Natrah by NOIR merupakan jenama fesyen keluaran NOIR yang dicetuskan sendiri oleh pengasasnya. Sudahkah anda memiliki kedua-dua rangkaian pakaian terbaharu yang diinspirasikan oleh Madammu sendiri?

 

Baru-baru ini Madammu telah melancarkan jenama pakaian Natrah by NOIR yang merupakan koleksi fesyen berkonsepkan modest (sederhana dan sopan).

Naima dan Nyla
Madammu telah memperkenalkan dua koleksi eksklusif iaitu Naima dan Nyla sempena pelancaran rangkaian jenama fesyen terbaharunya itu. Ia merupakan gaya signatur Madammu sendiri.

Bagi para peminat dan pengikut Madammu, anda pasti ‘kenal’ dengan identiti fesyen Madammu yang sangat mementingkan gaya dan penampilan walaupun hanya menjalankan aktiviti di dapur kediamannya.

Di dalam setiap sesi LIVE yang Madammu adakan, para penonton sering mengajukan soalan “apa jenama baju Madammu,” “Madammu beli baju tu di mana?” “Berapa harga baju Madammu?” dan bermacam-macam lagi.

natrah by noir

Madammu mengadakan sesi LIVE istimewa dari Dungun, Terengganu sempena memperkenalkan gaun labuh Nyla

Cetusan Fesyen Madammu

 

Bertitik tolak daripada maklum balas para pengikutnya itu, Madammu terinspirasi untuk membangunkan jenama pakaiannya sendiri. Ternyata keputusan tersebut adalah tepat sekali. Tidak sampai 24 jam Madammu menjual jenama pakaiannya menerusi siaran LIVE istimewa yang dikendalikan oleh Madammu sendiri, jenama pakaian Natrah by NOIR habis licin terjual!

“Natrah by NOIR tercetus menerusi minat Madammu dalam dunia fesyen. Bagi yang mengenali Madammu, you all pasti tahu Madammu gemar mengikuti trend fesyen semasa. Untuk edisi pengenalan ini, Madammu ingin memperkenalkan trend pakaian yang kerap Madammu gayakan sewaktu mengadakan sesi LIVE. Kaftan dan dress labuh ini boleh dikatakan sebagai ‘trademark’ gaya santai Madammu,” ulas Madammu jujur berkongsi tentang inspirasi cetusan rangkaian fesyen jenama Natrah by NOIR ini.

Kaftan Naima
Dihasilkan daripada fabrik satin Adra, tampil elegan dengan motif songket. Fabrik ini hanya memerlukan si pemakai menggosoknya secara minum. Sesuai digayakan sama ada untuk acara santai mahupun rasmi.

Kaftan Naima tampil dengan warna kegemaran Madammu, coklat yang tampak klasik namun masih menepati ciri-ciri fesyen moden masa kini. Ia mudah digayakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia mahupun warna kulit.

Kaftan ini terlihat ‘stylish’ dan unik dengan rekaan kedutan pada bahagian hadapannya sekali gus menjadikan kaftan ini kelihatan cantik beralun.

Malah bagi para ibu yang sedang menyusukan anak, kaftan ini sangat sesuai untuk anda gayakan kerana butang pada bahagian hadapannya cukup memberikan keselesaan buat para ibu. Butangnya juga dibaluti dengan fabrik asal kaftan ini supaya ia kelihatan anggun terletak.

Ciri kesopanan kaftan ini juga sangat menyerlah. Madammu memilih rekaan ‘band collar’ bagi memudahkan para wanita yang berhijab menggayakan kepelbagaian fesyen bertudung dengan lebih selesa.

Gaun Labuh Nyla
Gaun Labuh Nyla atau Nyla Maxi Dress diperbuat daripada material fabrik ‘Anna Wool Dobby’ yang memperlihatkan gaun labuh ini nampak lembut beralun apabila ia digayakan. Pemilihan warnanya yang lebih lembut adalah refleksi kepada keperibadian si pemakai yang secara automatik akan kelihatan ayu dan anggun.

Potongan lurus menutupi susuk tubuh si pemakai akan kelihatan lebih eksklusif dengan adanya sentuhan ala ‘ruffle’ pada bahagian bawah gaun labuh Nyla ini. Bukan itu sahaja, rekaan lengan ‘Bishop Sleeve’ gaun ini juga mampu menyerlahkan lagi ciri-ciri eksklusif gaun labuh ini.

natrah by noir

Kepelbagaian Fesyen Semasa
Seiring dengan perkembangan dunia fesyen semasa. Madammu akan terus berusaha mengembangkan lagi ilham koleksi fesyen terbaharu dari NOIR ini.

Melihat sambutan hangat yang diberikan kepada kedua-dua rangkaian jenama terbaharu Natrah by NOIR ini, Madammu tidak teragak-agak untuk meneruskan minatnya dalam dunia fesyen. Kini Madammu dalam perancangan untuk menghasilkan lebih banyak koleksi fesyen terbaharunya, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Kepada yang meminati fesyen dan penampilan Madammu, jangan lepaskan peluang untuk memiliki rangkaian fesyen sentuhan Madammu kerana setiap edisi fesyen yang Madammu perkenalkan menerusi label fesyen terbaharu dari NOIR ini adalah terhad.

Pastikan anda terus setia mengikuti perkembangan produksi terkini rangkaian produk jenama NOIR menerusi platform laman sosial rasmi NOIR Health & Beauty dari semasa ke semasa.   

Transformasi Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!

Transformasi Shape Up Jelly ke Pure S-81: Penampilan Baharu, Kualiti Sama Hebat!Kenapa Penjenamaan Semula?Setiap produk yang berjaya harus sentiasa berkembang untuk mengekalkan relevansi dengan penggunanya. Itulah sebabnya Shape Up Jelly kini hadir dengan wajah baharu...

NOIR x RIDZOKUMURA – Say Goodbye To Hairfall, Naturally

Kolaborasi Eksklusif NOIR x RidzOkumuraNOIR Health & Beauty dengan bangganya memperkenalkan rangkaian produk penjagaan rambut terbaharunya, Botanical Keratin Anti-Hair Fall Shampoo dan Botanical Keratin Hair Mask, yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah...

NOIR Terima Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024

Menjelang sambutan  ulang tahun ke-7 NOIR Health & Beauty telah dipilih sebagai penerima "Anugerah Syarikat Paling Inovatif 2024" oleh MDDA.Ini merupakan penganugerahan yang membanggakan buat NOIR, lebih Istimewa lagi ia diterima menjelang sambutan ulang tahun...

7 Years of NOIR Health & Beauty: Madammu’s Amazing Journey

Hey, beautiful people!Guess what? NOIR Health & Beauty is turning 7 on July 20, 2024!  Can you believe it? It feels like just yesterday when our founder, the fabulous Eriyca Baiduri, or as we all know her, Madammu, started this incredible journey. Let's take a...

Raikan Kemeriahan Karnival Jom Heboh Putrajaya Edisi Raya!

Selamat datang ke Karnival Jom Heboh, acara yang dinantikan oleh semua! Untuk kali yang keempat, NOIR Health & Beauty dengan bangganya menyertai perhimpunan gemilang ini yang diadakan di tapak Parkir Presint 3, Putrajaya (Belakang Istana Kehakiman). Bermula hari...

Rebut Peluang Emas dengan NOIR Pay Day Deals!

Salam sejahtera kepada semua penggemar kecantikan! NOIR Health & Beauty kembali lagi dengan tawaran yang pasti membuatkan anda teruja.Selepas kejayaan promosi NOIR Anggun Raya yang baru sahaja melabuhkan tirainya, NOIR tidak akan pernah berhenti memanjakan para...

Panduan Lengkap Menggunakan Skin Refining Essence

Kenali NOIR Skin Refining Essence, sebuah produk revolusioner yang menjanjikan bukan hanya untuk meningkatkan kecantikan tetapi juga kesihatan kulit anda.Adakah anda sendang mencari esen yang mampu merawat pelbagai masalah kulit sambil menyediakan kelembapan dan...

Demi Kualiti Dan Kepercayaan Noir Jalani Ujian Makmal SIRIM

Sejak dua tahun lalu, NOIR serius dalam memastikan rangkaian produk kecantikan yang dihasilkannya benar-benar terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya.Menurut ahli kosmetologi NOIR, Nur Atiqah Rosli, ujian yang dijalani oleh dua rangkaian produk keluaran NOIR...

Set Kecantikan Premium, Harga yang Terjangkau

Untuk RM75, bukan sahaja anda mendapatkan produk yang berkualiti tinggi. Malah, anda juga berpeluang untuk memperkayakan rutin penjagaan kulit dengan manfaat eksklusif sebagai ahli NOIR.Manfaat Eksklusif bagi Ahli NOIR Diskaun Seumur Hidup: Nikmati diskaun 10% untuk...

Di Sebalik Slogan Where Beauty Blossom

Suatu ketika dahulu slogan atau ‘tagline’ NOIR Health & Beauty, ‘Where Beauty Blossom,’ telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.Struktur tatabahasanya menjadi perdebatan segelintir individu di media sosial. Posting ini dikongsi bertujuan untuk...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0