18 Mac Majlis Pelancaran Noir White Series yang lalu, NOIR telah memperkenalkan rangkaian lengkap produk penjagaan kulit wajah terbaharu, White Series.

Jika tahun lalu NOIR memperkenalkan produk minuman kecantikan dan kesihatan Super Whitening Skin Peptides dengan memperlihatkan dominasi rona putih menyelubungi seluruh ruangan Boathouse Event Space, Ampang. Tahun 2023, sekali lagi rona putih mendominasi majlis pelancaran set lengkap penjagaan wajah White Series yang terdiri daripada pencuci wajah, toner, krim wajah (pelembap) dan serum yang berlangsung di The Raw Studio, Metal Bees, Sunway Damansara.

Majlis pelancaran ini telah disaksikan oleh 150 hadirin yang terdiri daripada barisan usahawan NOIR dari seluruh negara. Para hadirin kelihatan anggun bergaya dengan sepersalinan serba putih. White Series telah dilancarkan oleh pengasas NOIR Health & Beauty, Madammu sendiri. Meskipun sedang sarat hamil tujuh bulan, Madammu kekal bersemangat dan bertenaga sewaktu memperkenalkan set lengkap penjagaan wajah White Series kepada para hadirin.

Set penjagan wajah White Series ini nyata mampu memberikan kepuasan berganda kepada para wanita di luar sana untuk memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keserian wajah. Rangkaian terbaharu WHITE SERIES ini diperkaya dengan formulasi bahan aktif semula jadi yang terdiri daripada gabungan ekstrak kakadu plum dan chamomile.

Lebih istimewa lagi, ekstrak kakadu premium yang terkandung di dalam set penjagaan kulit wajah ini berasal dari Barat Australia. Ekstrak kakadu plum atau nama saintifiknya, Termonalia Ferdinandiana adalah sejenis buah yang mengandungi konsentrasi vitamin C tertinggi berbanding buah-buah lain. Buah ini turut mengandungi mineral, antioksidan seperti vitamin E, zat besi, folat dan lutein yang sangat baik untuk kesihatan kulit secara lebih sihat dan semula jadi.

Kombinasi kandungan premium produk ini mampu menjadikan kulit wajah si pemakai tampak lebih sihat dan cerah secara sempurna 10 kali lebih efektif. Tetamu yang hadir di majlis pelancaran White Series telah menerima cenderahati istimewa daripada Madammu, sebuah beg pouch edisi terhad White Series. Bukan itu sahaja, Madammu turut menghargai semangat dan kerjasama yang diberikan oleh para tetamu yang hadir ke majlis pelancaran White Series dengan memilih 10 tetamu yang menggayakan baju tercantik (best dress) untuk menerima hadiah berupa barang kemas.

Acara kemuncak pelancaran White Series telah diserikan dengan gimik persembahan tarian balet ‘The Sleeping Beauty.’ Ia menjadi simbolik kepada majlis pelancaran White Series. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan mantap kumpulan koir profesional UiTM serta persembahan vokal penuh bertenaga, Amir Masdi. Kehangatan majlis pelancaran NOIR White Series telah disemarakkan lagi dengan kepetahan pengacara majlis, Fiza Sabjahan dalam mengendalikan majlis yang berlangsung selama dua jam itu.

Bersempena pelancaran White Series ini juga Madammu turut melancarkan peraduan Cabutan Bertuah Tonton & Menang Emas RM30,000 serta 1000 unit Serum White Series bakal diberikan kepada pemenang cabutan bertuah yang telah diumumkan secara LIVE pada 25 Mac 2023 yang lalu.

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0