Ramai yang mula ragu-ragu dan bimbang untuk mengamalkan pengambilan makanan atau minuman tambahan yang mengandungi kolagen.

Sejak akhir-akhir ini isu kolagen semakin hangat diperkatakan. Ia seolah-olah membangkitkan rasa cemas segelintir individu apabila ada yang mendakwa kolagen boleh menyebabkan kanser. Sebenarnya tubuh manusia boleh menghasilkan kolagen secara semula jadi. Walau bagaimanapun penghasilannya akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Disebabkan faktor tersebut, rangkaian makanan tambahan atau suplemen yang mengandungi kolagen mula diperkenalkan dalam pasaran bagi membantu meningkatkan kadar kolagen dalam tubuh individu

Apa itu kolagen?

Kolagen adalah sejenis protein yang dihasilkan secara semula jadi dalam tubuh manusia. Ia sangat diperlukan oleh kulit untuk menganjalkan kulit dan menguatkan saluran darah. Kolagen ditemui dalam tisu serat seperti kulit, ligamen dan tendon serta dalam tulang, saluran darah, kornea mata dan dalam usus. Menurut healthline.com, terdapat 28 jenis kolagen dan empat yang lazim ditemui dalam tubuh manusia terdiri daripada:

Kolagen I: Ditemui pada kulit, tulang, tendon dan organ
Kolagen ll: Lazim terdapat dalam tulang rawan
Kolagen Ill: Komponen utama gentian retikulum yang ditemui pada kulit dan pembuluh darah
Kolagen IV: Komponen buah pinggang, bahagian dalam telinga dan kanta mata

Peranan dan sumber kolagen

Kolagen memainkan peranan penting dalam meningkatkan kekuatan tulang. Ia menyambungkan jaringan tubuh, seperti tendon, tulang atau ligamen. Selain untuk tubuh, kolagen juga turut berperanan menjadikan kulit wajah kekal awet muda.
Selain mampu memberi pelbagai manfaat seperti meningkatkan kesihatan kulit, ia juga dikatakan boleh membantu mengurangkan rasa sakit sendi, mencegah kemerosotan tulang, meningkatkan kesihatan rambut, kuku di samping boleh membantu mengawal berat badan. Suplemen kolagen terdapat dalam bentuk serbuk, kapsul dan cecair. Kebiasaannya sumber kolagen ini terhasil menerusi ekstrak ikan salmon, lembu dan khinzir.

Pengambilan kolagen
Sama seperti produk makanan kesihatan yang lain, pengambilan kolagen juga harus mengikut dos yang disarankan dan ia berbeza-beza mengikut jenisnya. Pemilihan jenis kolagen yang bersesuaian perlu disesuaikan mengikut keadaan tubuh individu bagi mengelak berlakunya kesan sampingan. Ada sesetengah individu akan mengalami reaksi alahan disebabkan kandungan kolagen yang berasal dari haiwan. Malah, ada juga individu yang mengalami rasa mual atau pening selepas mengambil kolagen.
Pengambilan yang selamat

Sikap ghairah atau tak sabar-sabar untuk mendapatkan hasil daripada mengamalkan sesuatu suplemen sering menjadi penyumbang kepada individu mengambilnya secara berlebihan. Sikap tersebut perlu dikikis dalam diri setiap individu yang mengamalkan pengambilan apa jua jenis makanan tambahan atau suplemen kerana ia nyata boleh menjejaskan kesihatan anda. Jadi, penting untuk anda mengambil produk suplemen mengikut dos yang disarankan.

Bergantung pada tahap kesihatan anda

Sebenarnya kesan pengambilan sesuatu makanan tambahan itu adalah bergantung pada tahap kesihatan anda sendiri. Sekiranya anda bimbang pengambilannya boleh menjejaskan kesihatan, anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Ibu hamil atau yang sedang menyusukan anak serta individu yang ada penyakit-penyakit kronik dan warga emas adalah antara golongan yang perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil mana-mana suplemen.

Tip pengambilan suplemen kolagen

Langkah terbaik yang boleh anda praktik sebelum mengambil atau mengamalkan suplemen kolagen:

1. Ambil tahu isi kandungan yang ada di dalam produk tersebut.
2. WAJIB untuk anda pastikan bahawa produk suplemen tersebut disahkan halal dan selamat untuk dimakan.
3. Sekiranya anda masih ragu-ragu dan bimbang timbulnya kesan sampingan apabila mengambil suplemen kolagen tersebut, anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan bertauliah terlebih dahulu.
4. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi memastikan status keadaan kesihatan anda sentiasa berada dalam keadaan optimum.

NOIR Super Whitening Skin Peptides

Di NOIR, kami mempertaruhkan Super Whitening Skin Peptides yang mengandungi kolagen dari sumber ikan. Manakala ekstrak Pueraria Lobata dan Astaxanthin yang turut terkandung di dalam produk ini boleh membantu merangsang penghasilan kolagen untuk memperlahankan proses penuaan sekali gus mencegah pembentukan garisan halus pada wajah. Super Whitening Skin Peptides sesuai diamalkan oleh wanita yang telah baligh atau telah datang haid. Ia boleh memberikan kepuasan berganda kepada para wanita, khususnya yang berusia matang untuk memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keanjalan tubuh si pengamalnya.

NOIR Pure White Berries dan Soya
Jika anda rasa masih terlalu awal untuk mengamalkan pengambilan makanan tambahan berasaskan kolagen, anda boleh mencuba produk minuman tambahan kecantikan sulung daripada NOIR, Pure White Berries dan Soya. Ramai pengguna NOIR yang telah mencuba Pure White Berries atau Soya ini dan memperakui tentang keberkesanan produk minuman tambahan khusus untuk kecantikan ini. Pure White Berries dan Soya kedua-duanya memiliki khasiat yang sangat berkesan untuk membantu mengatasi masalah kulit secara amnya. Ia diperkaya dengan Vitamin C dan nutrien yang mampu memelihara keremajaan serta memperbaiki dan melindungi kesihatan kulit di samping meningkatkan ketahanan fizikal individu
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
9
+1
4
+1
2
+1
2
+1
1
+1
1
+1
0