan. Ada yang suka dan tak kurang juga ada yang mengecam. Walau bagaimanapun, pengalaman telah mematangkan dirinya agar menjadi individu yang tak mudah melatah.

Tidak Hiraukan Kecaman
“Saya memang telah mempersiapkan diri saya sejak dari awal lagi. Saya sedar, apabila saya berada dalam platform ini setiap perkongsian saya akan menjadi perhatian ramai dan mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang. Jadi saya perlu bersedia dengan pelbagai komen dan pandangan mereka. Saya perlu berfikiran terbuka dan jangan terlalu cepat melatah.

“Saya tidak pernah menganggap komen netizen itu sebagai satu kecaman. Kalau tiada komen-komen daripada netizen itu, tak meriahlah platform media sosial kita hari ini. Saya tidak mahu berfikiran buruk tentang orang lain dan saya juga tidak mahu menari mengikut rentak muzik orang lain. Saya hanya fokus terhadap objektif dan matlamat diri sendiri. Tambahan pula saya memiliki banyak tanggung jawab. Jadi saya tidak mahu memikirkan hal-hal yang remeh,” tegas Madammu.

Demam bila tak buat LIVE
Sebagai pengasas produk, Madammu mengakui bahawa dirinya sentiasa disibukkan dengan kerja. Ramai yang tak tahu bahawa sesi LIVE yang Madammu kendalikan itu juga merupakan salah satu daripada komitmen atau tuntutan kerja yang perlu Madammu lakukan setiap hari.

“Sehari tak buat LIVE saya boleh demam. Sebenarnya hidup saya memang hanya untuk Noir, keluarga, dan team Noir. Jadi, saya tiada hiburan lain. Saya jadikan FB LIVE itu sebagai hiburan untuk diri saya. Malah, platform tersebut banyak membantu saya untuk mempromosikan produk Noir,” kongsi Madammu yang mula berjinak-jinak dalam siaran langsung Facebook sejak dirinya masih belum memiliki produk sendiri.

Nak Jadi Pembaca Berita

Para peminat setia Madammu yang mengikuti akaun Facebook miliknya pasti sedia maklum bahawa Madammu bermula hanya dengan menjual barangan preloved miliknya. Pada waktu itu Madammu baharu sahaja mendirikan rumah tinggi. Apabila jualannya mula mendapat sambutan, Madammu yang pada ketika itu menjadi suri rumah sepenuh masa menyuarakan hasratnya untuk memulakan perniagaan sendiri.

“Suami saya banyak memberi dorongan dan semangat untuk saya realisasikan apa yang saya impikan selama ini. Suami menggalakkan saya untuk belajar terlebih dahulu dengan menjual barangan daripada Korea. Dari situlah saya mencari pengalaman menjual produk dan pada tahun 2017 saya berjaya mengeluarkan produk kecantikan sendiri,” imbau Madammu yang pernah menyimpan hasrat untuk menjadi pembaca berita televisyen suatu ketika dahulu.

Masalah Peribadi Cetus Inspirasi
“Saya memiliki kulit berminyak dan sensitif. Jadi, saya sangat berhati-hati dengan pemilihan produk penjagaan wajah. Saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang berhadapan dengan masalah sedemikian. Dari situlah tercetusnya inspirasi menghasilkan rangkaian produk jenama Noir ini.”

Apabila menjadi individu yang berjaya, kehidupan mereka sering dikaitkan dengan kemewahan. Jika hidup mewah, sudah tentu tiada masalah untuk memanjakan diri dan memperuntukkan sejumlah wang khusus untuk kecantikan. Persoalannya, adakah perlu berduit kalau nak cantik? Bagaimana pula dengan Madammu, adakah kecantikan yang Madammu miliki itu hasil daripada penggunaan produk semata-mata atau ada rahsia lain?

Duit Perlu Untuk Cantik
“Secara peribadi saya berpendapat wanita memang perlu berduit kalau nak cantik. Maklumlah, nak beli skincare pun perlukan duit. Kalau tiada pendapatan dan hanya bergantung dengan pendapatan suami, mungkin ada perbelanjaan lain yang kita perlu beri keutamaan berbanding nak membeli produk kecantikan. Walau bagaimanapun, tidaklah perlu jadi kaya raya kalau nak cantik,” kongsi Madammu sambil ketawa.

“Bila bercerita tentang kecantikan, tiada tip, petua pelik atau yang mewah-mewah saya amalkan. Sebenarnya saya dibesarkan oleh nenek. Saya terikut-ikut cara pemakanan orang-orang tua. 70% pemakanan saya adalah terdiri daripada sayur dan ulam-ulaman seperti timun, kubis, petai, jering dan saya kurang makan nasi dan makanan bergoreng. Memadai hanya dengan makan sayur bersama sambal, sebab saya suka makan makanan pedas.

Suka Melawa
“Selain itu saya amalkan rutin penjagaan wajah seperti membersih, memakai essence  dan sheet mask. Saya ini memang sejenis yang suka ‘bersiap,’ sebagai isteri kita haruslah menjaga mata suami. Saya suka melawa untuk suami,” tutur Madammu jujur bila berkongsi tentang penampilan dan kecantikannya.

Menurut Madammu lagi, disebabkan jadual kerjanya yang terlalu padat setiap membuatkan dirinya tiada masa untuk memanjakan diri di salon atau spa kecantikan. Jika ada masa, Madammu hanya melakukan scrub badan dengan menggunakan bahan-bahan ringkas yang ada di rumah sahaja. Seperti menggunakan kopi dan gula. Sesekali Madammu akan berendam dengan susu kambing.

“Jadual harian saya memang padat, saya hanya tidur tiga hingga empat jam sahaja setiap hari. Jadi, saya memang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebagai penambah tenaga selain minum air masak yang banyak setiap hari. Bagi memastikan kesihatan saya berada dalam keadaan baik, saya juga akan memastikan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali.”

Anti Oksida Dan Vitamin C Jadi Pilihan
Sebagai pengusaha produk kecantikan, Madammu menyarankan individu di luar sana bijak memilih produk yang mengandungi bahan-bahan terbaik serta kenal dengan jenis kulit masing-masing  supaya produk yang digunakan itu bersesuaian dengan keperluan kulit mereka.

“Bagi diri saya sendiri, saya gemar memilih produk yang mengandungi anti oksida dan sumber vitamin C. Saya faham, segelintir individu di luar sana agak skeptikal bila bercakap tentang supplement. Sebaiknya sebelum nak menggunakan sesuatu produk, fahami betul-betul isi kandungannya dan fungsinya kepada tubuh kita.”

Sebelum mengakhiri perbualan Madammu berpesan kepada para pengikutnya di luar sana supaya belajar untuk menjadi individu yang tidak terlalu ambil serius dengan komen-komen orang luar tentang diri kita.

“Memang diakui sukar bagi seseorang mula melakukan perubahan pada diri sendiri. Namun kita perlu yakin bahawa setiap individu memiliki kehebatan yang tersembunyi. Kita kena mencari kekuatan yang ada dalam diri kita dan jangan biarkan orang lain menjatuhkan semangat kita untuk ke depan,” akhiri Madammu yang turut mengakui bahawa dirinya tidak pernah jemu belajar dan menjadikan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sebagi guru untuk dirinya belajar menjadi usahawan berjaya.

mStaronlineofficial

Wahh Madammu @eriyca.baiduri kata kalau tak jadi pengasas produk kecantikan, dia nak jadi pembaca berita gituu! 😍

Tonton Live Ulangan di Instagram Official mstaronlineofficial atau klik link ini https://www.instagram.com/p/CfA5blQBrzQ/

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
1
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0