Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang juga salah seorang usahawan NOIR yang berjaya.

lembapan

Istimewanya Mekna, wanita ini merupakan salah seorang guru dan ibu tunggal kepada 3 orang cahaya mata. Ketiadaan suami selepas 20 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama, meninggalkan banyak kenangan sekali gus membentuk keperibadian Mekna menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah.

Sudah pasti tak mudah untuk Mekna meneruskan kehidupan tanpa suami tersayang di sisi, namun anak-anaklah menjadi semangat buat dirinya untuk terus maju ke hadapan. Ibu kepada sepasang puteri kembar dan seorang putera ini sentiasa positif mengharungi cabaran kehidupan ini. Selain sibuk menguruskan keluarga dan perniagaan NOIR, Mekna juga merupakan salah seorang pendidik di salah sebuah sekolah rendah di Selangor.

lembapan

Seronok berdampingan dengan kanak-kanak, menjadikan Mekna akrab dan senang menganggap anak didiknya sama seperti anak-anaknya sendiri. Ibu dan guru memiliki tanggungjawab yang lebih kurang sama. Kedua-duanya perlu mendidik. Sebagai guru dan ibu, ia adalah bonus buat Mekna. Di samping menjaga anak-anak, Mekna tahu bagaimana untuk mengendalikan pendidikan mereka bersandarkan peranan dan pengetahuan Mekna sebagai guru, begitu jugalah sebaliknya.

Alhamdulillah, anak-anak Mekna sentiasa bertimbang rasa dan faham akan peranan masing-masing, lebih-lebih setelah ketiadaan ayah mereka sejak dua tahun yang lalu. Alhamdulillah, mereka banyak membantu dan meringankan kerja-kerja harian Mekna. Bukan sekadar memastikan kelancaran kerja-kerja rumah. Malah mereka turut membantu Mekna dalam menguruskan perniagaan bersama NOIR. Mereka selalu berkongsi idea dan ada kalanya turut membantu menyunting video-video content Mekna untuk perniagaan NOIR.

lembapan

Pendapatan Sampingan Bersama NOIR

Sebagai ibu yang bertanggungjawab membesarkan anak-anak secara sendirian kerana ketiadaan suami, Mekna akui bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang sangat besar dan mencabar bagi dirinya. Namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat Mekna untuk terus berusaha memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.

Seawal pagi Mekna telah memulakan harinya dengan memegang dua amanah besar. Menggalas tanggung jawab sebagai guru dan dalam masa yang sama turut menjadi usahawan sambilan NOIR adalah dua cabang rezeki yang cukup bermakna buat dirinya. “Alhamdulillah, setiap pekerjaan yang halal jika kita lakukan dengan bersungguh dengan penuh keikhlasan pasti Allah akan memberi laluan yang mudah untuk kita laksanakannya. Mujur anak-anak Mekna memberi sokongan dan kerjasama yang baik setiap hari,” luah Mekna.

lembapan

“Mekna usahakan perniagaan NOIR secara partime, Mekna memang kena bahagikan masa dengan sebaik mungkin untuk memastikan kedua-duanya berjalan dengan lancar. Mohon kalian turut mendoakan semoga Mekna dapat mencari pembantu yang boleh membantu Mekna buat kerja-kerja media sosial.”

Mekna nyata sangat bersyukur dengan rezeki sampingan yang diperolehnya menerusi perniagaan sambilan bersama NOIR. Benarlah bahawa setiap aturan Allah itu adalah takdir yang terindah yang telah diciptakan oleh Tuhan buat setiap hamba-Nya. Sebagai manusia kita harus sentiasa bersangka baik. Mujur Mekna masih teguh bersama NOIR sehingga ke hari ini. Menerusi pendapatan sampingan ini jugalah Mekna berpeluang berkongsi rezeki dengan insan-insan tersayang yang ada di sisinya. Alhamdulillah.

Nasihat Mekna

Antara pesanan yang Mekna kepada anak-anak adalah, supaya sentiasa bersungguh-sungguh dalam melaksanakan apa jua perkara atau pekerjaan yang sedang dilakukan serta jangan amalkan sikap suka bertangguh-tangguh.

Menurut anak-anak Mekna, mereka kagum dengan sikap ibu mereka yang cekap dan tegas dalam kehidupan, tidak kiralah sama ada di rumah mahupun di sekolah. Buat Mekna, NOIR sentiasa mendoakan kejayaan Mekna bersama anak-anak tersayang. Semoga Mekna terus kuat dan cemerlang dalam menggalas amanah sebagai guru di sekolah dan ibu di rumah. Dalam masa yang sama, Mekna berharap agar Mekna terus berjaya dengan perniagaan NOIR ini.

lembapan

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...

DIMENSI KEJAYAAN NOIR DALAM DIARI MADAMMU

Episod pertama program realiti TV Diari Madammu bakal ditayangkan esok, di Astro Ria.Siri realiti ini akan memaparkan perjalanan kehidupan peribadi Madammu sekali gus membongkar detik mula perjalanan empayar perniagaan yang dibina oleh Madammu sejak enam tahun...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0