Ramadan ke -12 seluruh team HQ NOIR berkesempatan berkumpul bersama-sama bagi menyempurnakan majlis berbuka puasa bersama-sama Madammu dan Boss Azri Che Noh.

Seperti kelazimannya, Madammu dan Boss Azri tidak melepaskan peluang untuk berkumpul bersama-sama keluarga besar NOIR HQ dalam satu majlis berbuka puasa bertempat di De.Wan 1958 by Chef Wan di The Linc KL. Majlis berbuka puasa ini merupakan majlis tahunan yang diadakan oleh pihak HQ dan telah dihadiri hampir seluruh kakitangan NOIR Health and Beauty Sdn Bhd.

Hidangan bufet buka puasa yang disajikan di De.Wan 1958 by Chef Wan@ The Linc KL nyata tidak mengecewakan. Pelbagai lauk pauk dengan kuih muih beraneka rasa menjadi santapan berbuka yang cukup menyelarakan buat seluruh warga NOIR di hari yang istimewa ini.

Kejutaan untuk staff

Madammu dan kejutan memang tak dapat dipisahkan. Seluruh kakitangan NOIR telah dikejutkan dengan sesi cabutan bertuah istimewa daripada Madammu. Sepuluh kakitangan bertuah berjaya membawa pulang ‘duit raya’ berjumlah ratusan ringgit.

Bukan itu sahaja, pada malam yang cukup istimewa itu juga Madammu turut memilih empat orang kakitangannya (2 lelaki dan 2 perempuan) yang mengenakan pakaian tercantik memenangi ‘title best dress’ dengan satu lagi hadiah kejutan dari Habib Jewels yang berupa ‘Gold Coin.’>Majlis yang diadakan ini menjadi salah satu detik istimewa buat seluruh kakitangan Madammu kerana inilah peluang yang terbaik buat seluruh Team HQ mengeratkan silaturahim lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini.

Tajaan Umrah

Majlis berbuka puasa kali ini juga diadakan sedikit awal berbanding dari tahun-tahun sebelumnya memandangkan Boss Azri Che Noh bersama-sama dua kakitangan NOIR Health & Beauty Sdn Bhd bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah Ramadan.Rombongan Umrah ‘istimewa’ ini berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 7 April sehingga 18 April 2022. Ini merupakan tajaan Umrah kali pertama daripada Madammu dan Boss Azri buat kakitangan NOIR yang telah lama berkhidmat dengan NOIR Health and Beauty Sdn Bhd.

Madammu dan Boss Azri berhasrat untuk menaja lebih ramai lagi kakitangan menunaikan Umrah pada masa-masa akan datang, Insya-Allah. Semoga majlis sebegini terus menjadi tradisi buat NOIR HQ demi mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim seluruh kakitangan NOIR Health & Beauty Sdn Bhd.

Majlis berbuka

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0