Kulit anda berisiko untuk rosak jika menggunakan teknik yang salah sewaktu pemakaian Peel-Off face mask atau Masker Peel-Off

Kulit Rosak Teruk

Kelebihan atau kebaikan masker Peel-Off memang heboh diperkatakan dalam dunia kecantikan semasa. Kaedah kecantikan ini dikatakan boleh membantu mengatasi masalah kulit kusam, membuang sel kulit mati di samping boleh membantu melicinkan tekstur kulit si pemakainya.

Namun, ramai yang kurang tahu mengenai fakta bahawa kebarangkalian keadaan kulit akan rosak teruk boleh berlaku! Ia boleh mengundang lebih banyak risiko bahaya berbanding kebaikan. Berikut adalah beberapa risiko yang boleh berlaku sekiranya anda menyalahgunakan masker Peel-Off dalam diari rutin kecantikan anda!

Peliharalah Lapisan Kulit Luar

Salah satu risiko yang paling membimbangkan boleh berlaku akibat penggunaan teknik yang salah sewaktu pemakaian masker Peel-Off ini adalah kerosakan pada epidermis atau lapisan paling luar kulit anda. Ya, sekiranya produk kecantikan masker Peel-Off ini digunakan dengan cara yang betul, ia memainkan peranan yang sangat besar untuk membantu menghilangkan kotoran, serpihan atau sisa-sisa yang tidak diingini pada lapisan epidermis anda. Namun, jika anda tidak menggunakannya dengan betul, ia mungkin akan menghapuskan lapisan kulit itu sendiri.

Sekali gus, boleh menjejaskan fungsi lapisan pengadang kulit individu (skin barrier), sehingga menyebabkan masalah kemerahan, kegatalan dan pelbagai masalah kerengsaan kulit yang lain. Kesan penyalahgunaan masker Peel-Off ini adalah berbeza-beza mengikut jenis kulit individu serta jenis produk masker Peel-Off yang digunakannya.

Sekiranya individu memiliki jenis kulit sensitif, kesannya boleh dilihat dengan cepat sejurus masker Peel-Off itu dibersihkan daripada kulit mereka. Jika tidak, individu hanya akan melihat kesannya setelah beberapa hari pemakaian produk tersebut. Gejala-gejala yang boleh timbul adalah seperti kulit wajah kelihatan kusam sehinggalah risiko jerawat.

peel off

Tip Elak Risiko

TUNGGU! Jangan membuat keputusan drastik untuk terus buang produk masker Peel-Off yang masih berbaki itu. Jangan merugikan diri sendiri. Andaikan bahawa anda telah membeli produk masker Peel-Off  yang sangat tepat dengan jenis kulit anda. Ya, anda masih berpeluang menikmati kesan kebaikan daripada penggunaan produk kecantikan tersebut.

Sebenarnya, langkah pertama yang perlu anda ambil adalah dengan mengenal pasti isi kandungan atau bahan-bahan yang digunakan dalam produk kecantikan tersebut. Elak dari menggunakan bahan-bahan yang berpotensi mengundang bahaya pada kulit wajah anda. Bahan seperti polivinil alkohol adalah antara bahan yang selalu digunakan dalam penghasilan kebanyakan masker Peel-Off  yang ada di pasaran.

Polivinil alkohol adalah bahan pelekat plastik yang boleh meninggalkan kesan yang agak kuat untuk individu yang memiliki kulit sensitif. Kulit anda sebenarnya perlu elak dari terdedah dengan bahan tersebut. Tidak kiralah, sama ada kulit anda memberikan tindak balas yang sensitif terhadapnya ataupun tidak.

Ini adalah cara yang terbaik dalam usaha untuk mengelakkan sebarang reaksi kerengsaan pada kulit wajah. Anda disarankan untuk menggunakan masker Peel-Off yang diperbuat daripada arang berkualiti. Arang bermanfaat dalam menghasilkan produk penjagaan kulit. Khususnya untuk merawat masalah kulit berminyak dan berjerawat. Sekiranya bahan ini digunakan dalam bentuk masker atau topeng muka, arang boleh membantu menghilangkan bintik hitam dan menangani masalah pori-pori tersumbat.

Penggunaan Masker Peel-Off Secara Optimum!

Meskipun wujud kebarangkalian anda bakal berhadapan dengan risiko akibat menggunakan produk kecantikan masker Peel-Off ini. Namun anda masih boleh mengatasinya dengan AMBIL TAHU dan memakai produk ini dengan TEKNIK yang BETUL! Demi memelihara kepentingan dan keperluan kulit anda, pastikan anda baca isi kandungan produk tersebut dengan teliti sebelum memilih untuk menggunakannya sekali gus memanfaatkan produk tersebut secara OPTIMUM!

Manfaatkan NOIR Whitening Infusion & NOIR Youth Renewal-Anti Aging Sheet Mask

NOIR Whitening Infusion & NOIR Youth Renewal-Anti Aging boleh dijadikan alternatif untuk memperbaharui kulit serta meningkatkan penghidratannya. Kedua-dua Sheet Mask ini turut boleh membantu meremajakan kulit dan memperbaiki kulit kusam. Diformulasikan secara rapi untuk menangani pelbagai isu berkaitan penjagaan kulit. Dalam masa yang sama ia turut memastikan kulit kekal lembap agar kulit wajah jadi lebih muda, berseri dan bersinar. Hilangkan rasa khuatir anda dengan menggunakan NOIR Whitening Infusion & NOIR Youth Renewal-Anti Aging Sheet Mask. Milikinya sekarang di: noirbeautyworld.com 

peel off

Baca Artikel Sebelum ini:

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®

NU-3 Royal Drink: Rahsia Tenaga & Metabolisme dengan InnoSlim®Dalam dunia kesihatan dan kecergasan, pemilihan makanan yang betul boleh memberi impak besar terhadap tenaga, metabolisme dan pengurusan berat badan. NU-3 Royal Drink bukan sekadar minuman pengganti...

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator Award

NOIR Melakar Sejarah! Penerima Titanium Gladiator AwardAlhamdulillah! Malam yang penuh gilang-gemilang di Inner Circle Meeting, Award & Gala Dinner 2025 menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa buat NOIR Health & Beauty! Di bawah kepimpinan Madammu &...

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat Berpasukan

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

NU-3 Royal Drink: Air Tangan Terbaru Madammu

Madammu percaya, kecantikan yang sebenar bermula dari dalam. Setiap inci kecantikan seseorang terpancar melalui kesihatan yang baik dan penjagaan diri yang berkualiti. Maka, lahirlah NU-3 Royal Drink – air tangan terbaru Madammu yang diformulasikan khas untuk...

Gabungan S-81 & Super Whitening Skin Peptides – Duo Mantap Untuk Inner Glow

Team Building NOIR 2025: Memperkukuh Silaturahim & Semangat BerpasukanSelepas tiga tahun tertunda akibat pelbagai kekangan, akhirnya impian NOIR Health & Beauty Sdn Bhd untuk mengadakan Team Building berjaya direalisasikan pada awal tahun 2025. Bertempat di...

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0