Jangan lupa tunduk ke bumi, itulah antara kata-kata yang sentiasa menjadi pegangan buat Madammu seupaya sentiasa bersyukur dan dalam masa yang sama tidak melupakan insan-insan yang memerlukan.  

Bersama Mstar dengan NOIR Health & Beuaty, termeterailah satu inisiatif kerjasama tanggungjawab sosial korporat yang juga sebuah program terbaharu dikenali sebagai mStar Baek.

Program ini merupakan sebuah inisiatif bersama penaja Noir Health & Beauty bagi menyantuni masyarakat yang memerlukan khususnya golongan artis yang banyak berjasa kepada dunia seni tanah air menerusi bakat mereka.

“Program mStar Baek ini tercetus selepas melihat segelintir permata seni negara yang dilanda kesusahan selepas ditimpa ujian hidup, golongan ini seakan-akan tidak dipedulikan lagi sedangkan mereka pernah menabur bakti kepada masyarakat menerusi bakat seni masing-masing,” ujar Ketua Pengarang mStar, Niezam Abdullah.

10 episod program rakaman Mstar Baek telah disiarkan pada setiap hari Khamis bermula 5 Oktober lalu di semua platform media sosial mStar seperti YouTube dan Facebook.

Menyantuni Artis yang Memerlukan
Di dalam setiap episod, Madammu dan Mstar akan turun ke lapangan bagi menyantuni 10 selebriti terpilih dan menyerahkan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan lain.

Antara barisan artis yang disantuni ialah Zaiton Sameon, Mak Jah, (Allahyarham) Bad Indigo, Mak Wan Latah, Ibnor Riza, Roy (Ratnaku), Wan Maimunah, Alina Hassan, Izwan Fitri dan Ali XPDC.

Mstar Baek telah disiarkan di platform portal gaya hidup Mstar dan diharapkan ia boleh membuka jalan agar golongan ini akan terus dibantu oleh semua pihak. Kolaborasi ini juga sangat bertepatan dengan objektif NOIR dan Madammu dalam membantu golongan yang memerlukan.

 

“Madammu tidak mahu melepaskan peluang ini tambahan pula NOIR HQ sendiri sangat aktif mengendalikan program-program CSR dari semasa ke semasa dalam usaha membantu mereka yang memerlukan bantuan.”

Impian Terlaksana
“Kalau anda nak tahu, suatu ketika dahulu sewaktu Madammu masih bergelar pelajar,  Madammu pernah terserempak dengan Zaiton Sameon berjalan seorang diri di sekitar kawasan Cheras. Pada waktu itu hati Madammu terdetik suatu hari nanti jika Madammu berkemampuan, Madammu nak bantu penyanyi yang pernah popular pada suatu ketika dahulu. Dan Alhamdulillah, hari ini impian tersebut telah pun direalisasikan.”

 

“Jadi apabila mendapat tahu tentang projek mStar Baek dan kebetulan nama Zaiton Sameon turut tersenarai, Madammu rasa sangat teruja untuk berkolaborasi. Madammu rasa objektif Mstar dan NOIR adalah sama. Madammu berbesar hati dapat bekerjasama dengan mStar bagi menjayakan program ini,” luah Madammu.

 

Tambah Madammu lagi, keadaan ekonomi yang tidak menentu membuatkan dirinya berasa terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan rakan selebriti yang memerlukan. Dalam masa yang sama Madammu turut mengakui hatinya rasa tersentuh apabila turun padang bertemu beberapa selebriti yang berada dalam keadaan susah selain diuji dengan masalah kesihatan sewaktu menjalani sesi penggambaran Mstar Baek.

 

“Madammu rasa sangat teruja kerana berpeluang menyelami realiti kehidupan insan yang bergelar anak seni dan dalam masa yang sama ia turut mengajar Madammu akan erti sebuah kehidupan. Semoga program-program sebegini akan berterusan dan lebih ramai insan-insan yang memerlukan boleh kita bantu dari semasa ke semasa,” ujar Madammu lagi.

 

Madammu turut menyifatkan program seperti Mstar Baek ini merupakan platform terbaik kepada banyak organisasi untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.

kerjasama noir dan mstarbaek

Allah Lebih Menyayangi Abang Bad Indigo

“Sejujurnya Madammu terkejut dengan berita yang Madammu terima pada 2 Oktober yang lalu. Seolah-olah Madammu baru sahaja bertemu dengan Allahyarham sewaktu sesi rakaman penggambaran Mstar Baek. Ia merupakan sebuah pemergian yang mengejutkan.”

“Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah menghadapi kehilangan ini. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

 

“Ada sesuatu yang sangat bermakna dapat Madammu pelajari daripada pemergian yang tidak diduga ini. Kepada sesiapa sahaja di luar sana, semoga kita tidak pernah melengah-lengahkan sesuatu kebaikan yang ingin kita lakukan. Rezeki, ajal, dan jodoh semuanya adalah ketentuan Tuhan. Selagi ada hayat di kandung badan, kita perlu merebut peluang untuk melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah. Semoga kita bersama-sama berusaha mengejar peluang yang ada ini untuk merebut pahala akhirat,” akhiri Madammu.

Baca Artikel Sebelum ini:

Madammu Perkenalkan Label Fesyen Natrah by NOIR

Natrah by NOIR merupakan jenama fesyen keluaran NOIR yang dicetuskan sendiri oleh pengasasnya. Sudahkah anda memiliki kedua-dua rangkaian pakaian terbaharu yang diinspirasikan oleh Madammu sendiri?  Baru-baru ini Madammu telah melancarkan jenama pakaian Natrah by...

Warga Johor Serbu Booth NOIR Di Jom Heboh Johor

Selepas Kejayaan di Karnival Jom Heboh (KJH) Kelantan, NOIR ke selatan tanah air menyertai KJH yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 29 Oktober di Padang A & B, Angsana Johor Bahru Mall dengan melancarkan produk terbaharunya. Istimewa buat warga Johor, mereka...

Eza Terpaksa Berhenti Masters, Jadi Jutawan Dengan NOIR

Eza Nuraiena Sota atau lebih mesra dengan panggilan Eza terpaksa menangguhkan pengajian sarjananya disebabkan masalah kewangan. Pengajian sarjananya tertunda akibat program biasiswa yang terhenti separuh jalan. Disebabkan desakan kewangan, Eza terpaksa menangguhkan...

NOIR Taja Percutian Ke London & Paris Untuk Team Usahawan

Tidak mudah untuk merealisasikan perjalanan yang tertangguh selama hampir tiga tahun ini. Alhamdulillah, akhirnya anugerah yang dinantikan-nantikan oleh 20 barisan usahawan terbaik NOIR berjaya direalisasikan pada tanggal 2 Oktober 2023 yang lalu. Madammu berjaya...

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0