Para peserta menerima kejutan istimewa daripada Madammu, sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen para usahawan NOIR yang hadir selama dua hari berturut-turut di program Noir Circle Meeting (NCM) 2022.   

Dua hari menimba ilmu di Noir Circle Meeting (NCM) 2022 nyata berbaloi buat sejumlah 50 orang pesertanya yang berpeluang dibimbing secara terus oleh pengasasnya. Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu bersama Ketua Pegawai Eksekutif Noir En. Azri Che Noh dalam memacu dan membawa para usahawan Noir ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas.

NCM yang berlangsung pada 28 hingga 29 Jun 2022 di The Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Baru-baru ini telah memperlihatkan komitmen dan dedikasi barisan leader dan kumpulan usahawan Apprentice Noir dalam mengikuti sesi pembentangan dan perbincangan hala tuju perniagaan secara lebih terperinci bersama pengasasnya, Madammu. Program yang lazim diadakan dua kali dalam setahun ini diwujudkan khusus untuk para leader NOIR. Sekali gus membuktikan komitmen pihak syarikat dalam memastikan kumpulan usahawan Apprentice NOIR terus komited dan faham dengan hala tuju perniagaan NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd.

Elemen-elemen kejutan yang membangkitkan semangat para usahawan wanita NOIR terus menceriakan sesi NCM 2022 kali ini. Selain memberi pengiktirafan eksklusif kepada 17 barisan wanita hebat NOIR. Terdiri daripada Nor Fazira Ishak, Eza Nuraiena Sota, Suziani Kadil, Halina Nordin, Clara Misha, Widyawati Ishak, Cecilia Asong Lawai. Fadhlina Che Noh, Wan Nurushahadah Wan Ramli, Shakirah Ahmad, Mahiran Che Abdullah @ Che Cob, Murni Mohd Zain, Hafizah Othman. Noor Syahirah Safie, Herlina Rahim, Elmidalina Mohd Razali dan Ismah Juki. Majlis turut mengadakan sesi kejutan istimewa iaitu cabutan bertuah khusus untuk para peserta yang hadir selama dua hari berturut-turut di NCM 2022.

Empat buah beg tangan berjenama mewah adalah antara hadiah istimewa yang menjadi rebutan para peserta yang hadir di hari kemuncak NCM 2022. Acara cabutan bertuah ini diadakan sejurus sesi akhir NCM iaitu sebelum program tersebut melabuhkan tirainya.

Madammu membuat kejutan istimewa buat kumpulan usahawan NOIR sebagai tanda penghargaan pihak syarikat di atas komitmen dan kesungguhan mereka sepanjang menyertai program ini. Fadhlina, Yusni Zaini, Ronisa Elie dan Siti Nur Atika Idayu adalah antara empat peserta bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah kejutan cabutan bertuah tersebut.

Tanpa mengecewakan para peserta yang lain. Setiap peserta yang hadir pada hari tersebut turut menerima hadiah istimewa daripada Madammu yang merupakan minyak wangi berjenama Dior.

“Madammu memang jarang memanja-manjakan para ejen. Walau bagaimana pun, hari ini Madammu tersentuh dengan komitmen, semangat dan kesungguhan para usahawan NOIR yang sanggup meluangkan masa selama dua hari berturut-turut mengikuti Noir Circle Meeting 2022 kali ini.”

“Semoga semua yang hadir pada hari ini dapat bangkit bersama-sama dalam usaha merealisasikan sasaran sejuta pelanggan dengan meraih 200,000 ahli NOIR yang aktif. Besar harapan Madammu, semoga anda yang berada di sini pada hari ini akan menjadi antara 100 usahawan jutawan NOIR menjelang 2025 nanti.” ujar Madammu sebelum memulakan sesi penyerahan hadiah kepada kesemua para peserta yang hadir. www.usahawannoir.com

Baca Artikel Sebelum ini:

NOIR Menyerlah di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023)

NOIR agresif mengembangkan jenamanya di persada pasaran global menerusi platform perdagangan global terulung industri Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MIHAS.NOIR tidak ketinggalan memeriahkan pameran Halal terbesar di dunia yang...

Kemeriahan Luar Biasa Booth NOIR Di Karnival Jom Heboh Kelantan

Buat julung kalinya NOIR memeriahkan Karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 7 hingga 9 September 2023 yang lalu.Lebih istimewa lagi, Madammu turut tidak ketinggalan memeriahkan Karnival Jom Heboh kali ini. Rata-rata pengunjung sekitar Pantai Timur tidak melepaskan...

Kunjungi Booth NOIR Dengan Baju Purple, Madammu Akan Bagi Hadiah!

Buat julung kalinya, NOIR berada di Karnival Jom Heboh RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Bermula dari 7 September 2023 (Khamis) sehingga 9 September 2023 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 9 malam.Istimewa buat warga Pantai Timur, jangan ketinggalan memeriahkan booth...

Fungsi Pencerah Bukan Untuk Memutihkan!

Berikut ialah penjelasan tentang cara produk pencerah kulit berfungsi dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘produk pencerah’ yang sebenar.Adakah setiap kali tertera perkataan ‘pencerah’ pada sesuatu produk kecantikan membuatkan anda jadi skeptikal? Kami pasti, setiap...

Jom Bertemu Dengan Madammu – Pesona Wanita Akan Jelajah Seluruh Malaysia!

Setelah beberapa bulan berehat selepas melahirkan Baby Kayden, kini Madammu dan seluruh Team NOIR kembali menjelajah dari negeri ke negeri.Pembuka tirai jelajah Pesona Wanita tahun ini telah memilih lokasi Marina Putrajaya sekali gus memberi peluang kepada seluruh...

Di sebalik 7 Shades of Beauty NOIR

7 Shades of Beauty Noir & Madammu diinspirasikan daripada pesona ulang tahun NOIR pada tahun 2023. Ia melambangkan metafora kecantikan yang di zahir dengan menerokai kesejahteraan dalaman dan kecantikan luaran.NOIR 7 Shades of Beauty menjadi inspirasi: 1....

Mekna, Ibu & Guru Yang Cekal

Tugas dan peranan seorang ibu bukan hanya untuk membesarkan anak-anak. Malah, ibu juga berperanan sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan mendidik setiap anak-anaknya. Di NOIR, kami berbangga untuk berkongsi kisah pengorbanan seorang wanita tabah, Mekna yang...

Impian Cikda Jadi Kenyataan Sejurus Menyertai NOIR

Setiap kali orang tanya apa impian anda? Mestilah nak ada rumah, kereta mewah, duit simpanan yang banyak, nak pergi tanah suci, nak bantu orang susah, nak bahagiakan mak ayah, betul tak?Sama seperti Cikda yang mempunyai Impian untuk bahagia dan saling membahagiakan...

Rahsia Kesetiaan Cikya Bersama NOIR

Nor Fazira Ishak atau lebih dikenali dengan panggilan Cikya berjaya meraih hasil jualan sehingga RM2 juta bersama NOIR. Cikya berjaya mengekalkan takhta teratas di NOIR dengan gelaran NOIR Platinum Partner sekali gus merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan...

Masih Belum terlambat Sertai Peraduan Diari Madammu

Aspirasi kisah perjalanan hidup Madammu dalam membangunkan empayar bisnes kosmetik mencetus semangat luar biasa. Bagi yang ingin melakar momen teristimewa dengan pengasas produk kecantikan NOIR Health & Beauty, Madammu. Jangan ketinggalan menonton siri realiti TV...
Berikan reaksi anda terhadap artikel ini!
+1
4
+1
2
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0